Monday, 15 March 2010

GAMBAR-GAMBAR YANG MENCERIAKAN HATI

Hari ini bermula hari yang pertama bersambungnya kes perbicaraan mengenai tangkapan PROTES 2008. Mula pukul 10 pagi dan tamat pukul 4 petang.

Pendakwaraya memberi alasan bahawa mereka ada banyak soalan yang hendak ditanya pada saksi dan jam sudah menunjukkan jam 4 petang tambahan pula katanya orang di belakang yakni kami semua yang tertuduh ramai yang dah batuk-batuk....memang kami semua terbatuk-batuk dengan pelbagai alasan...ada yang batuk sebab memang batuk, ada yang batuk sebab nak sembunyikan bunyi kamera hp bila nak ambil gambar kawan-kawan yang terlentok tertidur, ada kawan-kawan yang turun ke bawah kerusi dan duduk atas lantai dan bermacam-macam ragam.

Mungkin anda yang tidak pernah melalui pengalaman ini sukar nak bayangkan, tapi cubalah bayangkan anda perlu duduk tegak saja di atas bangku keras dan tegak berjam-jam lamanya tanpa boleh baca buku, silang kaki, letak tangan di atas bahu kerusi dan macam2 larangan yang keras....
Itulah hukuman yang sudah perlu kami lalui. Kali ini hukuman ini bakal berjalan selama seminggu lamanya kecuali mahkamah menangguhkan.

Di tambah dengan pelbagai isu lain yang perlu ditangani dan difikirkan...memang hidup penuh dengan masalah. Balik rumah lepas ditangguhkan kes terus merehatkan badan dan tidor dengan enaknya...bangun tidor masalah tetap ada....
Alhamdulillah buka PC dan lihat hasil gambar yang diambil pada majlis kenduri kahwin anak Pak Amjal yang berlansung pada hari Ahad yang baru lalu di Restoran Pak Amjal....hati jadi gembira dan tersenyum semula...senang bila dikelilingi rakan seperjuangan dan sefahaman...

Inilah wajah-wajah mereka yang ceria yang sempat kami rakamkan, yang lain mungkin tiba pada waktu yang lain....

Layanlah gambar-gambar di bawah....anda boleh baca kesah Pak Amjal di blog Labun Kulup Sakah.
Mat Sabu tiba dengan disanbut ceria oleh kami semua...Zunar dan Mat Sabu...

Dr Syed Hussin Ali juga tiba

Comelnya Latiff, anak Jonah bersama ibunya......gerrraaaammmm....

Ha....sibaby comel ni jadi bahan permainan kepada atok-atok.....si Latiff bersama atok Nasir ISA OTAI REFORMASI...riuh bercakap macam-macam isu dari awal2 reformasi...

Labun Kulup Sakah dan isteri Sham pasangan suami isteri yang hebat punya dua orang anak-anak ahli Syurga....

Tengok tu...senang betul ibu dan ayah Latiff nak makan, ramai yang bersedia saja nak baby sit...Alin isteri Zunar......baby ni pun sporting tak kesah siapa saja nak gomol-gomol dia...


ni mungkin meja paling riuh kot...dok pulak depan sekali....berat rasa hati nak balik...syok dok sembang....

Pak Amjal dan YB Nurul Izzah

Sempat gak tu berposing.....satu syarat yang mesti dipenuhi...

Ummu Asiah ambil peluang update YB tentang penangguhan demo GST dan status tahanan ISA terkini.....

........SEKIAN.....

No comments: