Thursday, 11 March 2010

HABEAS CORPUS, HABEAS CORPUS: Apa ke bendanya hah???

Menarik...oleh kerana saya sedang ingin berkongsi tentang kes ISA dan permohonan Habeas Corpus tahanan ISA saya mencari maklumat mengenai tajuk ini "Habeas Corpus". Terjumpa link ini. [link]


Jadi sebelum saya meneruskan niat untuk melepaskan kegeraman dan kemarahan tentang apa yang berlaku di mahkamah sejak dari tarikh 10hb Mac, inginlah dikongsikan pemahaman tentang makna di sebalik perkataan Latin ini...HABEAS CORPUS.

ini makna yang diambil dari Wikipedia.

Habeas corpus (pronounced /ˌheɪbiːəs ˈkɔrpəs/; Latin: You (shall) have the body[1]) is a legal action, or writ, through which a person can seek relief from their unlawful detention or that of another person. It protects individuals from harming themselves or from being harmed by the judicial system. Of English origin, the writ of habeas corpus has historically been an important instrument for the safeguarding of individual freedom against arbitrary state action.

A writ of habeas corpus ad subjiciendum, also known as "The Great Writ", is a summons with the force of a court order addressed to the custodian (such as a prison official) demanding that a prisoner be brought before the court, together with proof of authority, allowing the court to determine whether that custodian has lawful authority to hold that person; if not, the person shall be released from custody. The prisoner, or another person on his behalf (for example, where the prisoner is being held incommunicado), may petition the court or an individual judge for a writ of habeas corpus.

Ini pula dari yang disebut di perenggan di atas mengambil kira perlembagaan Malaysia.

(2) Where complaint is made to a High court or any judge thereof that a person is being unlawfully detained the court shall inquire into the complaint and, unless satisfied that the detention is lawful, shall order him to be produced before the court and release him.

- - - - - -
(2) Apabila ada aduan dibuat kepada Mahkamah tinggi atau hakim, ke atas individu yang ditahan kerana tidak mengikut undang-undang, mahkamah boleh menyiasat berkenaan aduan itu melainkan ada kepuasan hati, di mana ia suatu penahanan yang sah mengikut undang-undang. Individu boleh memberi keterangan pada mahkamah kemudian dilepaskan.

Makna Habeas Corpus

Habeas Corpus suatu perkataan Latin yang bermaksud you should have the body. Ia suatu hak untuk bersuara di mahkamah. Apabila kita ditahan atau disabitkan dengan sebarang tuduhan, kita boleh membela diri di atas Habeas Corpus.

ISA Anti-Habeas Corpus

Jika dilihat, ada satu undang-undang seperti ISA yang bertentangan dengan Habeas Corpus. ISA membolehkan seseorang itu ditangkap dan ditahan di suatu tempat tanpa sebarang kebenaran untuk membela diri, sehinggalah ada kata putus dari tuan ISA.

Siapa tuan ISA? Perdana Menteri. Kerana itulah, hanya Perdana Menteri boleh melepaskan tahanan ISA. Begitu juga di Amerika Syarikat, di mana penahanan pengganas 11 September 2001 oleh Bush dilakukan. Habeas Corpus bagi pengganas-pengganas itu dilenyapkan sama sekali untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

-------------------------------------------------------
MENTERI DALAM NEGERI TUKANG SIGN SAJA..

Kenyataan di atas bahawa Tuan ISA ialah Perdana Menteri ada benarnya namun melihat situasi kini, siapa yang berhak sebenarnya untuk melepaskan Tahanan ISA mungkin bukan lagi Perdana Menteri, suatu waktu dulu mungkin Menteri Dalam Negeri adalah juga Perdana Menteri.

Menteri Dalam Negeri TUKANG SIGN saja...yang berkuasa juga adalah Pegawai Cawangan Khas...dan turut bersekongkol ialah Peguam Negara dan yang sewaktu dengannya....

Kalau anda ditangkap ISA tunggulah entah bila anda akan dibebaskan dan kesalahan apa pun mungkin anda tidak akan tahu....Habeas Corpus memang ada dan boleh digunakan dalam akta ISA namun Hakim yang hanya membaca keputusan akan membuat pelbagai alasan untuk tidak menerima permohonan Habeas Corpus tersebut.

Kebiasaannya alasan yang diberi ialah ianya sudah 'academic' kerana tahanan ISA telah dihantar ke Kem Tahanan Kamunting untuk tempoh tahanan lanjut dan dibawah seksyen yang lain pula di bawah akta ISA.

Mereka bukan lagi di bawah 'police custody' tetapi di bawah Menteri Dalam Negeri maka perlu membuat permohonan yang baru...ini adalah alasan biasa yang digunapakai...kita pun dah hadam dah..tapi kita tetap cuba kerana peluang ini termaktub dalam perlembagaan seperti yang tercatit di atas...kita cuba lihat siapakah Hakim yang benar-benar adil dan bijaksana dan layak dipanggil yang ARIF.....

bersambung...

sebelum tu tonton dulu video di bawah untuk lebih memahami apa itu Habeas Corpus..terima kasih http://hanief.blogspot.com


No comments: