Thursday, 18 February 2010

Jom layan gambar di Mahkamah Jalan Duta pagi tadi....

Lama cuti semua orang untuk Sambutan Tahun Baru Cina...empat hari terus..tapi dalam cuti-cuti pun banyak juga isu-isu panas..yang tak berapa panas hanyalah suasana di Mahkamah. Mahkamah kembali panas pagi tadi di Jalan Duta, sehari sebelumnya di Mahkamah Putrajaya.

Pagi tadi sempat jugalah menjenguk ke Mahkamah Jalan Duta, macam biasa sejak kes DSAI dan Saiful ni berjalan memang susahla nak dapat parking berdekatan dengan Mahkamah. Masjid WP juga khabarnya telah tidak membenarkan orang luar parking di kawasannya, jadi terpaksala park di sepanjang jalan besar.


Ramai juga yang hadir, turut meramaikan ialah warga Permatang Pauh yang datang dengan bas rombongan. Semangat depa mai nak bagi sokongan pada Ahli Parlimen mereka. Khabarnya mereka telah pun membuat perancangan agar setiap hari ada sahaja yang datang menyatakan sokongan. Semua yang datang tu memang penyokong kuat tu, dan sering dilihat membantu ketika adanya pilihanraya.

Bila dah ramai dan ada pimpinan maka ada saja aktiviti yang dijalankan bagi mengisi masa yang lapang dan santai sambil menunggu mahkamah rehat atau ada sebarang perkembangan.

Aksi-aksi ini kebanyakannya ialah selepas Mahkamah ditangguhkan sekitar jam 11 pagi.


Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut sama hadir pagi tadi untuk menyatakan sokongan...

Anak-anak DSAI menanti ayahnya untuk sama-sama pulang setelah mahkamah ditangguhkan. Pakcik di belakang tu semangat juga tu...datang jauh dari Kelantan katanya dengan menaiki bas.

Ha...ini pakcik yang masa hari pertama dulu yang pengsan hingga terpaksa dipanggil ambulan untuk datang dan membawanya pergi ke hospital. Sebelum pengsan beliau telah berjaya bertemu dan memeluk DSAI, kemudiannya dia menjadi begitu bersemangat dan berucap dengan berapi-api hingga jatuh pengsan.

Pagi ini dia datang lagi, katanya dengan menaiki keretapi seorang diri dari Pulau Pinang berbekalkan sebuah beg berisi kain pelikat. Katanya "pakcik jumpa Dato' Seri malam kelmarin di Dewan Millineum, Dato' Seri minta datang jumpa nak bagi duit ubat"...entah la betul ke tidak...seronok dia minta saya ambilkan gambarnya dengan Nurul Izzah. Tengoklah nanti saya printkan dan bolehla beri pada dia kalau jumpa pada 25 Mac nanti. InsyaAllah.

Wartawan semua sedang menunggu di bahagian atas tangga, saya yang mulanya berdiri di barisan hadapan sekali terus tiba-tiba tertolak ke belakang...ishhh...memang teruk dan kena ganas kalau nak jadi wartawan dan jurugambar ni...semua main tolak je demi nak dapat shot yang paling bagus sekali. Jadi saya terus turun ke bawah dan tunggu di sebelah pintu kereta DSAI...ingatkan the best spot la...tapi DSAI tak jadi turun ke kereta sebaliknya pergi ke cafe untuk minum dan berdiskusi dengan barisan peguam.


Ini warga Permatang Pauh.....tengok tu dengan poster wayang terkini....FITNAH 2.

Aksi-aksi penyokong yang setia menunggu.

Zikir dan munajat di perkarangan Mahkamah....diketuai oleh Ustaz Badrulamin.











Setelah selesai berbincang di antara pimpinan PR dan peguam, bergerak untuk menaiki ke kamar mahkamah.





Gambar-gambar pimpinan PR yang turut hadir.................

2 comments:

Anonymous said...

hai kak tak ramai bapak polis pun...kekehkeh polis di hujung jariku

ummu asiah said...

ketua polis dok usung tilam buat pe..kali ni ketua polis dok jaga 1 lubang tu pulak..ha...ha...

lagi satu kat mahkamah tu polis terpaksa jaga n kejar orang yang bawa camera. sapa yang bawa camera besaq-besaq tu jalan masuk ke mahkamah ketua dia sendiri dok pi ligan suruh keluaq..parah betui....