Sunday 28 February 2010

"WHY IS IT SO HARD??"

Sedang enak-enak mengelamun sambil memandu tiba-tiba handphone berdering...."Bashirah2"....cepat-cepat jawab.

Kebetulan sejak dua tiga hari ini memang hati sentiasa terkenangkan dirinya. Bagaimana agaknya dia menghabiskan hari-hari yang mendatang dengan 3 orang anak yang masih kecil dan lasak di ruang sempit di rumah pangsanya di tingkat paling atas. Tingkat 4. Kemana dia hendak pergi tanpa suami di sisi dan di tanah yang bukan tempat tumpah darahnya.

"Assalamu'alaikum, How are you sister?" sapa Bashirah melalui gagang telefon.

"Wa'alaikummussalam Warahmatullah......Alhamdulillah, I am fine..." salam diberi dijawab semesra mungkin.

Beliau meneruskan percakapan. Sukar sebenarnya untuk memahami butir bicaranya apatah lagi melalui talian telefon.

" I just want to say Salam to you sister. I am feeling very sad, stress, i can't think staright, I am so stress...." saya cuba memahami apa yang disampaikan...

"Okay...okay sister...I understand..I can understand you...don't worry..let me call you back okay"...cepat-cepat saya hentikan panggilan agar dia tidak perlu menanggung bil telefon dan biar saya sahaja yang menghubunginya semula.

Cepat-cepat no Bashirah ditekan semula dan segera diangkat olehnya.

" Don't worry sister, I will come and visit you tomorrow morning, InsyaAllah. I have no plan tomorrow, I will come to your house okay"...janji saya padanya sambil memikirkan sekiranya sudah ada apa-apa rancangan awal yang telah dibuat atau dijanjikan.

" Okay, thank you very much sister, Jazakallahu hu khairan sister"


Di dalam hati terfikir-fikir, ramai manusia diduga dengan berbagai masalah, bagaimana agkanya masing-masing cuba menyelesaikannya. Namun dalam sedikit masalah yang Allah timpakan pada diri, saya yakin setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiaannya yang Allah sediakan. Bila ditimpa masalah kita memang terasa dunia ini begitu sempit. Berbagai cara kita lakukan untuk menyelesaikannya.

Membaca kata-kata hikmah dari Al Quran dan sunnah dan kata-kata sahabat sedikit sebanyak menenangkan hati.

Moga di pagi hari ini saya dapat mampu menenangkan hati Bashirah walau saya tidak dapat menjanjikan kepadanya bahawa suaminya akan dibebaskan segera dari ISA dan dari cengkaman polis Cawangan Khas yang zalim.

Sebenarnya saya lebih memahami penderitaan Bashirah kerana minggu lepas setelah 34 hari terpisah dengan suami, beliau berpeluang berjumpa suami yang ditahan ISA bersama polis dan katanya "My husband cried, he really cried, I am sick, he look so unhealthy and sad"

Kesian dia dan mereka, suaminya mungkin sudah "break down" hingga menangis di hadapan isteri dan anak-anak.

"Nalini, ada apa-apa updates dari sesiapa yang dapat disampaikan pada Bashirah?" segera Nalini dihubungi.

"Tak ada la Kak Nashita, why is it so hard Kak Nashita?" tanya Nalini mengharapkan jawapan yang saya pun tak punya.

" Tak tahulah Nalini, kita cuba sajalah yang kita terdaya"

Pagi ini SUHAKAM akan bertemu Polis untuk berbincang mengenai nasib tahanan ISA terkini, tetapi bak kata Nalini sekiranya ianya hanya satu perbincangan maka tiada ada apa yang boleh diharapakan.

Perjuangan harus diteruskan.


Nalini sebagai koordinator di SUARAM tahu banyak perkara tentang segala aktiviti mengenai perjuangan rakyat. Tugas mereka banyak berkisar dalam membantu nasib warga yang tertindas. Kematian dalam lokap, kezaliman polis masalah rakyat termiskin dan lain-lain lagi. Pasti lagi stress hidup mereka.

"Kak Nashita, I have to be prepared for tomorrow, esok akan ada protes di 4 buah hospital, I will be in Hospital Serdang"

"Oh ada apa tu Nalini, I can meet you there and we will discuss further"

"Protes tentang khidmat Hospital, kerana ada satu sistem baru yang akan menekan rakyat, 8 am- 4pm, khidmat sebagai hospital kerajaan, selepas 4 petang jadi swasta" terang Nalini.

"Gila tu....kesiannya pada orang yang susah, betul-betul menekan ni...banyak nya masalah dalam negara ni"...jerit saya

Itulah lagi masalah yang menambahkan sesak di dada.

JANGAN PERNIAGAKAN NYAWA KAMI; HENTIKAN PENSWASTAAN HOSPITAL!

"Okay Nalini, I will try to meet u at Hospital Serdang at 12pm, InsyaAllah"..akhir perbualan kami

Tiba-tiba pula teringat untuk membuat sesuatu bagi menceriakan anak-anak Bashirah yang mungkin sudah berhari tidak keluar dari rumah. Kerana hasrat kami sekeluarga untuk membawa mereka sekeluarga dan seorang lagi temannya tidak tercapai.

" Hello Bashirah, I will come to your house tomorrow morning and I will take you and your children out for breakfast InsyaAllah, at my friend's shop. There is a playground, your children can play there" InsyaAllah.

(terimakasih pada I luv ISLAM.com)

REFORMIS 98-HARUS TERUS BERJUANG HINGGA MENANG!!

Jumaat 26 hb Februari, kami turut sama dijemput untuk menghadiri pertemuan Reformis dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor di kediaman rasminya.

Seronok juga berpeluang berjumpa dengan muka-muka lama yang sering dijumpai di demonstrasi aman di sekitar Kuala Lumpur dari bulan September 1998. Ketika gelombang reformasi bermula bermakna umur saya baru 32 tahun..dan sedang sarat mengandungkan anak yang ke 3 dan tidak mahu ketinggalan di dalam apa jua demonstrasi yang diadakan....kemuncaknya sudah tentu peristiwa bersejarah di tahun 2000, 5hb November 2000.

Demo KESAS Hiway. Perhimpunan 100 ribu rakyat yang sepatutnya berlansung di Jalan Kebun namun atas sikap polis yang terlalu mengawal akhirnya terciptalah sejarah yang tersendiri di mana Lebuhraya KESAS dipenuhi oleh mungkin lebih dari 100,000 rakyat. Ketika itu saya sedang sarat mengandung anak yang ke empat Asiah yang lahir pada 4hb Januari 2001, dua bulan selepas itu.

(ketika saya buat pencarian dengan kata kunci "demonstrasi 5 November 200" terjumpa link ini yang punya banyak artikel bersejarah. 5 Tokoh Pejuang. mesti klik.)

Terlalu banyak kenangan untuk dikenang, namun semuanya sudah berlalu, apa yang penting peristiwa REFORMASI 1998 mengajar ramai tentang erti sebuah perjuangan yang tumbuh hasil dari sebuah kezaliman. Banyak perkara keburukan dan kezaliman pemerintah terbongkar ketika itu, ramai yang berani bangun dan menentang. Ramai yang berkorban apa saja...tetapi yang penting ianya haruslah untuk sebuah kemenangan yang masih belum dicapai...

Maka hingga sampai ke titik akhir di mana segala kezaliman ditumpaskan sehingga itulah denyut-denyut reformasi harus terus segar dan berkembang...InsyaAllah....

Dikongsikan sebahagian gambar-gambar yang sempat kami abadikan di dalam lensa Abah Asiah.


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim TSK,MB menemui reformis diShahAlam.Jasa,pengurbanan dikenang.Saya singgah,bicara idealisme perjuangan lantas berundur utk keSegamat.

Yesterday at 6:28pm via Selective Tweets · ·


























Saturday 27 February 2010

Markas PAS Taman Melewar Dalam Kenangan


Ketika era reformasi di tahun 1998 kami bertuah kerana tinggal di Taman Gombak. Bertuah kerana tapak Markaz PAS Taman Melewar meriah dengan pelbagai aktiviti ceramah. Beruntung kerana kami tidak perlu bersesak-sesak mencari tempat meletaka kereta. Bila ada ceramah ada juga kawan yang booking nak park di hadapan rumah kami.

Kiranya waktu ini peniaga-peniaga kecil juga merasa gembira dan bertuah menumpang meningkatkan ekonomi mereka. Berderet gerai-gerai dan warung yang datang dari jauh dan dekat untuk berniaga. Makanan yang pasti ada ialah sup....

Sekitar tahun 2001 kami berpindah pula tinggal di Ampang..aktiviti ceramah dan pelbagai aktiviti lain masih lagi meriah dilaksanakan di sana. Ketika itu juga berbagai program yang berkaitan dengan kempen membebaskan tahanan ISA reformasi 10 diadakan di sana. paling tidak dapat dilupakan ialah Kempen Mogok Lapar yang mengambil masa lebihkurang 10 hari. Markas PAS hampir menjadi rumah ke dua kami ketika itu.

