Wednesday 10 February 2010

Walau berusia tapi POWER, SEMANGAT!!!!!

Jom tengok lagi beberapa gambar aksi yang telah diambil...dah ambil gambar tu elokla rasanya nak berkongsi sama dari dibiar tersimpan dalam hard disk saja...elok juga semua dapat merasakan suasana. Ummu Asiah pula dalam mood untuk berkongsi cerita....

Saya baca di blog Bagan Utama yang menyebut bahawa penyokong PR yang datang ramai yang dah tuo....banding dengan penyokong Zambry dari BN yang mudo-mudo...he...he....betoi gak...memang ramai yang dah berumur melepasi setengah abad...memang ramai yang ummu asiah sendiri lihat makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang bertaraf Datuk dan Nenek datang....tapi masih POWER!!!!!....datang dari jauh, bertolak awal-awal pagi atau dari tengahmalam lagi...sanggup berdiri lama dalam panas tu...kita yang muda pun tak terdaya.

Alhamdulillah Allah beri kekuatan kepada mereka....

Tengok gaya makcik ni...kuat dan power lagi tu, marah betol dia sampai angkat kasut nak baling....ye lah macam wartawan Iraq yang baling kasut pada Bush kerana menzalimi orang Islam...

Mereka berdo'a berharap, kita juga berdo'a dan berharap kehadrat Allah (SWT)


Cuba tengok penyokong dari yang belah warna kuning ni...muda belia....rasanya belah PR tak ramai yang muda belia sebab semua pergi sekolah atau kolej...kalau datang kena tekan dengan AUKU, tapi kalau BN everything is okay maaaa.....

Cukup masa depa beredar naik bas yang sungguh selesa dan eksklusif....

Lawan melawan...orang Kuning guna taktik sembah Daulat Tuanku...orang BN meluah perasaan sepuas hati..

Dua orang dari pada 13 orang yang menjadi mangsa kumpulan pertama yang ditangkap hasil dari rampasan kuasa PERAK pada 6hb Februari...selepas itu memang ada beberapa siri tangkapan di setiap perhimpunan namun setahu saya hanya kumpulan pertama sahaja yang didakwa di mahkamah. Kes mereka masih berjalan...masa depan belum tentu...apatah lagi dengan keputusan mahkamah yang berpihak kepada keputusan Sultan juga....dan tidak bersetuju dengan permohonan rakyat...


Seorang lagi OKT di hadapan Masjid Ubudiyyah dan Istana Bukit Chandan.

Pakcik Zahariman yang berserban juga seorang warga emas tapi kuat tu..tah berapa kali kena tangkap tahla...kali terakhir agaknya bersama saya ditangkap di Demo Protes 2008...kes kami juga masih berjalan.

Lagi warga emas...santai berdua-duaan...

Reformis Veteran...sejak tahun 1998, Mek....yang sebelah-sebelahnya juga sudah putih rambutnya....


SANTAI...bukan senang nak dapat peluang macam ni.....

2 comments:

Unknown said...

salam kak nak mbil gambar ni..tp semalam kat mahkamah dah ty dah husband,,dia izinkan..he2

ummu asiah said...

Ketua Polis, sila la ambik