Jom jalan-jalan cuti..tapi "jangan jadi beruk-beruk di jalanraya" ooppsss bukan saya yang kata...
Alhamdulillah, cuti yang panjang yang dikurniakan oleh Allah buat kita sudah hampir sampai ke penghujungnya. Masing-masing mengisi masa cuti dengan sebaik mungkin mengikut keupayaan masing-masing. Keupayaan dari segi wang ringgit, masa dan tenaga.
Ada yang mempunyai keupayaan dari segi kewangan sudah mungkin siap menempah tempat-tempat penginapan sejak dari awal lagi, bagi mereka yang mempunyai pakej percutian berbentuk 'time sharing' mungkin beberapa bulan lebih awal sudah memilih tempat percutian. Begitulah keadaannya hinggakan di waktu-waktu cuti kelepasan awam begini pasti semua hotel akan 'fully booked'...hebat.
Saya ditakdirkan dikurniakan Allah dengan nikmat sakit-demam di hari umur saya meningkat ke 44 tahun pada hari Jumaat, maka pada hari Sabtunya suami membawa kami sekeluarga minum pagi di UIA Gombak. Selesai makan keluar dari UIA kelihatan ke arah Tol Gombak menghala ke Pantai Timur, memang dahsyat kesesakan di lebuhraya hingga ke sebelum tol lebih jauh lagi. Ramainya rakyat Malaysia yang mahu bercuti, samada pulang ke kampung atau destinasi percutian.
Sementara anak-anak sibuk dengan kawasan buku yang mereka gemari saya duduk rehat di kerusi berhampiran dengan 'information counter'. Seorang lelaki warga emas kedengaran bertanyakan tentang buku 'Malaysian Maverick' kepada adik penjaga kaunter. Terdengar jawapan "boleh order, tapi tak tahu bila nak sampai'....wah menarik minat saya untuk bangun dan menyibuk tanya bersama uncle tu tentang buku tersebut....sebab kalau betul boleh order saya juga mahu menempahnya...tapi sayang....tak mungkin kerana buku tersebut masih tersangkut entah di mana...sayang...tak silap saya seperti satu waktu dulu saya pernah lihat ianya ada di MPH Alpha Angle, tapi masa tu buku tu belum mendapat liputan sensasi lagi....sayang....Uncle tadi tu pun nampak macam kecewa dan terus berlalu pergi.
Sedang sedap-sedap makan, abah asiah kata "kat luar tu ada pengacara TV yang kahwin dengan sapa tah tu....".....ummu asiah pun teringin la juga nak jenguk....abah asiah kata...."tak payah...lama lagi depa tu kat situ"....kami pun lepak-lepak lagi dalam kedai makan tu menghabiskan setiap sisa makanan yang ada untuk tidak membazirkan wang yang perlu dikeluarkan untuk makanan tersebut.
Bila jalan keluar dan melalui deretan meja di luar ternyata kumpulan pengacara TV tersebut masih di sana dengan beberapa orang selebriti TV yang lain...hebat artis Melayu, Malaysia dan Islam ni...penampilan mereka di luar lebih hebat lagi....
Ini tahun Harimau....mengikut perutusan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...
"Harimau melambangkan keberanian, diharapkan boleh menjadi satu pendorong untuk masyarakat Tionghua lebih ke hadapan di dalam apa jua bidang.
Sesungguhnya masyarakat Tionghua khususnya di Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di negara kita dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India.
Kita telah bersama-sama memberi sumbangan ke arah lahirnya negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua."
Alhamdulillah...tak perlu kami berjalan jauh untuk berkongsi adat perayaan Kaum Cina...menarik walau agak membingitkan telinga....
..........................................................................................................
Hari Ahad sekali lagi kami keluar untuk menikmati sarapan yang lewat di luar kerana suri rumah masih tidak sehat. Selepas makan seperti biasa tanpa perancangan terus bergerak keluar dari kawasan Gombak menuju ke Pusat Bandar, mungkin kerana jalan yang lengang membuatkan hati tenang sahaja untuk masuk ke Pusat Bandar dan menghala ke kawasan 'Lake Garden'.
Ada Taman Rama-rama, Taman Orkid, Taman Burung...tapi semuanya yang memerlukan untuk berjalan banyak dan bayaran masuk. Jadi walaupun tidaklah menarik perhatian, kami singgah menuju ke Memorial Tun Abdul Razak, bukan pertama kali ke sini, namun tetap menarik juga untuk masuk dan memerhatikan sejarah peninggalan 'Bapa Pembangunan' Perdana Menteri Malaysia yang kedua ini...lebih-lebih lagi di ketika ini anaknya yang sedang memerintah dengan pelbagai kontroversi besar-besaran yang cukup untuk membuat negara jatuh bangkrap malah dengan mudah saja mungkin musuh luar memerangkap.
Saya kagum melihat kesungguhan Allahyarham Tun Abdul Razak turun ke desa-desa, bersama rakyat ketika itu...dari imej-imej yang dipertontonkan di video yang disediakan.....banyak lagi mungkin yang harus saya pelajari dan ketahui tentang era pemerintahan Allahyarham Tun Abdul Razak untuk membezakan dengan anaknya yang sedang BERKUASA sekarang.
Kalau Ahli Politik yang suka melompat parti memang sudah sebati diumpamakan seperti katak...yang suka melompat....monyet/beruk melompat jugak...tapi tambah lagi, bergayut dan meloncat dari satu pohon ke pohon yang lain....Monyet dan beruk diumpamakan seperti apa pula ya....laju saja mulut Asiah menyebut nama seseorang tu....cepat-cepat saya "sssssyyyyyy" kan dia...pandai betul si kecil ni...banyak sangat menonton u-tube politik agaknya...
Saya cuba google perkataan 'beruk' dan 'monyet' untuk membezakan di antara kedua makhluk Allah ini, tetapi saya kehairanan kenapa nama 'Khairy Jamaluddin' pun turut tersenarai...tak percaya cuba klik... di 'BERUK' anda akan jumpa link ini di sana.
Apa pun boleh baca kenyataannya di sini tentang jangan jadi beruk-beruk di jalan raya....
Ha....tu dah marah pun dia....cepat lari....
Wah...jangan marah sangat...ni marah kat mangkuk-mangkuk kat bawah ni....buat lawak ke apa tah.......dipetik dari Malaysiakini....dah lompat tu dok diam-diam saja la gayut kat pokok yang dipilih tu....selamat pokok kami kamu dah belah....
"Saya ingin tegaskan Zahrain bukan calang-calang ahli politik, saya antara orang yang terlibat menubuhkan PKR, saya tahu semua pemimpin PKR dan saya boleh nyatakan Zahrain merupakan pemimpin PKR yang cukup matang, yang halus pertimbangan politiknya, yang berprinsip dan cukup tajam dalam pengamatan realiti dan cabaran politik. "
"Justeru apabila Zahrain membuat keputusan keluar parti, saya percaya ia memberi kesan yang besar kepada parti PKR," katanya dalam satu ceramah umum di Jasin malam tadi. Zahrain, yang jugas bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang mengumumkan keluar parti iumaat lepas selepas tidak berpuas hati dengan sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng. Ezam juga percaya jejak langkah Zahrain akan diikuti oleh pemimpin lain dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Nak puaskan hati anak kecil bawa pula mereka bermain di taman yang luas terbentang....pasti menggembirakan hati mereka tanpa perlu berbelanja lebih dan berjalan jauh....Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment