AKTA ISA dari 'kaca mata' kerajaan yang ZALIM dari PANEL PEMIKIR JABATAN HAL EHWAL KHAS
Maklumat di bawah ini di salin dari laman web JASA. Banyak rupanya maklumat di sana. Dan laman web ini khusus seperti untuk menangkis segala dakwaan yang dibuat oleh pihak Parti Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan zalim kerajaan. Penjelasan mengenai isu ISA boleh klik di [link] Mula-mula saya bercadang untuk menulis respon bagi setiap perenggan untuk perbandingan mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada tahanan ISA dan keluarga mereka. Tetapi rasanya biarlah anda menilai sendri. Blog ini dari masa ke semasa akan mendedahkan isu-isu benar mengenai akta zalim ISA. Penjelasan Isu : PENJELASAN MENGENAI AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) 1960 | ||
Ditulis Oleh : | ||
16:30 - 20.08.2009 >> Penjelasan Isu | ||
Apakah itu AKDN atau ISA? Apakah tujuan tujuan ISA? Pernahkah ISA dipinda? Apakah contoh-contoh kes yang membabitkan tindakan ISA?
Kenapa tidak digunakan Ordinan Jenayah sedia ada? Selain itu, maklumat risikan dari dalam dan luar negera terutamanya dari badan-badan keselamatan awam negara luar juga diambil kira.Penilaian tahanan ISA diasaskan kepada maklumat terperinci pihak polis. Sekiranya tiada sebarang bukti, tahanan dibebaskan mengikut masa tertentu. Peruntukan undang-undang Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan, tidak mempunyai peruntukan untuk membicarakan kes-kes ISA. gambar diambil ketika GMI dijemput bertemu Menteri Dalam Negeri yang akhirnya hanya dwakili oleh Timbalannya. Turut hadir ialah wakil dari Jabatan Peguam Negara, Special Branch termasuk Ketua SB.
Adakah ruang rayuan untuk mereka yang ditahan? Selepas 60 hari, jika pihak polis mendapati masih ada ancaman kepada keselamatan negara maka perakuan hendaklah dibuat kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengikut peruntukan seksyen 8(1) atau 8(5) dimana Menteri akan melihat hujah-hujah pihak polis untuk menahan individu berkenaan melebihi 60 hari. Selepas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengkaji hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak polis Menteri perlu menurunkan tandatangan ke atas dokumen yang dipanggil perintah terhad (Detention Order). Adakah negera-negera lain mempunyai akta yang serupa ISA? Singapura mempunyai ISAnya tersendiri bagi tujuan menahan individu yang dianggap boleh mengancam keamanan dan keselamatannya. Pada 1963 dalam operasi Coldstore seramai 100 individu-individu terdiri dari ahli-ahli politik dan persatuan telah ditahan. Pada 2006, Singapura menahan Mas Selamat Bin Kastari, anggota (JI) Jamaatul Islamiyyah. Brunei juga berhadapan dengan ancaman tertentu dan ISA telah digunapakai. Filipina, Thailand dan Indonesia tidak mempunyai akta bertulis seperti ISA. Mereka menggunakan undang-undang sedia ada untuk menangani individu-individu yang menjejaskan keselamatan negara mereka. Di Indonesia, aktivis-aktivis Jamaatul Islamiyyah (JI) begitu aktif dan mereka telah melakukan pengeboman di beberapa hotel terkemuka di Jakarta pada 17 Julai 2009. Pada 2002, Bali juga menghadapi pengeboman yang telah mengorbankan 202 orang, majoritinya pelancong dari Australia. Negara Thailand mengakui bahawa Malaysia adalah satu-satunya Negara aman yang mempunyai akta khusus untuk menghadapi ancaman yang memudaratkan Negara. Amerika Syarikat sebuah negara yang mengagungkan demokrasai dan hak asasi turut mempunyai akta yang serupa yang dipanggil The USA Patriot Act (Providing Appopriate Tools Required to Intercept and Obstruct Terrorism Act). Akta yang komprehensif itu melibatkan pindaan-pindaan akta lain demi mengukuhkan perpaduan Amerika Syarikat. Misalnya, Patriot Act membolehkan pindaan dibuat kepada akta Immigration and Nationality Act (INA). Ia membolehkan menahan seseorang asing yang membahayakan keselamatan AS sehingga 90 hari dan paling lama 6 bulan jika diperlukan. Dalam kes pengeboman New York Trade Centre pada 9 September, ramai individu dari negara asing yang disyaki terlibat dalam tragedi itu ditahan dan dipenjarakan di penjara Guantanamo Bay sehingga kini, termasuk 2 dari rakyat Malaysia. Akta ini walaupun diterima oleh majoriti ahli kongres tetapi telah dikritik keras oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, namaun kerajaan AS tetpa mempertahankannya. Di United Kingdom, akta seperti ISA yang dipanggil Terrorism Act yang bukan baru telah diguna pakai untuk berdepan dengan terrorism di utara Ireland. Adakah ISA releven dengan pandangan Islam? Ibnu Najim berpendapat: Doktor Mohamad Mahmud Al Khalidi dalam kitabnya ”Qawa’id Nizam Al Hukmi Fi Al Islam” sebuah tesis Ph.D beliau menyatakan: Misalnya, apabila pemerintah telah menentukan undang-undang berkaitan jalan raya, seluruh umat wajib disisi syarak mematuhi apa yang diperintah oleh Ketua Negara. Prinsip Sad Az Zara’ie iaitu: “Membendung Punca Keburukan” Penutup Disediakan Oleh: Disunting oleh: |
2 comments:
penal pemikir dibayar oleh kerajaan yg zalim,menggunakan hujjah islami utk membenarkan kezaliman?!!menahan org tak bersalah kemudian berasa aman.
"sesgghnya org2 yg menyakiti Allah dan Rasul-Nya Allah akan melaknatinya di dunia dan diakhirat,dan meyediakan baginya seksa yg menghinakan."
"Dan org2 yg menyakiti org2 mukmin lelaki dan perempuan tanpa kesalahan yg mereka perbuat,maka sesgghnya mereka tlh memikul kebohongan dan dosa yg nyata."
(al ahzab(golongan yg bersekutu):57&58)
Btul2
Post a Comment