Sunday, 28 March 2010

"Selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang ZALIM."

Ketika berada di Kuala Kangsar bagi menghadiri perbicraan di Mahkamah selama seminggu sempat saya bersama suami mengisi masa terluang mendengar kuliah Magrib di Masjid Al Ridwaniah di Kuala Kangsar. Hebat Masjid ni setiap malam ada Kuliah Magrib oleh penceramah yang hebat-hebat. Ruang Masjid juga dipenuhi dengan ramai muslimin dan muslimat.

Menarik pengisian Ustaz Ahamd Tajuddin Ahmad Jali, yang menyampaikan kuliah pada ,Magrib 22hb Mac. Maka saya mengambil peluang berkongsi di ruang di dalam blog ini moga memberi kekuatan pada pengajaran kepada semua.

Pengajaran 1: Anda mengaku pejuang??

Kata Ustaz "Bila sebut pejuang bukan dia yang senang tetapi orang lain. Kalau dia pejuang dan dia dulu yang basuh tangan dan makan nasi maka tak kena."

Sambung Ustaz lagi "Orang yang dia perjuangkan akan menikmati kesenangan."
Ustaz memberikan pengajaran dari kisah para sahabat Ar Rasul (SAW):

Cantik perumpaan Ustaz "Apakah yang ditinggalkan oleh Saidina Abu Bakr, mana Istana Khalifah Umar, mana Mahkota yang dipakai oleh Saidina Uthman bin Affan, mana kasut kulit Saidina Ali?"

" Mereka adalah pejuang-pejuang, mereka bukan senang tetapi manusia senang akibat mereka"

Pengajaran Ke 2: "selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya".

Pada hari Jumaat 26hb Mac 2010 yang merupakan hari terakhir perbicaraan bagi minggu tersebut, peguam memohon agar seorang dari OKT iaitu Faiz yang merupakan seorang pelajar di sebuah Kolej di Utara Tanahair dikecualikan dari menghadiri perbicaraan. Ini kerana Puan Hakim telahpun menetapkan 2 set tarikh yang baru untuk sambung perbicaraan. Puan Hakim menetapkan tarikh 13-14hb April dan 27hb - 29hb April.

Faiz pula perlu menduduki peperiksan pada tarikh 11-29 hb April. Puan Hakim membenarkan dengan bertanyakan beberapa soalan seperti bila tarikh peperiksaan dan kolejnya di mana. Faiz perlu menghantar surat tentang tarikh peperiksaannya.

Hidup dibawah ikat jamin Mahkamah


Suami saya pula perlu ke luar negara pada awal bulan April ini untuk beberapa bulan. Maka beliau juga sukar berbuat demikian tanpa kebenaran mahkamah. Sungguh sukar menjalani hidup sebagai seorang yang bebas bagi mereka yang terlibat dalam kes tangkapan berkaitan Ops Bubar Dun Perak ini berbanding dengan kes tangkapan Perhimpunan Aman yang lainnya.

Peguam tidak memilih untuk membuat permohonan pengecualian bagi pihak suami pada hari tersebut melihatkan 'mood' Puan Hakim pada hari tersebut, maka permohonan akan dibuat pada tarikh yang lain sebaik surat rasmi dari syarikat untuk tugasan diterima.

Dalam kesukaran dan kedukaan menghadapi situasi tersebut saya telah menghantar mesej ringkas pada sahabat-sahabat untuk turut mendo'akan bagi pihak kami agar segalanya menjadi mudah mengikut apa yang terbaik dalam perancangan Allah.

Cadangan dari Kak Aliza isteri YB Saari Sungib yang juga masih perlu mengikuti perbicaraan atas tangkapan pada tahun 2001 ialah membaca surah at Tahrim ayat 11:

" wa najjini min Firauna wa'amalihi wa najjini minal qaumiz dzalimin". "Yakin, Allah akan lembutkan hati Hakim. Petua dari Syeikh Azmi bekas Mufti Penang. Minta kawan-kawan baca dari sekarang sampai masuk Mahkamah. Kak Jije selalu baca do'a ni"

Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata:" Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim " QS. at-Tahrim (66) : 11.

No comments: