Hari ini 24hb Mac 2010, Mahkamah kembali menyambung bicara kes Ops Bubar Dun Perak.
Pihak pendakwaraya membawa saksi mereka yang seterusnya iaitu ASP Ahmad Halimi bin Hamidi. Pegawai FRU.
Berdasarkan soalan ringkas dari pihak pendakwaraya saksi telah memberi jalan cerita yang panjang lebar mengenai apa yang berlaku pada tarikh 6 hb Februari 2010 berdasarkan ingatannya dan berdasarkan rakaman video pihak polis.
Beliau memulakan keterangan dengan menceritakan tugas-tugas amnya sebagai ketua pegawai FRU iaitu menjaga ketenteraman, menyuraikan rusuhan dan kawalan orang ramai kalau ada sukan bolasepak dan sebagainya.
DPP : Pada 6/2/2009 apakah arahan yang diterima?
Saksi : Yang Arif saya mohon refer kepada dokumen saya.
Hakim : Ingat dulu.
Saksi : Terima arahan dari ketua unit Abu Hassan bin Jaafar untuk beri bantuan pada IPD Kuala Kangsar. Siap sedia di balai.
DPP : Terima arahan pukul berapa?
Saksi : Terima arahan pukul 10.45 pagi dan bertolak jam 11.15 pagi.
DPP : Siapa yang menyertai En Halimi?
Saksi : 2 orang pegawai dan.....anggota
DPP : Berapa kenderaan?
Saksi : 7
DPP : Kemudian?
Saksi : Sampai di IPD Kuala Kangsar dan siap sedia.
DPP : Apa maksud siap sedia?
Saksi : Akan bersiap untuk bertugas dalam masa 15 minit, siap dengan uniform lengkap.
Seterusnya kesah penceritaan saksi adalah seperti di bawah:
Sampai di situ di beri taklimat dalam kata lain akan bertugas bergerak pada bila-bila masa. Tugasan senario di waktu itu besar kemungkinan di Istana Iskandariah.
DPP : Bilakah tugasan ke atas En Halimi?
Saksi : Tugasan untuk berlepas ke Istana pada 2 petang arahan dari PCC Kuala Kangsar.
DPP : Apa arahan?
Arahan: Bersiap sedia menuju ke Istana Iskandariah.
Saksi : Menuju ke Istana Iskandariah beri bantuan pada troop yang ada di sana. Bila dapat arahan kumpulkan anggota. Setelah semua cukup menuju ke Istana bersama anggota tetapi semasa berada di Masjid Ubudiah terdapat halangan untuk teruskan pergerakan.
DPP : Pada masa tu ada di mana? Rujuk gambar rakaman.
Saksi : Pada masa tu masa naik menuju ke Istana saya berdiri berdekatan dengan loceng bersama pembantu menjaga keselamatan. Sebelum tiba terdapat halangan sebelum sampai bila sampai tu ada halangan dari orang ramai yang berada di kiri kanan jalan yang ganggu laluan.
DPP : Bagaimana reaksi orang ramai?
Saksi : Kebanyakan reaksi tak la agresif sangat masih dalam terkawal tapi bila hampir dengan masjid baru dapat halangan untuk teruskan perjalanan.
DPP : Untuk persediaan tugasan apakah kelengkapan?
Saksi : Senapang, grenade, shield, cota, bendera, gas mask, helmet, gas gun, peluru gas gun.
DPP : [bila berlaku halangan]
Saksi : Nampak halangan bila nak teruskan perjalanan tak boleh gerak so saya anggap halangan. Saya ada beri arahan supaya jangan beri halangan tetapi kumpulan enggan bekerjasama.
DPP : tadi cakap ada halangan, jadi yang lain macamana?
Saksi : Anggota lain pun tak boleh gerak.
DPP : [Bagaimana reaksi]
Reaksi Negatif pada polis POLIS BODOH, POLIS ANJING KERAJAAN
Saksi : Reaksi negatif pada polis, mengeluarkan kata-kata kesat, objek dibaling pada polis, batu kayu, botol. Ada juga kata-kata kesat dikeluarkan, POLIS BODOH, POLIS ANJING KERAJAAN. Amaran diberikan juga mereka enggan bersurai.
DPP : Secara lebih spesifik di mana?
Saksi : Sekolah Agama Idrisiah dan juga Masjid Ubudiah Jalan utama menuju ke Istana Iskandariah.
DPP : Apakah tindakan yang diambil?
BERI AMARAN BERSURAI 4 KALI
Saksi : Beri amaran supaya mereka bersurai dan memang kita beri masa mereka bersurai dan jika enggan kita ambil tindakan yang sesuai. Kita beri amaran sebanyak 4 kali supaya bersurai dalam bahasa Malaysia. Jika enggan bersurai saya akan suraikan dengan kekerasan.
DPP : Tadi ada kata beri arahan bersurai sebanyak 4 kali. Satu arahan bersurai yang lain ambil masa berapa lama?
AGRESIF DAN LONTAR OBJEK
Saksi : Jangkamasa yang berpatutan, 5 minit dan saya saya andaikan mereka faham dengan arahan tersebut sebab mereka semakin agresif bila arahan bersurai. Melontar batu dan objek-objek yang lain.
DPP : Daripada yang dilihat bila beri arahan bersurai aPakah reaksi dari orang ramai bersurai bila beri arahan?
Saksi : Dari pengamatan saya memang mereka enggan bersurai sebab semakin lama kumpulan bertambah semakin ramai dan maki hamun dan balingan objek kepada saya hingga menyebabkan 2 orang anggota saya cedera dan kenderaan saya rosak. Anggota saya yang cedera ialah Lans Koperal Jusli bin Juana dan Lans Koperal Zaid.
DPP : Boleh awak kenal mereka?
[dua orang anggota tersebut dibawa masuk untuk dicam oleh saksi]
Saksi : Keadaan menjadi bertambah buruk tetapi masih beri peluang amaran tetap diberikan beberapa kali supaya mereka faham, bersurai dengan serta merta jika tidak kekerasan akan diambil. Bila enggan saya bunyikan loceng untuk beri arahan anggota akan ambil tindakan untuk buat tembakan gas. Walaupun mereka berpecah mereka kumpul semula. Bila tembak gas. Bila pecah kumpulan tersebut mereka kumpul semula di belakang dan kepung kenderaan saya.
Batu-batu masih lagi dilontarkan, botol air mineral, kayu. Berpecah tetapi berkumpul semula.
DPP : Dimana?
Saksi : Di belakang dan di hadapan kenderaan saya. Pergerakan kenderaan juga tidak lancar.
DPP : Maksudnya?
Saksi : Ada kenderaan tertinggal, objek yang dibaling pecahkan cermin, saya terpaksa berikan bantuan pada kecedaraan 2 orang anggota saya. Disebabkan keadaan ini troop lain dari Istana datang berikan bantuan.
DPP : [rujuk kepada kenderaan yang rosak]
Saksi : Mohon pada Yang Arif untuk lihat statement, lupa nombor kenderaan. WMK 7241 dan WQV 3610. Keadaan tidak terkawal. Masih lagi objek dibaling ke arah kenderaan saya dan juga maki hamun.
DPP : Kedudukan orang awam di mana?
Saksi : Meliputi semua tempat, masjid, jalanraya dan simpang-simpang yang berdekatan.
DPP : [ada kawawan untuk bersurai]
Saksi : Kawasan membangun, perumahan, ruang banyak laluan untuk bersurai.
DPP : Bantuan dari troop apa yang berlaku?
Saksi : Mereka juga buat tembakan gas dan dapat juga bantuan daripada cawangan penangkap dan cawangan polis yang lain dan kenderaan saya boleh bergerak ke Istana Iskandariah sebagaimana diarahkan.
DPP : Lebihkurang berapa lama pasukan Tuan tersekat di Masjid?
Saksi : Lebihkurang 40 minit. Lepas tu bergerak ke istana dan standby di sana.
DPP : Pada masa sekatan apa yang berlaku?
Saksi :Kebiasaannya bila amaran diberi mereka akan beri laluan tetapi kumpulan ini enggan beri laluan.
DPP : Lihat F17 jam 2:39 dan P19-F15
Saksi : Terdapat maki hamun, suruh orang bersurai, itu sebab berhenti di atas jalan, bila amaran diberi banyak kali enggan surai, amaran dalam Bahasa Melayu. Memang ada beri arahan tetapi mereka dalam kumpulan yang semakin ramai.
DPP : rujuk gambar rakaman.
Saksi : Saya yang pegang loud hailer. Memberi arahan bersurai serta merta atau surai dengan kekerasan dalam Bahasa Malaysia dan mudah difahami. Di sebelah saya ialah pembantu saya.
KEADAAN JADI SEMAKIN RUNCING
Saksi : Memang kita akan beri amaran banyak kali amaran bersurai tetapi keadaan menjadi semakin runcing dan terdapat orang berbaring di atas jalan dan memang mereka enggan bersurai.
Saksi : Senario itu semakin agresif maki hamun dan pelajar Idrisiah baling objek, amaran berterusan tetapi enggan. kumpulan semakin lama semakin bertambah, mereka yang buat halangan.
PERGERAKAN TERBANTUT; PERGERAKAN FIZIKAL
Saksi : Mereka memang sangat hampir dengan anggota saya. Pergerakan fizikal pun ada dari orang awam terhadap anggota saya, pergerakan saya jadi terbantut untuk menuju ke Istana Iskandariah.
SEMAKIN AGRESIF
Saksi : Dan orang ramai semakin agresif membaling objek terhadap anggota saya.
DPP : Yang awak kata Sekolah Idrisiah tu di sebelah mana?
Saksi : Di sebelah kanan saya. Ada objek dibaling, botol, kayu dari arah sekolah Idrisiah. Amaran tersebut memang mesti disebutkan dan kita memang fasih. Satu kemestian kalau tidak akan dipertikaikan. Selalunya orang akan bersurai tetapi di Masjid Ubudiah tidak begitu.
DPP : Apa tindakan?
Saksi : Ambil tindakan yang paling minimum. Dalam keadaan begitu sangat rapat terdapat body contact memang mereka enggan beri laluan.
DPP : Apa yang terjadi?
MEREKA MENOLAK ANGGOTA SAYA
Saksi : Terdapat kekerasan. Mereka mula menolak anggota saya ke belakang. Beri amaran beberapa kali mereka enggan bersurai malah mereka menolak anggota saya ke belakang. Loceng bunyi sebagai amaran tembakan gas.
DPP : Masa mula beri amaran sampai bunyi loceng adakah tembakan gas sebelum bunyi loceng?
Saksi : Pada kebiasaannya.....
DPP : Tidak beri pada masa sekarang.
Saksi : Tak ada.
Saksi : Sehingga bunyi loceng halangan masih wujud yang jadi keadaan tidak terkawal objek dibalingkan angka yang kumpul semakin tambah dan kenderaan tak dapat hala ke Istana,
DPP : Apa tindakan FRU?
OBJEK MASIH DIBALING
Saksi : Mereka undur ke belakang untuk mengelakkan ada pergeseran fizikal. Keadaan ketika lepaskan tembakan gas juga nak lihat mereka bersurai atau tidak, mereka enggan bersurai. Anggota saya dan kenderaan mula merempuh kumpulan tersebut. Kumpulan berpecah sementara saja kemudian berkumpul semula. Tetapi objek masih dibaling.
DPP : rujuk F33.
Saksi : Perjalanan tidak lancar, halangan tetap ada dari masa ke semasa. Terdapat halangan di hadapan kenderaan. Kenderaan masih ada halangan, masih berkumpul untuk buat halangan pada kenderaan Raja Muda Perak.
Arah pemandangan saya tidak terbatas sebab kena buat pemantuan.
DPP : Rujuk gambar kenderaan.
Saksi : Kerosakan akibat batu dan objek, 2 kerosakan. WMK 7241. Cermin kenderaan retak akibat balingan objek semasa kejadian.
Tiada lagi soalan dari Pendakwaraya dan disambung soalan balas dari pehak peguambela. Dimulakan dengan Salim Bashir.
Peguam : Rujuk P23C F 17. Adakah ini kenderaan kamu?
Saksi : Ya.
Peguam : Di manakah lokasi ini?
Saksi : Berdekatan dengan jambatan jalan menuju ke masjid Ubudiyah.
Peguam : Belum ada apa-apa halangan?
Saksi : Setuju.
Peguam : Mohon mahkamah rekodkan masa 2:39 petang. menuju ke Masjid Ubudiyah dari pekan Kuala Kangsar. Pergerakan masuk.
Peguam : Rujuk gambar. Adakah kenderaan kamu sampai ke masjid jam 2:38?
Saksi : Tugas saya sebagai pegawai, soalan itu sesuai ditanya pada...(cuba memberi penjelasan)
Peguam : Awak tidak tahu pada masa bila?
Saksi : Angguk
Peguam : Mungkinkah awak tidak ada dalam vehicle ini mungkin kenderaan pasukan lain, setuju atau tidak, tidak dapat jawab?
Saksi : Tidak setuju. Saya tidak tahu masa berdasarkan gambar ini.
Peguam : Please record the discrepancies in time Puan.
ADA TAK BERI AMARAN, TEMPOH MASA.
Peguam : Lihat F16, kenderaan kamu belum menghampiri orang yang sedang berkumpul. Adakah kamu berhenti di situ dan beri amaran?
Saksi : Saya akan beri amaran dari masa ke semasa.
Peguam : Soalan saya adakah kamu beri amaran pada masa kamu berhenti di situ (rujuk dalam gambar rakaman)
Saksi : Ada.
Peguam : Ada kamu beri tempoh bersurai? Rujuk pada F23 dan F24. Mengikut gambar ini ada tak tempoh diberi, yang frame ini.
Saksi : [masih berdegil untuk tidak menjawab mengikut soalan dan cuba beri penjelasan]
Peguam : Saya mahu tahu yang dalam frame ini kamu jangan degil. Ada tak masa diberi???
Saksi : Ada masa 2:46 petang.
[disambut deraian ketawa dari semua..tak tahan...lain yang tanya lain yang jawab, peguam tanya tentang tenpoh masa dua minit ke, 4 minit ke tapi yang jawapan yang diberi ialah masa yang tercatat pada skrin video rakaman yang tertera di TV jam 2:46 petang!!!!!]
Peguam : Bukan masa di skrin. Ada tak tempoh masa diberikan.
AGRESIF LAGI!!
Saksi : [cuba lagi mengelak dari menjawap] Mereka semakin agresif.
[Hakim pula mencelah dan menegur saksi "Encik Halimi tolong beri jawapan berdasarkan pada gambar frame ini bukan cerita"]
Peguam : tadi masa DPP tanya soalan kamu ada kata ada beri tempoh masa, so ada tak kamu beri tempoh masa menurut frame ini?
Saksi : [cubaan membuat penjelasan lagi!!] What my discretion bila sampai kita akan alert them.
Peguam : Ada tak beri tempoh masa di situ???
Saksi : Di situ..tak ada.
Hakim beri teguran lagi " Encik Halimi tolong dengar soalan jawab soalan tak perlu bagi penjelasan"
Peguam : Ikut masa yang ini ada tak?
Saksi : Tak ada.
TINDAKAN REMPUHAN
Peguam : Rujuk pada gambar rakaman. Adakah ini tindakan rempuhan?
Saksi ;[]
Peguam : Mohon catatkan tindakan rempuhan jam 2:50 petang direkodkan. Arahan bersurai pada jam 2:44 petang.
Peguam : ASP apakah masa yang tertera di situ?
Saksi : 2:46 petang.
Peguam : Arahan pertama 2:46 petang mahkamah tolong rekodkan. Lihat F27. ASP beri arahan pada masa ini pukul berapa?
Saksi : 2:49 petang.
Peguam : Ambil masa 3 min. 2:50pm rempuhan berlaku ambil masa 4 minit. Dari masa tempoh arahan bersurai hingga merempuh ASP ambil masa untuk tindakan rempuh 4 minit. Sudah tentu dalam masa 4 minit sukar orang ramai nak bersurai sebab masa terlalu singkat.
Saksi : Tak setuju.
Peguam : Boleh beritahu dari masa pertama hingga ke rempuhan berapa jaraknya?
Saksi : 30 kaki.
Peguam : Setuju tak yang ianya adalah satu jarak yang sangat dekat?
Saksi :[]
Peguam : Berapa ramai orang?
MASA 4 MINIT TAK SESUAI UNTUK AMARAN BERSURAI
Saksi : Kumpulan ramai, dalam 600 orang, di kiri kanan jalan, qariah masjid dan budak sekolah.
Peguam : Dalam keadaan begini tindakan merempuh orang ramai dalam masa 4 minit tak sesuai?
Saksi : Tak setuju.
Peguam : Sebelum beri arahan surai beri masa 20 minit setuju? Tidak dalam keadaan itu perkara itu tidak berlaku setuju?
Saksi : Setuju.
Peguam : Dalam keadaan biasa kamu ada katakan beri masa 20 minit untuk bersurai?
Saksi : Setuju
Peguam : Saya cadangkan dalam keadaan begini tak sesuai?
Saksi : Keadaan berbeza.
Peguam : Setuju tak walaupun orang ramai dalam keadaan hiruk pikuk bising ramai juga tak dengar arahan bersurai?
Saksi : tak setuju.
Peguam : Setuju jika saya katakan even if orang nak surai dalam masa 4 minit dirempuh sukar nak surai dalam keadaan orang ramai dengan orang yang telah ditangkap sukar nak surai?
Saksi : tak setuju.
Peguam : Dalam keadaan begitu ASP tak tahu berapa orang dah ditangkap sebelum ASP datang?
Saksi : Angguk
Peguam : Mungkin mereka telah bersurai tetapi ditangkap di tempat lain tak bleh nak pastikan perkara ini?
Saksi : Angguk2
PECAH-KUMPUL-PECAH-KUMPUL
Peguam : Juga ada beri keterangan benda tu tak boleh dikawal, pecah kumpul pecah kumpul?
Saksi : Setuju
Peguam : Mungkin pecah, kumpulan lain pula yang datang kumpul?
Saksi : Tak setuju.
Peguam : Tapi ASP tak dapat pastikan bahawa orang tu juga?
Saksi : [tetap katakan orang itu juga] Sebab mereka bawa banner, suara mereka laungan mereka.
Peguam : Ada tak dalam pengamatan kamu ketika itu setelah amaran bersurai diberi, nampak anggota tangkapan menangkap orang?
Saksi : tak pasti.
Soalan balas diambil alih oleh peguambela seterusnya Hj Aminuddin.
Peguam : Beritahu mahkamah keadaan di tepi jalan, kosong atau berpagar? Pagar Masjid Pagar Sekolah?
Saksi : Ada kosong ada pagar.
Peguam : Setuju kalau saya katakan bahawa sebahagian besar kiri kanan jalan berpagar?
Saksi : Tak setuju.
Peguam : Adakah kamu katakan sekolah tidak berpagar?
Saksi : Tidak.[maksudnya berpagar]
Peguam : Bila sampai ke masjid ada halangan di jalanraya?
Saksi : Setuju.
Peguam : Saya katakan kiri kanan jalan ada kawasan berpagar?
Saksi : Tidak setuju.
Peguam : Kamu bertindak memberhentikan kenderaan atas alasan apa? Untuk lihat reaksi orang ramai ada halangan atas jalan?
Saksi : Setuju.
Peguam : Bukankah kamu katakan orang yang atas jalan tidak halang laluan kamu?
Saksi : Setuju.
Peguam : Berdasarkan yang kamu tengok ada nampak asap gas pemedih mata dibaling semula ke atas jalan dari arah masjid?
Saksi : Tak pasti.
Tiada soalan lagi dari pehak peguambela. Mahkamah ditangguhkan jam 1 petang dan akan disambung semula pada hari Khamis 25hb Mac 2010 jam 9 pagi.