Kezaliman ISA-8 Tahun Ditahan Tanpa Bicara dan masih menghitung hari dan waktu
Pada 12hb Februari 2009, 3 orang lagi tahanan ISA yang dikurung dan ditahan atas tuduhan menganggotai Jamaah Islamiyyah (JI) telah dikeluarkan dari KEMTA setelah dikurung bertahun-tahun tanpa dibicarakan. Baca kenyataan akhbar GMI di sini.
Salah seorang dari mereka ialah Suhaimi Mokhtar yang ditahan pada Disember 2001, bermakna telah 8 tahun ditahan dan dipisahkan dari ahli keluarga dan tidak pernah dibicarakan.
Salah seorang dari mereka ialah Suhaimi Mokhtar yang ditahan pada Disember 2001, bermakna telah 8 tahun ditahan dan dipisahkan dari ahli keluarga dan tidak pernah dibicarakan.
Saya berpendapat dan pasti Suhaimi adalah seorang bekas tahanan ISA yang sangat berani. Berani menegakkan maruah dirinya....berani mengatakan yang benar...berani, berani dan memang berani...semasa ditahan di bawah ISA beliau dan rakan-rakan membuat lakaran tentang kezaliman SB dalam menyoal siasat mereka...beberapa gambar-gambar tersebut ada di dalam beberapa entry di blog saya.
Kini setelah beliau dibebaskan beliau masih lagi berani mengeluarkan kenyataan seperti yang dicatatkan di dalam kenyataan akhbar GMI.
Suhaimi, when contacted, claimed that his release was not due to him being loyal to all rules and regulations set by Kamunting Detention Camp (Kemta) or the authorities, but it is due to the will of God. He was sad to think that there are several others who are also accused as members of JI, serving more or close to seven years, but are still in a state of uncertainty of their release.
Menarik betul kenyataan di atas...pembebasannya bukan kerana beliau tunduk dan patuh pada semua arahan SB dan Kem Tahanan Kamunting tetapi ianya adalah dengan IZIN ALLAH jua....kerana mereka telah ditahan dalam tempoh yang sangat lama tanpa dibuktikan apa kesalahan mereka..segala tuduhan ke atas mereka, selama mereka ditahan tidak pernah polis membawa sebarang bukti...kerana memang dasar zalim ISA ialah menahan seseorang tanpa dibicarakan...Menteri Dalam Negeri memegang kuasa penuh untuk menahan seseorang selama mana yang ia ingini...
Sekiranya kita di luar berdiam diri dan tidak mengenali mereka dan tidak ambil kisah hal mereka, mereka akan mereput di dalam tembok batu tersebut.
Bila kali pertama beliau hampir dibebaskan, oleh kerana hanya dia menyatakan bahawa ISA ZALIM dan tidak mengikut kehendak SB dia tidak jadi dibebaskan dan dibawa balik ke KEMTA...yeah..it's about time for him to be released....7 tahun, 8 tahun terlalu lama...mengapa simpan lama-lama...alasan apa dia dibebaskan sudah tidak penting lagi...
.......mahupun hanya untuk menyeksa, mendera dan mendenda keluarga Cikgu Norlaila juga ada kemungkinannya.. Kita memang tidak perlu tanya why and why and why suami Cikgu Laila belum dibebaskan lagi...kita hanya tunggu sahaja masa nya tiba... SB memang jahat...
Setelah 3 orang tahanan ISA iaitu Suhaimi Mokhtar, Zaini Zakaria dan Mohd Khaider dibebaskan, ada lagi 4 orang tahanan ISA atas tuduhan yang sama (JI) yang belum dibebaskan iaitulah:
1. Mat Sah B. Mohd Satray – Detained in April 2002
2. Shamsudin Sulaiman – Detained in April 2002
3. Zainon Rashid – Detained in June 2002
4. Dr Abdullah Daud – Detained in December 2001
2. Shamsudin Sulaiman – Detained in April 2002
3. Zainon Rashid – Detained in June 2002
4. Dr Abdullah Daud – Detained in December 2001
Suami Cikgu Laila ialah Mat Sah Mohd Satray, Cikgu Laila pula ialah seorang isteri tahanan dan aktivis GMI yang lantang memperkatakan tentang kezaliman ISA. Hingga kini setelah berpuluh orang tahanan atas tuduhan JI dibebaskan sejak beberapa tahun lepas, 4 orang tahanan ini masih lagi merengkok di Kem Kamunting...seperti yang saya katakan hanya SB dan Menteri sahaja yang mempunyai alasan atas sebab apa mereka belum mahu membebaskan ke empat orang tahanan ini dan hampir 40 orang tahanan yang lainnya.
Pada hari Sabtu 14hb February 2009 Pemuda PAS Negeri Pahang telah mengadakan program Ijtima' Pemuda PAS Negeri di Jerantut...dengan tema khusus mengenai kempen Menghapuskan ISA. Yang Berhormat Saari Sungib di program tersebut telah menyatakan....ada lebih kurang 2000 orang SB di Malaysia dan lebih 100 orang yang dikhususkan untuk tahanan ISA...and YES...SB memang jahat kata YB
... Hanifa Maidin seorang peguam dan dari JK Undang-undang dan Hak Asasi PAS Pusat pula berkata...ISA ini memang SIAL...memang CELAKA..ya...untuk perkara zalim begini ...bila kita menyumpah dan keluar perkataan menyumpah sudah tidak salah lagi...memang SIAL memang celaka...apa nak dikata lagi...akta kuno yang wujud sejak berpuluh2 tahun dahulu...kini ianya telah disalahgunakan oleh Menteri dan pemerintah.
Kami sekeluarga Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA mewakili GMI ke majlis ini.
Alhamdulillah nampaknya Pemuda PAS Pahang khususnya masih bersemangat untuk bangun menentang ISA...malah mereka tanpa rasa takut dan kesian telah menghalau seorang SB yang selamba sahaja masuk ke dalam dewan membuat liputan, menyamar sebagai Pemuda PAS....siap pakai kopiah putih lagi... Ustaz Suhaimi Pengerusi Majlis...dengan tegas bertanya.."Awak siapa...awak dari mana...kalau awak polis, keluar dari sini segera"....berkali-kali dari atas pentas...hingga akhirnya SB yang tak tahu malu dan tak tahu adab telah pack barangan video camnya dan keluar dari dewan dihalau dari dewan.
... Begitulah niat jahat mereka...jangan beri muka..pesan YB Saari..jika SB call atau nak cakap2 dgn kita jangan layan..kerana ianya akan membawa padah buruk pada kita...
Cikgu Laila pula dalam ucapannya tadi telah membongkarkan bahawa telah ada 10 pasangan suami isteri mangsa tahanan ISA yang telah bercerai...sedih bukan..bila suami dibebaskan mengharap untuk bersatu semula dengan isteri dan anak-anak...namun perpisahan jua yang masih menghantui hidup mereka.. Cikgu Laila masih setia..masih kukuh berjuang..sudah tentu perlukan sokongan dari kita semua...Suaminya sudah menyediakan dirinya menjadi korban kezaliman ISA sekiranya menerima padah ditahan bertahun lamanya lantaran masih ada segolongan manusia di luar yang lantang membongkarkan kezaliman Menteri dan penguasa ISA..... Semoga Allah berikan kekuatan...
No comments:
Post a Comment