Forum Kalimah Allah - Rancangan Jahat UMNO/BN Didedah
Walaupun isu Kalimah Allah kini sudah sepi dari diperkatakan dan buat masa ini sudah tidak ada lagi peristiwa keganasan ke atas rumah-rumah ibadat, namun Forum Kalimah Allah yang diadakan di KL International Hotel di Kampung Baru pada 6hb Februari lepas tetap mendapat sambutan dari orang ramai. Forum anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat membariskan Mantan Mufti Perlis Dr Asri Zainuddin, Ketua Pemudanya Ustaz Hassan Tantawi dan Dr Chua Jui Ming.
Diskusi panelis Dr Asri banyak juga diselitkan dengan ayat-ayat yang melucukan yang mengena tepat kepada pihak polis dan JAIS yang menjadi alat kerajaan untuk menangkap orang yang sebenarnya tidak bersalah.

Apabila disebut oleh Dr MAZA barulah saya sedar rupanya di atas logo PDRM juga tertera kalimah ALLAH dan Muhammad.....seloroh Dr Maza, "so sebelum dia nak tangkap, tangkap dia dulu"
Bukan calang-calang kalimah yang tertera di logo PDRM ni, kalimah yang paling tinggi dan suci, jadi Polis jangan hanya berpegang kepada moto sahaja, MESRA, CEPAT dan BETUL..tapi ingat dua kalimah yang ada di logo di baju yang anda pakai.
Dr MAZA menyebut isu ini sudah lama dibincangkan dan Institusi Mufti Perlis yang sering sukar untuk mengambil kata putus lantaran adanya ramai ahli dari pelbagai latarbelakang turut mempersetujui bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam dan seperti yang sering disebut sudah tentu perlu ada syarat dan garispanduannya.

Satu perkara menarik yang lain ditekankan dan juga merupakan satu amaran ialah "jangan buat satu peraturan yang menyusahkan orang lain, sama juga dengan ISA, buat undang-undang kemudian tangkap orang (yang tidak bersalah)"
Perkara menarik yang saya ingin kongsikan ialah apa yang disampaikan oleh Dr Chua Jui Ming, ini adalah kali pertama saya berpeluang mendengar ucapannya. Sebagai orang yang sudah lama bergelumang dengan dalam Parti komponen BN, saya boleh mempercayai apa yang disampaikannya.
Beliau memulakan ucapan dengan mengatakan beliau rasa terharu kerana dapat bersama berkongsi dalam forum tersebut, "kerana bukannya berbincang tentang buah ginjal tetapi tentang Kalimah Allah bersama dengan Mantan Mufti yang terkenal"
Dr Chua mendedahkan tentang sebab utama timbulnya isu ini keatas Majalah The Herald adalah bersifat tekanan politik apabila Majalah tersebut meletakkan gambar perhimpunan besar-besar BERSIH yang diadakan pada akhir tahun 2007, dari situlah tekanan mula dikenakan ke atas mereka oleh KDN.
Beliau juga menyentuh tentang peguam kerajaan yang lansung tidak membantah hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya maka inilah yang menjadi asas yang digunakan oleh Hakim untuk membuat keputusan.
Saya memang amat tertarik dengan hujah Dr Chua yang mengatakan bahawa kekecohan di sebalik krisis Kalimah Allah ini ialah sebenar hasil ciptaan UMNO BN sendiri yang cuba memecah belahkan rakyat dan Pakatan Rakyat.
Beliau memberi contoh peristiwa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1977, PAS menang dalam Pilihanraya dan dapat memerintah Kelantan. Kemudiannya kerajaan BN merancang untuk menjatuhkan PAS. Mereka menggajikan samseng untuk membuat huru hara di Kelantan. Samseng-samseng ini membuat kacau bilau dengan membakar rumah orang China, membakar kedai, dan membakar kereta dan banyak harta benda.

Kemudiannya kerajaan gunakan akta darurat dan umumkan darurat dan jatuhkan kerajaan Kelantan yang sah. Tahun berikutnya UMNO BN umumkan Pilihanraya di DUN Kelantan. Oleh kerana orang bukan melayu sudah mula rasa takut maka UMNO BN telah menang dan berjaya merampas semula Kelantan.
Inilah taktik kotor mereka yang jelas dilakukan untuk merampas sesebuah negeri yang jatuh dari tangan mereka atas kehendak rakyat sendiri.
BN menyangkakan bahawa kaum Melayu/Islam dari PAS terutamanya akan bangun menentang dengan kerasnya keputusan Mahkamah dan orang Kristian pula akan bangun memberontak apbila gereja mereka dibakar. Tetapi semuanya ini tidak berlaku malah perpaduan diantara parti Pakatan Rakyat dan antara kaum dan agama terus kekal harmoni dan lebih kukuh lagi.
Ini menambah kan luka pada kerajaan BN sebenarya dan terpaksa merekacipta banyak isu lagi.
Oleh itu jelas bahawa UMNO BN akan dan telah menggunakan pelbagai taktik kotor yang sengaja diadakan dan menjadi isu dalam negara untuk mengalihkan kepercayaan rakyat kepada mereka.
Maka kita sebagai rakyat tidak perlu terpengaruh dengan dakyah jahat mereka dan menyakini bahawa UMNO BN bukanlah ikhlas dalam memperjuangkan kalimah Allah ini.
Sudah banyak kesimpulan yang telah dibuat dari pelbagai Forum yang telah diadakan, dan di dalam Forum Kalimah Allah yang diadakan pada malam tersebut sekali lagi sepakat bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam.
Anda boleh membaca beberapa laporan dan penulisan mengenai forum tersebut di sini dan di sini.
Saya berkongsi gambar dengan anda di bawah ini:

Moderator: Suhaizan Kayat Ketua Pemuda PAS Johor.
Brother Shah Kirit bangun bertanyakan soalan termasuk konsep theology yang kemudiannya panelis memilih untuk tidak menyentuhnya kerana dari awal program lagi sudah ditekankan bahwa perbincangan tidak menjurus kepada perbandingan agama tetapi lebih kepada tentang hak penggunaan Kalimah Allah tersebut.
Anak-anak 'sedara' kami datang ramai-ramai....bagus....
No comments:
Post a Comment