Wednesday 5 May 2010

Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid 2: Polis lepaskan 20 das tembakan.

"Apakah kita semua setuju untuk mengatakan bahawa ini adalah kejadian pembunuhan Allahyarham Adik Aminulrasyid??" tanya Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, Moderator Forum yang juga Presiden PKPIM, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia.
Disambut dengan jawaban serentak dari semua yang hadir "SETUJU!!!!!"

Begitulah bermulanya Forum “Keadilan untuk adik Aminulrasyid” yang menampilkan tiga orang panel jemputan. Mereka adalah N. Surendran selaku peguam untuk keluarga adik Aminulrasyid, Raja Badrol Hisham merangkap pensyarah Undang-undang Prosedur Jenayah, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), dan Wong Chin Huat dari Civil Rights Committee. (PKPIM)


Forum dimulakan dengan Saudara N.Surendran diberikan peluang yang pertama untuk menyampaikan perkongsiannya.

N. Surendran memulakan sesinya dengan menyatakan kebanggaan dan senang hati melihat ramai yang datang dan ramai yang bangkit apabila timbulnya kes salah tembak oleh polis. Menurutnya sebelum ini untuk mendapatkan 5 atau 6 orang pun cukup susah bagi kes kezaliman seperti ini. Ini adalah kerana beliau adalah peguam yang berpengalaman dalam menangani kes-kes seperti ini seperti kes Norizan Salleh, A.Kugan dan lain-lain lagi. Beliau juga memaklumkan dalam era IT ini sudah muncul satu laman khusus di Facebook yang mempunyai penyokong seramai 60,000 orang!!!.

Trajedi yang menunggu masa untuk berlaku

Ini menunjukkan bahawa rakyat sudah cukup marah dan muak dengan apa yang telah dilakukan oleh polis dalam kes seumpama ini.

Surendran berpendapat bahawa tragedi yang menimpa Adik Aminulrasyid adalah suatu tragedi yang hanya menunggu masa untuk berlaku "and it happened" ujarnya.

Tambahnya lagi sudah sejak bertahun-tahun pihak NGO dan parti pembangkang berjuang agar polis tidak menyalahgunakan kuasa mereka apabila menggunakan senjata api. Begitu juga dengan desakan agar ditubuhkan segera Independent Police Complaints and Misconduct Commision (IPCMC) atau Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM.

"Sebaliknya kini apabila tragedi ini berlaku orang tertinggi di dalam kerajaan terus bangun membela pihak polis" dedah Surendran. Sewajarnya pihak polis memohon maaf dan menjanjikan bahawa siasatan akan dijalankan dan bukan merekacipta cerita untuk membela pegawai mereka yang terbabit.

Fakta yang jelas

"Persoalannya jika ada penjenayah di luar sana apakah polis boleh terus tembak saja. Ini perjuangan dan persoalan sejak dari dulu lagi"

Surendran menegaskan bahawa fakta bagi kes ini adalah sangat mudah "very simple" dan saksi utama yang juga mangsa Adik Azzamuddin juga telah memberikan persaksiannya secara terbuka. Menurut Surendran lagi walau disoalsiasat berkali-kali dan berjam-jam adik Azam tetap dengan kenyataan yang sama seperti yang dapat kita lihat dan dengar di rakaman You Tube.

Pada malam tersebut setelah beberapa siri "unfortunate events" yang berlaku ke atas mereka, mereka telah dikejar oleh polis. Adik Aminulrasyid yang ketakutan hanya ingin pulang ke rumahnya dengan segera untuk rasa selamat dan dapatkan perlindungan. Namun pihak polis terus menerus mengejar mereka walaupun mereka telah memasuki ke kawasan perumahan yang hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai ke rumahnya.

20 das tembakan

Pihak Polis peronda yang terbabit telah MELEPASKAN 20 DAS TEMBAKAN ke arah kereta yang dipandu oleh Adik Aminulrasyid.

"He was shot at the back of his head" tegas Surendran.

"Bila sampai di seksyen 11 polis tembak bertubi-tubi lagi yang menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan dan terus masuk ke dalam longkang." Ketika itu Adik Aminulrasyid sudahpun terkena tembakan di kepala dan jatuh ke riba kawannya Azzamuddin. Adik Azzam terus keluar dari kenderaan untuk menyerah diri namun dia telah diterajang oleh polis yang seramai 4 hingga 5 orang.

Apa pula kata polis????

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan. Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda,"

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.

"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.

Tambah beliau, pihaknya yang memeriksa kereta suspek telah menemui sebilah PARANG PANJANG. sumber

Apa kata peguam dan saksi??

"Polis kata bila kereta berhenti, Aminulrasyid masih hidup dan cuba untuk merempuh polis secara reverse" ujar Surendran

"No reversing of the car" tegas Surendran lagi sambil menceritakan pula kenyataan saksi yang lainnya yang mendengar kejadian tersebut.

"Zafrullah said that he heard shots and loud bang!" Ini membawa maksud bahawa bunyi tembakan kedengaran dahulu dan diikuti dengan bunyi dentuman akibat perlanggaran.

Selain dari saksi yang bernama Zafrullah turut tampil menjadi saksi ialah beberapa orang yang sedang minum di sebuah restoran berdekatan yang melihat dan mendengar kejadian pada malam tersebut.

Pendedahan mereka ialah " mereka melihat sebuah kereta proton dan di belakangnya diikuti oleh sebuah kenderaan polis yang sedang melepaskan tembakan bertubi-tubi dan sangkaan mereka pemandangan itu hanyalah sebuah dari aksi pengambaraan filem!!!".

"shootimg repeatedly, thought it was a shooting of a film and no loud speaker asking to stop"

Rumusan dan 'Magic Parang"

Sebagai rumusan dari semua cerita di atas Surendran menyatakan bahawa ada ramai saksi yang telah memberi kenyataan dan cerita mereka adalah secara keseluruhannya terbalik dari apa yang polis ceritakan.

Cerita mengenai penemuan sebilah parang turut dibangkitkan dalam forum tersebut. yang disebut oleh Surendran sebagai "Magic parang" kerana tiba-tiba sahaja polis mengatakan bahawa wujudnya sebilah parang di dalam bonet kereta yang mereka naiki yang dipunyai oleh kakak sulong Adik Aminulrasyid.

Isu kewujudan parang ini sentiasa dibangkitkan oleh polis dalam kes tembakan seperti ini dan mangsa dikatakan cuba mencederakan polis 'harm the police'. Dan mangsa dituduh sebagai disyaki penjenayah.

Sama seperti di dalam kes yang menimpa Puan Norizan Salleh, seorang ibu tunggal yang turut menjadi mangsa tembakan polis secara bertubi-tubi hanya kerana polis menganggap mereka penjenayah. Puan Norizan turut hadir dalam majlis Forum tersebut.

Menurut Surendran, "selepas Norizan ditembak sama juga kenyataan yang dikeluarkan, Polis telah menembak penjenayah yang berada di dalam keadaan mencurigakan, mereka telah cuba reverse kereta untuk merempuh polis dan polis terpaksa tembak dan terdapat sebilah parang di dalam kenderaan yang dipandu".

Bagi menjawab persoalan mengapakah polis menggunakan isu kewujudan parang di dalam kenderaan orang yang mereka syaki sebagai penjenayah, kita ikuti pula laporan seterusnya melalui penyampaian panelis kedua iaitu Pensyarah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Raja Badrol Hisham. Juga apakah Perintah Tetap Ketua Polis Negara dalam menggunakan senjata api. Satu dokumen penting yang amat tidak semua polis memilikinya dan membacanya.

Ikuti pendedahan seterusnya.

5 comments:

Anonymous said...

ini cerita gila yang diputar belit oleh ahli panel dan pengikutnya mengikut teori acuan mereka sendiri kerana terdapat perasaan anti polis dalam diri mereka....tiada kejujuran menuntut keadilan tetapi hanyalah sikap ingin menangguk diair yang keruh untuk kepentingan diri mereka sahaja...masyarakat yang normal tidak akan terpedaya kerana yakin pada kejadian yang sebenar tanpa kompromi...polis juga rakyat dan mereka berkhidmat untuk rakyat tanpa ada agenda peribadi...tapi ahli2 panel ini ada agenda peribadi yang patut di persalahkan kerana tidak iklas dan tidak jujur termasuk pada diri mereka sendiri.

Anonymous said...

siri cerita pembohongan yang ketara...orang seperti ahli panel inilah yang menjadi duri dalam hantu-hantu dinegara ini...perosak kebenaran dan keadilan...

Anonymous said...

wahai anon-anon diatas, adakah anda pencacai umno-apco?

anti-pencacai

Aina@Azila said...

terfikir jugak.. macam mana polis boleh melepaskan tembakan bertubi tubi sedangkan tiada tembakan balas dari mangsa. mangsa tak ada senjata.

Mingkin apa yg dikatakan oleh ahli panel tu putar belit cerita. Fine!!! but, cuba ambil ayat daripada berita mainstream "Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," ... Boleh ker seorang polis "melatah" dengan pistol? hanya kerana TERKEJUT, tembak sampai mati... senang nyer..

ummu asiah said...

Azila,

Itu yang kita pertikaikan dan mahu jawapan dan penyelesaian. apakah boleh polis tembak sewenangnya.

yang menjadi satu perkara yang mengejutkan ialah tidak semua ketua polis ada perintah tetap yang perlu diketahui tentang cara menggunakan senjata api dan pendedahan bahwa ramai polis tidak tahu tentang perubahan dalam undang-undang kanun jenayah yang menjadi panduan buat anggota polis.