Monday, 8 March 2010

Al-Marhum Buya Hamka dan Tahanan Tanpa Bicara

Sesungguhnya kebolehan seseorang menulis sesuatu artikel adalah ilham yang dianugerahkan oleh Allah (SWT).

Pada waktu ini saya terjaga dari tidur dan fikiran menerawang bermacam-macam. Terfikir untuk menulis sesuatu namun lansung tidak ada ilham untuk menulis apa-apa.

Menerawang mencari ilmu di dalam blog kawan-kawan. Tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dr Hafidzi di blognya Lambaian Islah terlalu banyak ilmu dan maklumat tanpa perlu membuka satu demi satu buku untuk dibaca.

Pertama-tamanya mencari maklumat tentang misi konvoi VIVA Palestina ke Gaza lebih dua bulan yang lalu kerana berpeluang mengikuti sesi Talk bersama Sdra Norazman dari HALUAN yang turut sama dalam misi Konvoi tersebut.

Satu lagi artikel yang menarik perhatian saya ialah tentang Buya Hamka, kami memang terlepas ke sesi bersama Dr Hafidzi dalam Kuliah tersebut. Namun Alhamdulillah walau dalam keadaan kesehatan yang amat menduga dirinya beliau masih terus menerus menyumbang ilmu di mana saja.

Apa yang menarik minat saya ialah tentang info bahawa yang ditulis oleh Dr Hafidzi bahwa BUYA HAMKA ditahan dibawah ISA Indonesia.

Petikan pada maklumat tersebut adalah seperti di bawah. Anda boleh terus membaca fakta menarik di link ini.

5. Namun karya teragung al-Marhum Buya HAMKA ialah tafsir al-Azhar. Beliau mula menulis tafsir al-Azhar pada tahun 1958. Dari tahun 1962 hingga 64 beliau hanya sempat menyiapkan satu setengah juzu' sahaja.

Beliau amat khuatir dalam usia yang semakin lanjut dan kesibukan mengajar di beberapa universitas di serata Indonesia dan memberi kuliah tanpa henti, apakah mungkin tafsir al-Azhar ini sempat disempurnakan.

Namun berlakulah takdir Allah, pada 12 Ramadhan tahun 1964 beliau ditangkap oleh Sukarno. Beliau dituduh di bawah akta ISA (anti subversive act). Salah satu dari tuduhan tersebut ialah Buya HAMKA menyokong Tunku Abdul Rahman dalam isu konfrantasi Indonesia-Malaysia. Kesemua tuduhan ini tidak dibicarakan.

Selama hampir 3 tahun Buya HAMKA mendekam dalam penjara. Dalam tempoh inilah beliau menyiapkan tafsir al-Azharnya 30 juzu' Sewaktu menziarahi jenazah Sukarno ini yang beliau ucapkan.

Beliau amat yakin bahawa Allah maha pengampun akan dosa-dosa hambanya meski dosanya menimbun sehingga ke lowong langit. Adapun dosa engkau kepada ku, penfitnah aku, memisahkan aku dari keluarga ku, menyeksa aku, saksikanlah bahawa engkau telah aku maafkan'.

Pengajarannya di sini amat jelas, Buya HAMKA tidak menghitung soal peribadi, tetapi satu message yang jelas dari beliau ialah jangan sekali-kali kita menganiaya seseorang dan pertahankanlah prinsip keadilan di dalam Islam.

Haram hukumnya menahan seseorang tanpa bicara. Malangnya sehingga hari ini undang-undang semacam ISA di Indonesia itu masih wujud di beberapa negara Islam termasuklah di Malaysia (ISA) yang memberi kuasa kepada Menteri dalam negeri untuk menahan seseorang tanpa diberi hak untuk membela diri, diwakili oleh peguam dan dibicarakan.

Maklumat Terkini

Hari ini pada jam 11 pagi bertempat di Pejabat Bar Council akan diadakan satu sidang media bersama GMI dan Bar Council tentang keadaan tahanan ISA terkini.

Hingga ke tarikh ini setelah lebih dari 40 hari ditahan para peguam yang dilantik oleh ahli keluarga masih belum berpeluang untuk berjumpa tahanan. Berbagai usaha dan desakan telah dilakukan namun semuanya gagal. Polis dan Menteri Dalam Negeri masih angkuh dan zalim untuk tidak melayan sebarang permintaan dan pertanyaan dari peguam yang bertauliah.

Pada 10hb Mac Permohonan Habeas Corpus tahanan ISA akan disebut di Mahkamah Jalan Duta, maka amat penting peguam diberi hak untuk bertemu anak guam mereka.

No comments: