Tuesday, 2 February 2010

Dari Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta...Semangat semua...

Alhamdulillah berkesempatan juga berada di Mahkamah Kuala Lumpur...sebaik sampai hairan juga melihat amat mudah masuk ke kawasan parking berbeza dengan hari-hari lain di mana kami mempunyai kes untuk dibicarakan...jam teruk untuk masuk ke dalam dan harus park hingga ke atas pavement...hari ni all clear...walau kon diletakkan di sepanjang pavement untuk mengelakkan orang ramai park di tepi-tepi jalan..Tapi Alhamdulillah..mudah untuk kami.

Wartawan berpusu-pusu mengikut jejak DSAI, gambar ini diambil di hadapan pintu lif untuk naik ke atas....dari luar lagi semua orang bertolakan umpama hari diadakan jualan murah gila-gila di gedung2 besar beli belah...hampir ada saja yang nak jatuh...

Tok Guru Nik Abdul Aziz tiba beberapa minit selepas DSAI dan rombongan naik ke tingkat 5.

Sebaik suasana depan lif tenang, tiba-tiba ada seorang pakcik tua, tidak dapat menahan emosi dan bercakap dengan lantang sekali...namun sukar untuk difahami..dia speaking...dia pakai tag bergambar DSAI.

Orang ramai dan wartawan sibuk mengambil gambarnya...namun saya tidak sampai hati untuk berbuat demikian.

Beberapa lama selepas itu kelihatan pakcik tua ini dibaringkan diatas bangku dan dia pengsan mungkin. Berbagai usaha dibuat untuk memulihkannya...saya pula sebuk cuba mencari kalau ada doktor di sekeliling...kemudian pakcik guard minta call ambulance...so buat pertama kali dalam hidup saya dial 999, dan berhubung dengan ambulance dan kemudiannya dengan pihak hospital.

Orang ramai masih mengerumuninya...tak lama kemudian kelihatan dia sudah pulih dan diberi minum dan makan...risau juga saya apabila ambulance belum sampai lagi...ingatkan nak cancel saja..tapi pakcik guard kata tak payah cancel.

Alhamdulillah akhirnya ambulance datang dengan doktor...wartawan semua sibuk ambil gambar..entah apa cerita nak dikaitkan...doktor kata pakcik ni ada kencing manis...akhirnya dia dibawa ke hospital..ALhamdulillah..

Menurut Pn Rozaini dari Wanita PKR, pakcik ni penyokong yang datang jauh dari Pulau Pinang..tadinya dia berpeluang memeluk DSAI.


Wanita PKR meramaikan...kuat semangat...rombongan dari Perak, Pulau Pinang dan lain-lain tempat...Kuasa Wanita!!!!

No comments: