Saturday, 13 March 2010

TURUN PROTES ATAU TIDAK???

Merujuk kepada berita terkini dari kenyataan Menteri Kewangan Ke dua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa pembentangan bagi bacaan kedua mengenai Cukai Barangan dan Jualan yang sepatutnya dijalankan pada sidang Parlimen yang bermula Isnin ini akan ditangguhkan pasti menimbulkan tandatanya di kalangan rakyat yang sudah bersedia untuk sama-sama turun dan PROTES pada hari Isnin ini.

Buat masa yakinlah dalam diri kita bahawa SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

Kita mesti terus berani bangun dan membantah apa saja dasar kerajaan yang ternyata menzalimi rakyat, memiskinkan lagi rakyat demi untuk mengkayakan mereka yang sediakala kaya dengan memerah wang rakyat.

Maka pada anda semua pejuang rakyat yang telah menyatakan kesanggupan untuk sama-sama membantah secara nyata dan berdepan tentang isu ini, di bawah dipetik kenyataan dari Pengerusi PROTES.

"Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mohd Hatta Ramli selaku jurucakap bagi Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak dan Barangan (PROTES) yang dihubungi kemudian berkata, jawatankuasanya akan membuat ketetapan sama ada untuk meneruskan atau tidak Demontrasi Bantah GST pada Isnin jam 9 pagi di perkarangan Parlimen pada malam ini."

"Bagaimana pun, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai secara peribadi berkata, pendirian PROTES bukannya menuntut kerajaan menangguhkan perlaksanaan GST, sebaliknya membatalkan serta-merta hasrat untuk melaksanakan GST kerana ternyata membebankan rakyat itu." [link]

No comments: