Tuesday, 16 March 2010

PEMBELAAN DITERUSKAN DI PARLIMEN PULA!!!!

Di dalam dua entry yang lepas saya telahpun mengambil dua link dari laman web KDN mengenai ISA dari pandangan Kerajaan yang menguasai ISA. Baca di sini. dan di sini.

1. Di dalam penerangan tersebut disebutkan bahawa "ISA tidak bermotif untuk menganiayai sesiapa juga yang ditahan oleh polis. Mereka ditahan berasaskan kepada kegiatan-kegiatan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam termasuklah sabotaj, subversif, pengintipan(espionage), ekstremis agama dan kaum, keganasan dan militan. "

2. Satu lagi perkara penting yang disebutkan ialah tentang hak tahanan untuk mencabar kesahihan penahanan mereka seperti yang disebutkan di bawah.

Adakah ruang rayuan untuk mereka yang ditahan?
Walaupun peruntukan 73(1) menyatakan pihak polis tidak perlu merujuk kepada Menteri Dalam Negeri, namun tahanan mempunyai hak untuk mencabar kesahihan penahanan mereka dan juga berhak membawa keluarga bersama peguam berhadapan dengan Lembaga Penasihat.

Kedua perkara yang disebut di atas nampak indah dan tidak menganiyai tahanan bukan???

Okay..mari kita sama-sama kaji dan lihat kesahihan dan kebenarannya di alam nyata ini. Saya tidak merujuk kepada kes tahanan ISA yang terdahulu, saya merujuk kepada kes tahanan ISA yang paling terkini, penahanan 12 orang tahanan ISA warga asing.


Faktanya:

1. Mereka ditahan di bawah ISA pada 21hb Januari 2010, pada 24hb Januari keluarga dengan segera telah melantik peguam untuk mengemukakan permohonan Habeas Corpus di Mahkamah untuk mencabar kesahihan penahanan mereka seperti yang disebutkan di perkara 1 di atas.

2. Berbagai usaha dilakukan oleh peguam melalui Majlis Peguam (BAR COUNCIL) dan Gerakan Mansuhkan ISA. Permohonan peguam kepada pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri tidak diendahkan. Peguam lansung tidak berpeluang berjumpa dengan tahanan.

3. Permohonan Habeas Corpus ke Mahkamah hanya didengar pada 10hb Mac 2010, dan pada hari tersebut dimaklumkan bahawa mereka semua telah bukan lagi dibawah sek 73(1) akta ISA iaitu bukan lagi di bawah 'police custody'. Tahanan warga negara Malaysia dikenakan tahanan sekatan terhad di kawasan tempat tinggalnya dan tahanan warganegara asing telah diletakkan di bawah kesalahan immigresen, maka permohonan habeas corpus yang wujud dalam akta ISA sudah tidak berguna lagi.

4. Tahanan warga negara asing mula dihantar pulang secara berperingkat dan akhir sekali pada pagi tadi 16hb Mac 2010. Makluman yang kami terima dari ahli keluarga ialah bukan kerajaan Malaysia yang membiayai tiket penerbangan mereka pulang ke negara tetapi kedutaan mereka sendiri yang membiayainya.

5. Mereka yang berasal dari Nigeria setelah selamat sampai di negaranya telah akan dibebaskan. Mereka memaklumkan bahawa polis telah mengakui bahawa mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, tidak ada sebarang pendakwaan ke atas mereka, CUMA, Kerajaan Malaysia tidak mahu mereka berada di Malaysia.

6. 3 orang dari tahanan ISA warga asing ini mempunyai isteri dan anak-anak yang dibiarkan ditinggalkan begitu sahaja, isteri mereka lansung tidak dimaklumkan bahawa mereka akan dihantar balik. Mereka cuma tahu apabila suami mereka dapat menghubungi mereka ketika sudah berada di lapangan terbang untuk berangkat pulang.

7. Kini isteri dan anak-anak mereka ditinggalkan terkapai-kapai tanpa pembelaan. Harus diingat mereka semua datang ke sini untuk belajar peringkat Master dan PHD, mereka belajar dengan biayaan sendiri dengan sambil bekerja sebagai guru bahasa Arab dan juga mengadakan kelas agama. Mereka tidak punya wang untuk membiayai perbelanjaan mereka kini.

8. ISA ZALIM DAN PERLU DIMANSUHKAN!!!!!

Akhir sekali susulan dari peristiwa di atas, pihak Ahli Parlimen Wanita Pakatan Rakyat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA, Gerakan Mansuhkan ISA akan membawa isu ini ke Parlimen untuk menuntut pembelaan ke atas nasib isteri dan anak-anak bagi keluarga tahanan ISA warga negara asing ini.

Maklumat seperti di bawah :

Sidang Media bersama PSK GMI dan Ketua-ketua Wanita Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Wanita Pakatan Rakyat.

Tarikh : 17 hb Mac 2010

Masa : Jam 11 pagi.

Tempat : Parlimen

Dijemput hadir untuk berikan sokongan.


3 comments:

kulupSakah said...

barangkali kerajaan BN sudah lupa akan ajaran Islam hadharinya

ummu asiah said...

mesti la lupa sebab ada had had harinya,bukan setiap hari dan masa..mungkin masa maulidur rasul dan hari raya saja kot....

AKUOKU said...

sekarang dah tak de islam hadari islam ntah apa ntah nak sebut pun susah.. mutawasitah, mudharabah??? tak pun islam 1 malaysia.