Friday, 12 March 2010

"SAIFUL TIDAK DILIWAT" POLIS TANGKAP 2 AHLI AMK-BERGAMBAR

Hanya kerana mengedar risalah di dalam kawasan Masjid Al-Ridzuan Hulu Kelang, 2 orang ahli Angkatan Muda Keadilan telah ditangkap oleh polis.

2 orang pemuda ini, Mohd Hafiz Bidin dan Arie Udistira telah mengedarkan risalah berkaitan Fitnah 2 yang menimpa Dato' Seri Anwar Ibrahim. Risalah yang dikeluarkan khas oleh Pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat dengan perkara Fitnah Dahsyat Berulang Kembali.

2 orang pemuda ini ditugaskan untuk mengedarkan risalah ini kepada orang ramai di Masjid Al Ridzuan.

Kami menerima panggilan dari Saudara Zainol, Timbalan Ketua AMK Gombak mengenai tangkapan ini sekitar jam 2.45 petang. Ketika itu kami juga baru selesai makan tengahari setelah menunaikan solat Jumaat di Masjid Unversiti Islam Antarabangsa Gombak. Cadangan untuk mengambil anak dari sekolah ditangguhkan dahulu dan dengan segera beredar ke Balai Polis Taman Melawati untuk membantu dan membuat laporan.


Ini merupakan pengalaman pertama kami untuk membantu secara lansung mereka yang ditangkap, atau dipanggil 'Urgent Arrest'.

Mungkin perkara ini patut dipelajari untuk dipraktikkan apabila kita terpaksa melalui peristiwa tangkapan sebegini. Tindakan perlu diambil segera agar mereka yang ditangkap tidak terus ditahan reman di lokap polis.

Dengan segera menghubungi mana-mana peguam yang dikenali untuk segera datang dan membantu.

Kemudiannya menghubungi rakan-rakan di SUARAM-(Suara Rakyat Malaysia ) , Nalini dan Mun Hooi, kerana mereka berupaya membantu menguruskan beberapa perkara yang berkaitan terutama sekali mendesak polis agar segera membebaskan mereka yang ternyata tidak melakukan jenayah.


Latheefa Koya adalah orang pertama yang akan dihubungi sekiranya ada tangkapan berlaku, malangnya pada hari tersebut beliau sedang berada di mesyuarat yang lain dan hanya dapat membantu melalui perhubungan melalui sms.

Di Balai Polis Taman Melawati kami cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai tangkapan tersebut seperti yang dinasehatkan oleh peguam.

Kami dimaklumkan oleh Ketua Balai bahawa Pegawai Penyiasat mereka bernama Inspektor Syed Ahmad dan mereka berdua akan dibawa ke IPD Ampang untuk disoal-siasat. Ketua Balai bernama Chif Inspektor Fuad yang boleh kami hubungi untuk dapatkan maklumat.

Pada masa yang sama Latheefa juga telah menghubungi Balai Polis Taman Melawati tetapi beliau tidak dibenarkan bercakap dengan Ketua Balai.

Seterusnya kami bertanyakan pula apakah kesalahan mereka dan mengapa mereka ditangkap. Maklumat dari Ketua Balai ialah mereka akan didakwa di bawah Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak.

Ibu dan saudara mangsa turut hadir ke balai dan dibenarkan berjumpa mereka berdua sebelum mereka disiapkan untuk dibawa pergi. Ibu mangsa merayu agar anaknya tidak digari.

Namun mereka tetap digari berdua tetapi dilindung dengan jaket polis.


Mereka dibawa pergi ke IPD Ampang di Taman Dagang. Kami semua telah turut serta ke sana untuk terus berikan sokongan dan pastikan mereka dibebaskan dengan segera dan tidak ditahan reman oleh polis,

Sesampai di sana pintu pagar utama telah ditutup dan kami tidak dbenarkan masuk. Semua menanti diluar. Lebih ramai lagi penyokong yang turut hadir memberi sokongan.

Gambar di bawah menunjukkan beberapa orang pimpinan AMK yang turut hadir termasuk Chegu Bard yang datang dari Seremban dalam perjalanannya ke utara.


Alhamdulillah menjelang pukul 5 petang mereka semua telah berjaya dibebaskan dengan jaminan polis dengan dijamin oleh seorang penjamin.

Mereka perlu melapor diri di IPD Ampang pada tarikh 26hb Mac ini.

Maklumat lanjut mengenai berita tangkapan boleh dibaca dari Malaysiakini.

Kesimpulannya risalah yang diedarkan oleh dua orang pemuda ini memang wajar untuk diedarkan kerana ianya mendedahkan tentang apa sebenarnya yang terjadi pada Saiful dalam dakwaan bahawa beliau diliwat hasil dari laporan doktor-doktor yang memeriksanya.

Penemuan bahawa:

1. "Tiada bukti klinikal yang kukuh mengesahkan berlakunya penembusan ke dalam dubur...." Doktor Osman Abd Hamid dari Pusat Perubatan Islam (Pusrawi) juga disahkan oleh tiga orang doktor pakar di HKL iaitu Dr Khairul Nizam Hassan-Pakar Rawatan Kecemasan, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr Mohd Razali Ibrahim-Pakar Bedah Jabatan Pembedahan dan Dr Siew Sheue Feng-Pakar Oathologi Forensik Perubatan.

2. Tiada tanda-tanda kecedaraan mempertahankan diri pada tubuh.

Ada lagi maklumat lain yang saya sendri malu untuk menulisnya...maka memang elok risalah ini diedar kepada setiap orang rakyat Malaysia kerana Kerajaan Najib punya TV, Radio dan suratkhabar untuk membuat FITNAH!!!!

Tahniah pada dua orang pemuda AMK ini kerana berani mengedarkan kebenaran...


No comments: