Monday 15 February 2010

Pesuruhjaya PAS Wilayah sudah pulang ke rumah.

Alhamdulillah....walau apa jua cerita dan kejadian yang berlaku di sebaliknya kita bersyukur setelah kemungkinan selama 4 hari ahli keluarga dan sahabat handai yang risaukan ke mana menghilangnya Tuan Hj Mohamad Nor bin Mohamad, akhirnya beliau telah pun selamat kembali ke rumah.

Berkat do'a dan hebahan semua yang prihatin dengan apa yang berlaku kepada beliau dan sesama sahabat.

Dipetik dari blog Herman Samsudeen, Timbalan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan. Berita kehilangan PJ WP mula didiketahui umum melalui status di FB Dr Lo' Lo.

Alhamdulillah.. Berita mengembirakan. Persuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad yang sebelum ini dilaporkan hilang telah selamat kembali ke rumah jam 2 petang tadi….saya baru tahu selepas cuba menghubungi HP beliau dan bercakap sendiri dengannya sebentar tadi.

Dalam panggilan tadi, saya sempat bertanya khabar dan lokasi beliau sahaja. Suaranya agak kepenatan, jadi saya tak tanya banyak.

Tapi berdasarkan siasatan dan maklumat sebelumnya, beliau ada urusan peribadi di Temerloh sehingga perlu bermalam disana.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mendoakan keselamatan beliau dan membantu usaha mencari hari ini.

2 comments:

Abu Bakar Bin Mohamad Noor said...

Assalamualaikum,ana mewakili ayah ana Haji Mohamad Noor mengucapkan ribuan terima kasih atas ingatan dan doa sahabat2 semua.Barakallahu fikum

ummu asiah said...

Abu Bakar,

Alhamdulillah...memang ramai turut risau bila berita kehilangan mula tersebar...Alhamdulillah selamat pulang akhirnya.