Di akhir tahun 2007 ketika mencari rumah untuk menetap kami bersyukur dapat berpeluang memiliki rumah sekali lagi di kawasan berdekatan Taman Melewar.

Mac 2008, kemenangan besar di pihak Parti Pembangkang, Markaz PAS kembali sunyi...dan akhirnya meriah kembali ketika Pakatan Rakyat ditimpa bertubi-tubi dengan asakan dari kerajaan Barisan Nasional demi untuk menumbangkan kekuatan Pakatan Rakyat. Markaz Tamman Melewar kembali meriah.

Dua gambar di atas ialah suasana ceramah mengenai krisis di Perak..terasa segar kembali.

Markaz PAS juga dijadikan tempat perhentian bagi mereka yang datang dari jauh apabila adanya demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur. Seperti Himpuan PPSMI, BERSIH, PROTES dan juga MANSUH.

Ini adalah gambar-gambar terbaru keadaan Markaz PAS Taman Melewar yang akan bertukar wajah, nama dan kegunaanya.

Markas PAS Taman Melewar jadi Kolej Universiti

Tapi okay juga..mungkin ada peluang untuk saya menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati dan berguna untuk masyarakat, Negara dan Agama....dekat sangat dengan rumah....


Friday 26 February 2010

"Wanita Malaysia KECAM Polis Di Raja Malaysia. Kembalikan nikmat rasa aman dan selamat kepada Wanita di Malaysia"

Turut serta di sana Puan Rozaini Mohd Rosli Exco Wanita Keadilan dan YB Manikavasangam Ahli Parlimen Kapar, juga wakil dari Dewan Muslimat PAS Pusat.

Bergambar di hadapan perkarangan Parcel D yang menempatkan agensi-agensi di Bawah Kementerian Dalam Negeri. Setiap kali ke tempat-tempat begini untuk urusan penghantaran memorandum akan ada satu perubahan dari segi bentuk kawalan untuk masuk.

Hari ini sudah mula dikawal dari pondok pengawal lagi.

dipetik dari Utusan Online: Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman mengulangi amarannya supaya orang ramai tidak menyertai satu demonstrasi yang akan diadakan hari ini di KDN bagi membantah tindakan polis kononnya telah tersalah tembak seorang wanita.


Bersama bergerak masuk ke bangunan D1 yang menempatkan bangunan Kementerian Dalam Negeri. Ketika bergerak menuju ke arah bangunan ini Fadiah menyebut kepada saya "inilah bangunan yang banyak berat timbangan dosanya kerana banyak menzalimi rakyat"....

Amaran: Jangan bersekongkol dengan orang yang zalim.

Sebaik sampai di lobby Bangunan Kementerian Dalam Negeri kami dijemput masuk ke bahagian dalam tempat pengawal. Pengawal ni baik sahaja bercakap dengan wakil rakyat kita. Turut berada di sana ialah YB Zuraidah Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR Pusat, YB Rodziah dan peguam Latheefa Koya yang tegas dan garang :-). Garang dalam menegakkan hak asasi manusia.

Pengawal mengatakan bahawa Menteri menunggu di atas dan hanya 5 orang dibenarkan naik. Kemudiannya apabila semua bertegas, dinaikkan menjadi 7 orang. Namun kemudiaannya Lateefa dan YB Zuraidah mengatakan bahawa rombongan kami ramai dan ada ramai juga wartawan yang ingin membuat liputan, maka kami memohon agar Menteri dapat turun ke bawah bertemu dengan pengadu dan rakyat.

Semua menunggu di lobby bangunan hingga turun seorang yang memakai tanda nama Azmi tanpa senyuman dan terus bertanya dengan sombongnya "Mana memorandum, Mana memorandum" berkali-kali....disambung lagi..."Mana memorandum, kata nak bagi memorandum, bagilah"

Namun semua berkeras tidak mahu menyerahkan memorandum,kerana kedatangan semua ke sana ialah untuk bertemu Menteri sendiri dan perkara ini sudah dimaklumkan lebih awal lagi. Maklumat yang diterima juga Menteri sebenarnya ada.

Tambahan lagi mangsa tembakan Puan Norizan turut hadir, beliau boleh bercakap bagi pehaknya sendiri.

Kenapa pegawai tersebut yang akhirnya memperkenalkan dirinya sebagai Dato' Azmi Setiausaha Kanan Sulit Menteri Dalam Negeri tidak boleh lebih bersopan dan menerima tetamu dengan senyuman dan lebih baik dan hormat sedikit.

Perbualan yang sepatutnya berlaku ialah seperti ini:

"Mohon maaf, Menteri ada tetapi dia tidak dapat turun ke bawah, saya datang ke sini bagi pihak Menteri. Siapa mangsa di sini? Oh..silakan adukan apa masalah puan,kami sudi mendengar dan serahkan memorandum tersebut untuk perhatian dan tindakan kami..."...kan mudah dan senang...tak perlulah berlaku kekecohan di sana...kenapa mesti defensive dan nak melawan dengan rakyat yang tidak mengancam.....

Ini tidak, perkara yang sebaliknya yang telah berlaku yang telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang hadir. Mangsa ada di sana datang mengadu kepada Kementerian yang bertanggungjawab. Lihatlah wajah Dato' Azmi yang sudah bersedia berpaling dan hendak beredar setelah seorang lagi pegawai bawahannya mungkin cuba datang untuk 'menyelamatkan' keadaan.

Peguam Norizan, Surendran dan juga Latheefa...cuba menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan layanan yang diterima.

Lihat sendiri aksi dan ekspresi mereka.....pasti jelas perkara yang berlaku adalah di luar batas kesabaran.

"Hei...kenapa mesti pergi, mangsa di sini, kami peguam, Exco Kerajaan dan wakil rakyat ada di sini"....mungkin itu yang telah disampaikan.

Ini lagi seorang pegawai KDN yang datang memburukkan lagi imej Kementerian Dalam Negeri.

Berlalu pergi....

Terkejut dengan apa yang berlaku...."Norizan, cuba lihat layanan mereka kepada kita...kita mesti pastikan mereka semua ditumbangkan agar tidak ada lagi yang akan menerima nasib yang serupa"

Lihat pergerakan Polis Di Raja Malaysia...ok lagi cuba pegang sama-sama mungkin:-)

Setelah gagal berjumpa, berbincang dengan baik dengan yang bertanggungjawab, delegasi pada hari itu telah keluar berkumpul di luar dan menyatakan bantahan masing-masing dengan mengeluarkan banner untuk perhatian dunia!!!!

"Wanita Malaysia KECAM Polis Di Raja Malaysia. Kembalikan nikmat rasa aman dan selamat kepada Wanita di Malaysia"

Keadilan untuk Norizan Salleh....baru beberapa saat polis pun cuba nak rampas....

Wanita berani tidak mudah mengalah....Lawan Tetap Lawan.....

LAWAN


LAWAN TERUS

YB Rodziah Ismail ADUN Batu 3 Shah Alam yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor menyatakan kekesalan di atas sikap pegawai tinggi Kementerian Dalam Negeri yang lansung tidak menghiraukan kehadiran mereka ke sana.

ADUN Teratai YB Jenice Lee juga mewakili DAP turut memberikan sokongan dan memberikan kenyataan kepada media selepas kejadian.

Peguam Rakyat: Masih muda dan berjiwa besar untuk membela rakyat. Fadiah Nadwa Fikri, salah seorang peguam yang ditangkap dan dimasukkan ke lokap ketika hadir di hadapan Balai Polis Dang Wangi untuk membela nasib anak guam mereka.

Apa kata kita baca apa yang tertulis di Utusan Malaysia tentang pengakuan Norizan Salleh:

Menjelaskan kejadian itu, Muhammad Sabtu berkata, kejadian tersebut berlaku di kawasan Jinjang pada pukul 4.30 pagi, 30 Oktober lalu.

Katanya, sebelum kejadian itu, anggota peronda telah terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, mereka kemudian mengarahkan kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan.

"Bagaimanapun suspek enggan berhenti dan terus memecut ke arah Selayang sebelum menuju kawasan Gombak sehinggalah beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah suspek yang cuba merempuh anggota polis," katanya.

Muhammad Sabtu menjelaskan, ekoran kejadian itu, pemandu kereta tersebut dan seorang penumpang wanita telah terkena tembak.

Sementara itu, Norizan yang turut hadir di KDN pagi ini mendakwa dia ditembak sebanyak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebatang lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.

"Disebabkan kecederaan ini, saya sendiri terpaksa menanggung kos rawatan mencecah RM18,000," ujar ibu yang mempunyai anak lelaki berumur 11 tahun itu.

Wanita berumur 30 tahun itu yang keadaan tangan kanannya berbalut, turut meluahkan kebimbangan disebabkan dia kini tiada pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarga.

Kesah awal Norizan boleh baca di sini.