Thursday, 4 February 2010

Live dari KONDO DESA DAMANSARA bersama SAIFOOL!!!!!

Sementara menunggu gambar-gambar dari jurukamera professional di uploadkan, ummu asiah paparkan dulu gambar-gambar yang diambil menggunakan handphone dan dimasukkan ke dalam Facebook secara 'live'.

Pagi tadi kami mulakan misi dengan bergerak ke Bukit Aman bagi menghantar memo berkenaan kes tembakan melulu polis terhadap seorang ibu tunggal-akan dimasukkan kemudian.

Sebaik selesai kami bekejar pula ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Sebaik sampai kelihatan DSAI keluar dari lobby Mahkamah. Rezekilah buat kami, terdengar DSAI menyebut tentang spec hitam dan nak pergi kondo. Saya ingatkan DSAI berseloroh, lalu cepat-cepat bertanya kepada peguam Jonson Chong yang ada berdekatan. Jawabnya memang mereka hendak ke sana dan dia tidak punya kereta.

Lalu kami mengajaknya pergi bersama. Oleh kerana kami tidak tahu di mana 'Kondo Damansara', Jonson telah cuba untuk google map, tapi nasib kami baik kerana kereta dan rombongan DSAI berhenti di tepi jalan bagi menantikan kumpulan polis dan lain-lain, maka terjadilah aksi yang menarik untuk kami sama-sama mengikutinya...memang thrill habis...banyak betul kereta mengekori siap dengan polis trafik.

Akhirnya semua tiba dan keluar dari kenderaan, berpusu-pusu wartawan berkejaran ke pintu gerbang Kondo tersebut.

Saiful yang baru tiba dengan kenderaan polis.

Saifool sedang menunjukkan sesuatu kepada para peguam dan Hakim mungkin...dari jauh mereka yang membenci perbuatannya mengambil peluang menyumpahnya dengan sepuas hati!!!



Kenderaan Hakim meninggalkan tempat kejadian setelah selesai melihat tempat bukti....

No comments: