Thursday 27 May 2010

OKT Kuala Kangsar: Adakah mereka merusuh? Adakah mereka merusuh? Adakah mereka merusuh?

Perbicaraan yang bersambung semalam pada tarikh 26hb Mei 2010 amat menarik perhatian, sekurang-kurangnya untuk diri saya sendiri. Sebab pertamanya buat pertama kali galeri mahkamah dipenuhi oleh orang awam, bukan sembarangan orang awam, malah ianya terdiri dari pimpinan Pakatan Rakyat.

Sebab keduanya pula kebetulan saksi yang dipanggil memberi keterangan pada hari ini iaitu ASP Zairul yang merupakan pegawai penangkap mengakui bahawa beliau telah menangkap seramai dua orang pada hari kejadian, dan mereka ada suami saya sendiri Bad Latif Mansor dan Meor Safrizal.

Menarik juga kerana suami saya memberitahu bahawa bukan ASP Zairul yang menangkapnya, tetapi pegawai lain dan di dalam rakaman yang ditunjukkan juga tidak ada sebarang imej yang menunjukkan bahawa ASP Zairul yang menangkapnya tetapi hanya dua orang anggotanya yang telah memegang tangan suami saya dan diheret ke kawasan di mana mereka semua dikumpulkan.

Paling menarik lagi apabila di dalam rakaman video yang diambil oleh polis jelas menunjukkan seminit sebelum beliau ditangkap beliau sedang bercakap sesuatu dengan ASP Zairul dan disebelah suami saya pula ialah Saudara Khairul yang juga ditangkap tetapi dua minggu kemudiannya.

Dalam rakaman tersebut jelas menunjukkan suami saya berkata kepada ASP Zairul, "kenapa tangkap, kenapa tembak gas bertubi-tubi, kena budak-budak, anak saya pun kena" dan beberapa ungkapan yang lainnya.

Lebih menarik juga ialah ketika selesai peguambela Augustine Anthony menyoal balas, apabila Pendakwaraya menyoal balasnya semula berkenaan cadangan peguam yang dipersetujui sendiri oleh beliau iaitu setuju atau tidak En Bad Latif sedang bercakap dengan anda, ASP Zairul menyebut semula seperti apa yang disebut oleh suami saya seperti di atas, dan dia menggunakan istilah "he keep pushing me". Hah...lepas tu terus tangkap pula.....

Lebih menarik juga, peguambela berjaya juga membuktikan bahawa suami saya ialah seorang yang sedang mengambil gambar pada hari tersebut dengan kamera DSLR sentiasa ditangannya dan sentiasa ada imej beliau dalam aksi mengambil gambar. Suami saya juga jelas di dalam rakaman cuba menghalang orang ramai dari membaling objek ke arah polis dari kawasan atas bukit berhdapan dengan Masjid Ubudiyyah.

Gambar terakhir yang diambil oleh OKT no 5, Bad Latif Mansor

Akhirnya beliau ditangkap ketika beliau sedang mengambil gambar Saudara Idris dan Hj Ismail sedang ditangkap polis. Baca skrip perbicaraan yang membayangkan perkara yang di atas di bawah ini:

Soalan-soalan dari Pendakwaraya:

S : Pakaian apa yang kamu pakai semasa bertugas pada 26-02-09?

J : Saya memakai vest polis bila jemaah keluar dari masjid.

S : Di Masjid Ubudiyyah lapor diri pada siapa?

J : DI Masjid terus ambil tempat masing-masing. Lapor diri pada Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar.

S : Kamu katakan pegawai polis memakai vest, lebih kurang pukul berapa?

J : 2-2.15 petang.

S : Boleh nyatakan di mana pasukan awak berada?

J : Di belakang pasukan PORU (Police Order Riot Unit) yang buat sekatan.

S : Jelaskan secara ringkas dalam mahkamah masa awak ada belakang PORU apa yang berlaku?

J : Sejurus jemaah keluar dari Masjid, lebih 200 0rang berkumpul di kawasan perkarangan Masjid. Ada yang memegang kain rentang dan sepanduk besar lalu berarak . Mula berarak ke arah Istana dan kumpulan ini terus MERUSUH dan MEREMPUH pasukan FRU dan jerit provokasi dan Takbir dan merempuh sekatan Pasukan PORU dan saya terpaksa berundur sehingga ke hadapan Istana. Buat sekatan sekali lagi dan dibantu oleh Pasukan FRU.

S : Pasukan awak terpaksa berundur?

J : Kumpulan PERUSUH semakin besar jadi arahan bersurai telah dikeluarkan oleh Komander PORU.

S : Awak ingat siapa Komander?

J : Sarjan.......(tak ingat)

S : Apa reaksi orang ramai?

J : Tak bersurai dan teruskan provokasi.

S : Dan apakah tindakan PORU?

J : Gas pemedih mata dilepaskan kepada kumpulan PERUSUH.

S : Setelah gas pemedih mata dilepaskan ke arah PERUSUH.....

Peguambela Augustine bangun membantah penggunaan perkataan PERUSUH dan mengingatkan kepada Hakim bahawa sejak di hari pertama perbicaraan dilaksanakan Mahkamah telah memberi persetujuan bahawa ayat PERUSUH tidak boleh digunapakai.

Hakim menerima bantahan.

S : Adakah orang ramai bersurai?

J : Orang ramai agak bersurai. Saya berundur semula ke arah masjid. Pasukan PORU diarahkan turun ke arah masjid.

S : Bagaimanakah dengan keadaan ketika itu? Masa turun ke arah masjid apakah arahan yang telah diberikan?

J : Arahan oleh Timbalan Ketua Polis Perak ialah untuk buat tangkapan ke atas orang ramai. Bila kami sampai telah mula dibaling botol, objek-objek, so diarah buat tangkapan ke atas orang ramai.

S : Setelah terima arahan apakah tindakan awak?

J : Setelah terima arahan dari Timbalan Ketua Polis Perak, lepas tu kami mula buat tangkapan seramai 9 orang.

S : Pada hari kejadian?

J : Secara keseluruhan mereka buat tangkapan seramai 9 orang bersama pegawai dari Bukit Aman.

S : Apakah awak buat tangkapan?

J : Saya buat tangkapan ke atas 2 orang lelaki pada hari kejadian.

S : Siapakah 2 orang tangkapan yang awak buat?

J : Meor Safrizal dan Bad Latif (buat pengecaman)

S : Rujuk rakaman video (ditunjukkan seorang anggota polis berbaju merah yang memegang tangan OKT 5 Bad Latif Mansor dan minta buat kecaman) Siapakah anggota tersebut?

J : DSP Fadzil.

S : Adakah diberitahu sebab-sebab tangkapan?

J : Diberitahu sebab-sebab tangkapan bila di Balai kerana pada masa tangkapan keadaan huru hara.

S : Masa tangkapan dibuat apakah pakaian yang dipakai ?

J : Vest kuning polis sejak dari awal lagi.

S : Pada hari tersebut 6-02-09 pukul berapa habis?

J : Secara rasmi lebih kurang 5 petang kemudian buat urusan dokumentasi di IPD Kuala Kangsar hingga jam 10 malam.

Tamat soal jawab dari Pihak Pendakwaraya dan diikuti dengan soal balas dari pihak pembelaan.

S : Pernah beri keterangan di mahkamah sebelum ini?

J : Pernah.

S : Berapa kali ?

J : Tak ingat.

S : Kamu tahu tentang kes D9?

J : Tumpukan kepada kes jenayah berat yang menarik perhatian.

S : Setuju kes pada hari ini bukan D 9?

J : Saya kata kes menarik perhatian.

S : Setuju selain dari anda ada ramai polis buat rakaman?

J : Setuju.

S : Setuju tadi kata lebih 200 orang MERUSUH?

J : Setuju.(dengan isyarat mengangguk)

S : Di mana?

J : Di Kuala Kangsar.

S : Di mana?

J : Di hadapan masjid Kuala Kangsar menuju ke Istana.

S : Masjid ada nama, Istana pun ada nama ya. Adakah tertumpu di Masjid dan tamat di mana?

J : Mula di Istana dan tamat di Masjid.

S : Anda tahu apa pertuduhan ke atas mereka?

J : Hadiri perhimpunan..........

S : Apa pertuduhan ke atas mereka? (sambil meninggikan sedikit suara)

J : 145 (sambil memandang ke arah DPP)

S : "Jangan tanya DPP.....tanya saya..." Anda ada buat dua laporan polis? Sila rujuk P 42 dan IDD 41. Di bawah seksyen apa pertuduhan?

J : Seksyen 148A.

S : Jadi anda setuju laporan polis ini tak sama dengan pertuduhan di Mahkamah hari ini?

J : Setuju.

S : IDD 41 setuju keadaan yang sama?

J : Setuju.

S : Bukankah ini bermaksud bukan MERUSUH? 145 apa?

J : Tak ingat

S : Jangan tengok DPP. Berapa tangkapan dibuat?

J : Dua. Bad Latif dan Meor Safrizal.

S : Anda nampak mereka merusuh?

J : Mereka ada di dalam tu.......

S : Adakah mereka merusuh?

J : Saya tak nampak tapi mereka ada di dalam perhimpunan itu.

S : Adakah mereka merusuh?

J : Tidak.

Bersambung ke satu lagi episod InsyaAllah. (dalam mahkamah tidak dibenarkan menggunakan Komputer maka perlu catat dan ulang catat dalam komputer). Harus bergerak ke Mahkamah untuk kes yang akan disambung bicara jam 10 pagi.

2 comments:

Bee Family said...

Terbukti pakcik bad tak bersalah....terbukti pakcik bad bukan PERUSUH...

dia cuma hadir ambil gambar sahaja...


..................................................

S : "Jangan tanya DPP.....tanya saya..." Anda ada buat dua laporan polis? Sila rujuk P 42 dan IDD 41. Di bawah seksyen apa pertuduhan?

J : Seksyen 148A.

S : Jadi anda setuju laporan polis ini tak sama dengan pertuduhan di Mahkamah hari ini?

J : Setuju.

S : IDD 41 setuju keadaan yang sama?

J : Setuju.

S : Bukankah ini bermaksud bukan MERUSUH? 145 apa?

J : Tak ingat

S : Jangan tengok DPP. Berapa tangkapan dibuat?

J : Dua. Bad Latif dan Meor Safrizal.

S : Anda nampak mereka merusuh?

J : Mereka ada di dalam tu.......

S : Adakah mereka merusuh?

J : Saya tak nampak tapi mereka ada di dalam perhimpunan itu.

S : Adakah mereka merusuh?

J : Tidak.

Bersambung ke satu lagi episod InsyaAllah. (dalam mahkamah tidak dibenarkan menggunakan Komputer maka perlu catat dan ulang catat dalam komputer). Harus bergerak ke Mahkamah untuk kes yang akan disambung bicara jam 10 pagi.

ummu asiah said...

Thank u...bai..kan?

Alhamdulillah..InsyaAllah kita akan terus buktikan bahawa polis main tangkap saja orng awam sbb ikut arahan org atasan...salah tangkap!!!