Wednesday 24 February 2010

Hari Penuh Peristiwa bersama Rakyat.

Pagi ini jam 9 pagi kamar Nahkamah Majistret Jenayah 5 sekali lagi menerima kehadiran kami. Di tingkat 3 di bangunan Mahkamah Jalan Duta.

Hari ini saya tiba lewat, awal juga sebenarnya tapi sengaja turun ke tingkat bawah dahulu untuk sarapan dan tunggu hingga dapat amaran jika ada dari sahabat seperjuangan.

"Kak dah mula"..sms dari Aiman Athirah.

"Ok coming"...balas saya sambil segera menghabiskan sarapan nasi dagang dan the o panas bersama suami.

" Tingkat 3 kan?" Tanya saya pada Aiman melalui sms.

"Ye la rumah ke 2 kita"...jawab Aiman.

" Dah kena panggei?"..tanya saya lagi sambil menunggu lif Mahkamah yang lembab sebab terpaksa menampung jumlah pengguna yang ramai di waktu puncak.

" Tak pe releks la kak, dun wurry"..he he..biasla lambat..lambat..muak dah bekejar-kejar.

Masuk mahkamah, Hakim dah mula meletakkan tarikh-tarikh..waduh..3 set tarikh terus diberi walau kata Aiman pihak Pendakwaraya kata mereka belum bersedia dengan dokumen sokongan.

Biasalah mereka ni. 3 set tarikh di bulan Jun, Julai dan Ogos. 3 hari di setiap bulan. Berderet lagi dengan tarikh2 kes PROTES juga. Kami tak perlu risau clash tarikh sebab Hakim yang sama juga untuk ke dua-dua kes.

Kemudian Hakim mula hendak ulang panggil nama-nama OKT yang tidak ada di mahkamah. Cepat-cepat angkat tangan bangun dan jerit "Nashita Hadir". Kalau tidak "keluarkan waran tangkap".

Kesian mereka yang datang dari jauh seperti Hasbullah Pit dan rakan-rakan. Sampai lambat orang dah keluar mahkamah. Kena cepat masuk untuk batal waran tangkap.

Lepak di SOGO dan menular di Pertama Complex.

Saya dah rancang untuk bersama Warga FELDA menyerahkan Memorandum Hak Asasi Peneroka FELDA kepada SUHAKAM hari ni pada jam 2 petang di Bangunan SUHAKAM. Keluarga suami saya hampir kesemuanya peneroka. 4 orang termasuk Allahyarham bapa mertua saya peneroka Jutawan tak jadi di FELDA Sendayan.

Sebaik selesai urusan di Mahkamah saya terus datang rehatkan diri dan santai di SOGO yang tanpa WIFI ini. Jadi hanya menggunakan kemudahan berblogging dari handphone, maka tiada gambar untuk dikongsi bersama.

Sekejap lagi akan beredar ke kedai kamera untuk "bersihkan" kamera sambil menunggu masa bersama Warga FELDA menuntut hak mereka. Jika ada yang lapang jom bersama kita jayakan.

GST
Malam ini pula bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam kita berpeluang mendapat ilmu tentang implikasi GST kepada rakyat. Marilah bersama pada jam 8 malam ini. Anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Panelis nya hebat-hebat. TS Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng, Dr Zulkifli Ahmad, Tony Phua dan Rafizi Ramli Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Menarik..hari yang penuh peristiwa tentang perjuangan RAKYAT.

7 comments:

ISA said...

Salam Ummi,

Letaklah gambar..., nak tau juga siapakah gerangan YB PAS yang jalan menonong tak pedulikan demonstrans tu...

Boleh yeaa... ummi baik kannn (ayat bodek..) ha..ha..ha...

Anonymous said...

la YB Kulim lah sapa lagi

Unknown said...

kehkehkeh...amboi...amboi isa...lu terjah sama gua punya kakak ek...tionaseng lu isa...gua talak sebut ek sama itu nama yb...gua bg klu opis dia kat wisma confident...kehkehkeh

ummu asiah said...

baginda...

terima kasih...dah tinggal jejak d ruang komen.

ummu asiah said...

ISA...

tak berjaya menangkap gambarnya

terlalu licik orangnya

tapi kalau ada pun rasanya tak akan letak kot...:))

kita layan gambar lain dulu...

ummu asiah said...

sdra anon 18:37

tepat2x betul3X

ummu asiah said...

ketua polis...

ramai ahli datang semalam..

tak pernah2 rasanya polis pangkat2 diap naik atas masuk ke tingkat 29 tu..

takut betul depa pada kebangkitan warga generasi pertama FELDA..maklumlah mereka ni dah biasa angkut pisau parang segala macam..bahaya kalau ngamuk tu...