4 peristiwa pada 1 hari..semuanya tentang polis' Berkuasa dan Zalim!!!...
Hari ini satu lagi hari yang panjang dan bersejarah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
1.Kes Kematian dalam LOKAP POLIS
Di sebelah paginya satu memorandum telah cuba dihantar oleh ahli keluarga dan peguam A. Kugan kepada Yang Di Pertuan Agong di hadapan Istana Negara.
A.Kugan telah mati ketika ditahan di lokap. Mayatnya sungguh dalam keadaan yang mengerikan. Keluarga dan peguam telah mendakwa bahawa pihak polis telah membunuh A.Kugan. kesah kugan di sini.
Polis menghalang cubaan ahli keluarga dan peguam dari mendekati kawasan Istana Negara.
Peguam, Ahli Parlimen dan ADUN PR mengiringi keluarga.
Pada jam 1 petang saya telah bergerak pula ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi mengikuti perbicaraan permohonan Habeas Corpus Tahanan ISA terkini.
Ketika menikmati makan tengahari di Kafe Mahkamah kami didatangi oleh Saudara Zunar, Nora Reformis dan Peguam Lateefah Koya. Baru tahu bahawa perbicaraan Kes Harakah yang melibatkan mereka bersambung sejak pagi tadi.
Seronok kami semua membicarakan tentang perjalanan kes tersebut. Sambil Zunar dan Lat memberi deskripsi mengenai Puan Majistret dan Pendakwaraya yang terlibat dalam kes tersebut.
Lat menceritakan tentang kesebukan dirinya dengan berbagai kes dan macam-macam lagi, begitu juga Nalini yang juga sebuk dengan berbagai kes yang melibatkan kes EO Emergency Ordinance, ISA dll. Semua mereka sebok belaka dalam membela nasib rakyat...
Kesah tangkapan 10 tahun lalu...
Lat dan Zunar juga menceritakan kesah 10 tahun lalu bagaimana mereka ditangkap dalam kes ini. Mereka kesemuanya membantah arahan KDN yang menyekat permit Harakah. Mereka berdemo dan menyediakan Patong yang melambangkan Mahathir dan Pak Lah sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu dan mereka beramai-ramai membuat gimik seolah dua orang ini telah bersalah dan dihukum sebatan.
Mereka tidak ditangkap pada hari tersebut sebaliknya mereka dihubungi polis untuk datang ke balai polis Dang Wangi keesokan harinya. Mereka semua mengikut arahan polis dan kemudiannya ditangkap dan didakwa!!
YB Gobalakrishnan turut dihubungi polis dan turut hadir di balai, namun polis menyatakan yang beliau tidak diperlukan datang dan diarah untuk balik walau dia membantah.
Hampir pukul dua kami mula bangun dan melangkah menuju ke mahkamah masing-masing. Mereka berjanji akan datang beri sokongan pada kami jika kes mereka digugurkan dan mereka menang dan bebas.
Alhamdulillah...mereka bebas dan meraih kemenangan selepas 10 tahun genap hari ini.
10 orang bebas selepas 10 tahun.
sumber : Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Sehari sebelum genap 10 tahun pendakwaan dibuat ke atas mereka kerana mengadakan demo membantah sekatan permit yang dikenakan ke atas akhbar Harakah, Mahkamah Majistret membebaskan kesemua tertuduh.
Mereka dibebas dan dilepaskan selepas saksi dari pasukan polis tidak menghadiri perbicaraan yang sepatutnya diadakan pada hari ini.
Yang dibebas Tian Chua, Sivarasa Rasiah, Hishamuddin Rais, Zulkefli Anwar Ul Haq atau Zunar, Munir, Mona Sofian, Nora, Malik Husin, Ansari, Lokman Nor Adam.
Seorang lagi tertuduh, Omar Tan telah meninggal ketika kes masih berjalan.
Esok 11 Mac genap 10 tahun pendakwaan ke atas mereka dikenakan.
Kesemua mereka ditangkap di perkarangan Masjid Negara kerana mengadakan demonstrasi aman membantah sekatan yang dikenakan Kementerian Dalam Negeri ke atas permit Harakah pada tahun 2000 lalu.
Harakah yang diterbitkan dua kali seminggu sebelum itu telah dibenarkan terbit dua kali sebulan sahaja mulai Mac 2000.
Ia dipercayai dibuat selepas PAS menang besar dalam pilihan raya umum 1999 iaitu mendapat dua negeri, Kelantan dan Terengganu, di samping 27 anggota Parlimen.
3.Kes Habeas Corpus Tahanan ISA akan dikongsikan di satu entry yang lain.Setelah seharian tidak mendapatkan maklumat dari komputer dan internet bila balik rumah terbaca pula kesah Mazlan Aliman...pejuang yang cuba membela nasib peneroka FELDA, tetapi sebaliknya beliau pula ditangkap dan dipenjarakan untuk tahanan reman...beginilah nasib pejuang rakyat...
dari harakahdaily
TEMERLOH, 10 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ditahan satu hari atas untuk siasatan kerana dakwaan menceroboh Felda Lembah Klau.
Difahamkan Mazlan membuat lawatan ke Felda berkenaan untuk menziarahi tiga peneroka yang ditahan polis sebelum ini atas dakwaan menceroboh kawasan Empangan Krau serta mengadakan dialog dengan generasi kedua di Felda berkenaan.
Mazlan Aliman ketika hadir di bangunan SUHAKAM bagi mendesak satu siasatan dijalan keatas FELDA bersama peneroka Felda . Laporan dan gambar di [link]
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang semalam ketika membuat laporan polis berikutan tindakan pengurusan Felda bekenaan yang cuba menahannya.
Pagi tadi, Mazlan dibawa ke Mahkamah Majistret di hadapan Siti Hajar Mustaffa untuk proses tahanan reman.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani kelihatan turut berada di mahkamah bagi memberikan sokongan kepada Mazlan.
Yang Dipetua PAS Kawasan Raub, Dr Mohd Nilam Manaf ketika dihubungi mengesahkan Mazlan ditahan selama satu hari untuk siasatan dan esok sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah yang sama.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Roslan Zainal menyeru penyokong Pakatan Rakyat terutamanya ahli PAS hadir beramai-ramai di mahkamah pagi esok bagi memberikan sokongan kepada Mazlan.
No comments:
Post a Comment