Saturday 6 February 2010

Kes Liwat2 - Tok Jib, Rosmah & Saiful ikut demo di Masjid Wilayah???


Tengahari Jumaat 5 Februari kami memang bersemangat dengan awal lagi telah menempah tempat di parkir Masjid Wilayah Persekutuan. Dengan kemudahan hand phone yang boleh mendapat capaian internet digunakan untuk mencari maklumat tentang perkembangan kes Konspirasi LIWAT 2 yang sedang berjalan.


Dapat maklumat bahawa Hakim, peguambela, pendakwaraya dan DSAI akan sekali ke Kondo Desa Damansara dan kes belum tentu lagi akan disambungkan atau tidak di sebelah petangnya.


Kami mengisi masa dengan makan tengahari di gerai yang dibuka di tepi jalan menuju ke masjid dan kompleks Mahkamah Jalan Duta. Kami duduk di satu meja yang panjang.



Kemudian muncul 3 orang lelaki turut sama duduk di meja tersebut. Mereka mungkin bekerja di pejabat yang berhampiran. Memang benar lah kiranya dikatakan sembang kedai kopi kini ialah tajuk Saiful Bukhari....macam-macam cerita boleh timbul...menarik, kelakar...tak ada yang mahu dikasihankan...sengaja cari pasal dan penyakit.


Lelaki pertama memulakan berbicara betul-betul di depan muka kami yang sedang enak menyuap nasi tomato sebagai hidangan makan tengahari kami.


Lelaki 1 : " Hei..engkau tahu tak semalam aku dengar teruk si Saiful tu kena maki di Kondo tu..."


Lelaki 2 : " Betul ke...sapa yang maki...apa depa kata...?"


Lelaki 1 : " Ada la makcik2 yang dok tunggu kat situ...macam-macam la depa maki..."hoi Saiful,,lelaki dayus, tak tahu malu..aku sumpah ko tak berak 10 hari..."


Lelaki 2 dan 3 : Ketawa terbahak-bahak.


Ummu Asiah: (dalam hati....depa tak tahu yang orang kat depan depa ni ada kat situ masa peristiwa memaki berlaku, ummu asiah pun tumpang semulut dua memaki siSaiful, tapi tak la seganas sangat)



Lelaki 3 pula menambah : "Eh engkau tahu, ayah Saiful tu Pengurus tu"

Lelaki 2 : " Biar betul, Pengurus apa?"

Lelaki 3 : " Eh engkau ni, takkan tak tahu...Pengurus Kewangan Si Saiful lah"

Kah...kah...kah....mereka semua tergelak lagi....saya dan teman seperjuangan dan teman sehati buat selamba saja..senyum tidak apatah lagi tergelak...kami terus saja makan dan minum.


Mereka menambah lagi...."Ye lah...budak Saiful tu tak pandai belajar, tak habis belajar..pastu ada orang offer duit banyak..mudah nak dapat terima je lah"

Tambah seorang lagi :" Ye lah, bukan senang nak dapat duit, orang lain kena mencuri, membunuh merompak nak dapat duit banyak...ni senang je...buat saja pengakuan...buat cerita sikit..buat muka tak malu..dapat duit banyak"

Lelaki 3 tambah lagi : " Ha ah Malu sekajap saja,,,tahan malu sekejap pastu hilang la..duit dah masuk"

Kah...kah...kah...mereka semua gelak terbahak-bahak lagi sambil menjamah pisang yang diberi percuma oleh Taukeh Nasi Tomato dan Keropok Lekor apabila pelanggan membeli keropok lekor..

Kami....tetap cool menghabiskan makanan...akhir sekali...lelaki 2 berkata :" Eh, engkorang ni, nak cakap ni baik-baik sikit, SB entah-entah ada saja kat sekeliling ni..."

Ha..ha...ha...kali ni ummu asiah pula yang tergelak dalam hati...ah...malas nak habiskan nasi tomato tu lagi...terus bangun mencuci tangan dan menuju ke atas ke perkarangan Masjid Wilayah..mana tahu ada jumpa gang untuk berdemo dan berarak selepas solat Jumaat.

Kan..betul...memang topik terhangat di kedai-kedai kopi kini...apatah lagi..media perdana..memang tak guna dan tak ada etika....terusan meletakkan tajuk yang tak sewajarnya di muka depan.....ELOK BOIKOT SAJA!!!!!!.....JANGAN BELI WAHAI RAKYAT MALAYSIA!!!!


Alhamdulillah, walaupun kes DSAI ditangguhkan dan tidak disambung sebelah petang dan disambung pada hari Isnin ini, ramai juga penyokong dan pimpinan turut berada di perkarangan Masjid Wilayah seperti yang dijanjikan di sebelah paginya..iaitu untuk berkumpul dan berarak ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta dari Masjid Wilayah Persekutuan sebagai tanda sokongan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sekali lagi difitnah.

Di sebelah paginya sudah mendapat maklumat bahawa truck water cannon, truck FRU dan polis sudah sedia berada di kawasan Mahkamah. Semuanya bersedia untuk menerima kunjungan penyokon KEADILAN. Tapi akhirnya Mahkamah tidak menyambung bicara di sebelah petang.

YB Gan Pei Nei ADUN Rawang turut hadir memberi sokongan dan berucap.

YB Tian Chua sudah semestinya turut sama hadir dan berucap.

Ha...ha....cuba tengok siapa lagi yang hadir...memang meriah.....





1 comment:

wakdanial said...

salam puan, awat gambaq semua sama ja? xmeriah pun....dari awal smpai hbs gmbq mamat yg sama ja...uish...awat kes ni ditunda utk kali ke 22? dengaq cerita karpal nk gugrkan peguam dlm perbicaraan neyyh? awat lagu tu? dari dulu dok tgguh ja...klu ada bran sruh ja karpal straight to the point n stop playing with the times..hehe

~wakdanial~