Wednesday, 3 March 2010

Gagalkan sebelum Terlambat..GST: Satu lagi usaha hisap darah rakyat.

Dua hari lepas kita telah bangun membantah cadangan kerajaan untuk menswastakan hospital kerajaan. Kita menanti respon dari pihak yang berwajib....apakah benar motto Rakyat Didahulukan????

InsyaAllah kini kita sudah pun memulakan langkah-langkah untuk membantah satu lagi usaha kerajaan untuk menghisap darah kita rakyat marhaen khususnya.

GST Goods & Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan..

Inilah tindakan kerajaan 1 Malaysia yang paling 'adil' sekali...nak tahu kenapa...sebab semua rakyat dari bayi yang baru lahir hingga warga emas dan orang yang meninggal dunia akan merasainya...

Nak tahu detailnya..tunggu di entry yang akan datang...

Buat masa ini apa yang kita tahu..kalau dah namanya cukai maka pengertiannya ialah duit poket dari gaji kita jugalah yang perlu dikeluarkan....untuk menampung perbelanjaan kerajaan Malaysia...

Satu sidang media telah diadakan pagi tadi bagi mengumumkan rancangan PROTES ini.

Dipetik dari Malaysiakini.

Perhimpunan besar-besaran bantah GST dianjur

Sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang akan berhimpun secara besar-besaran bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Protes, berharap berjaya menarik perhatian f Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dijadualkan tiba di bangunan Parlimen pada jam 9 pagi.

Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Menurut penyelaras Protest, Dr Hatta Ramli (atas, dua dari kiri), kumpulan berkenaan membantah pelaksanaan GST kerana ia membebankan golongan miskin.

"Kami mahu Yang di-Pertuan Agong memahami dan melihat sendiri bahawa rakyat menentang GST," jelasnya pada sidang media di markas PAS, hari ini.

Perhimpunan itu, katanya akan dijalankan secara aman dan tidak akan menganggu kelancaran lalu lintas.

"Kami jangkakan ia adalah bantahan yang paling aman dalam sejarah Malaysia kerana kami tidak mahu sidang Parlimen terganggu," sambungnya.

Justeru, menurut ahli parlimen Kuala Krai itu, kumpulannya tidak bercadang memohon permit.

"Menurut bancian yang dijalankan oleh badan bebas, sebahagian besar rakyat Malaysia menolak GST," katanya.


No comments: