"Wanita Malaysia KECAM Polis Di Raja Malaysia. Kembalikan nikmat rasa aman dan selamat kepada Wanita di Malaysia"

Bergambar di hadapan perkarangan Parcel D yang menempatkan agensi-agensi di Bawah Kementerian Dalam Negeri. Setiap kali ke tempat-tempat begini untuk urusan penghantaran memorandum akan ada satu perubahan dari segi bentuk kawalan untuk masuk.
Hari ini sudah mula dikawal dari pondok pengawal lagi.
dipetik dari Utusan Online: Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman mengulangi amarannya supaya orang ramai tidak menyertai satu demonstrasi yang akan diadakan hari ini di KDN bagi membantah tindakan polis kononnya telah tersalah tembak seorang wanita.

Amaran: Jangan bersekongkol dengan orang yang zalim.

Pengawal mengatakan bahawa Menteri menunggu di atas dan hanya 5 orang dibenarkan naik. Kemudiannya apabila semua bertegas, dinaikkan menjadi 7 orang. Namun kemudiaannya Lateefa dan YB Zuraidah mengatakan bahawa rombongan kami ramai dan ada ramai juga wartawan yang ingin membuat liputan, maka kami memohon agar Menteri dapat turun ke bawah bertemu dengan pengadu dan rakyat.


Tambahan lagi mangsa tembakan Puan Norizan turut hadir, beliau boleh bercakap bagi pehaknya sendiri.
Kenapa pegawai tersebut yang akhirnya memperkenalkan dirinya sebagai Dato' Azmi Setiausaha Kanan Sulit Menteri Dalam Negeri tidak boleh lebih bersopan dan menerima tetamu dengan senyuman dan lebih baik dan hormat sedikit.
Perbualan yang sepatutnya berlaku ialah seperti ini:
"Mohon maaf, Menteri ada tetapi dia tidak dapat turun ke bawah, saya datang ke sini bagi pihak Menteri. Siapa mangsa di sini? Oh..silakan adukan apa masalah puan,kami sudi mendengar dan serahkan memorandum tersebut untuk perhatian dan tindakan kami..."...kan mudah dan senang...tak perlulah berlaku kekecohan di sana...kenapa mesti defensive dan nak melawan dengan rakyat yang tidak mengancam.....






"Wanita Malaysia KECAM Polis Di Raja Malaysia. Kembalikan nikmat rasa aman dan selamat kepada Wanita di Malaysia"





Apa kata kita baca apa yang tertulis di Utusan Malaysia tentang pengakuan Norizan Salleh:
Menjelaskan kejadian itu, Muhammad Sabtu berkata, kejadian tersebut berlaku di kawasan Jinjang pada pukul 4.30 pagi, 30 Oktober lalu.
Katanya, sebelum kejadian itu, anggota peronda telah terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, mereka kemudian mengarahkan kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan.
"Bagaimanapun suspek enggan berhenti dan terus memecut ke arah Selayang sebelum menuju kawasan Gombak sehinggalah beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah suspek yang cuba merempuh anggota polis," katanya.
Muhammad Sabtu menjelaskan, ekoran kejadian itu, pemandu kereta tersebut dan seorang penumpang wanita telah terkena tembak.
Sementara itu, Norizan yang turut hadir di KDN pagi ini mendakwa dia ditembak sebanyak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebatang lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.
"Disebabkan kecederaan ini, saya sendiri terpaksa menanggung kos rawatan mencecah RM18,000," ujar ibu yang mempunyai anak lelaki berumur 11 tahun itu.
Wanita berumur 30 tahun itu yang keadaan tangan kanannya berbalut, turut meluahkan kebimbangan disebabkan dia kini tiada pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarga.
Kesah awal Norizan boleh baca di sini.
No comments:
Post a Comment