Perak Dalam Sejarah-Perkongsian Melalui Pemerhatian
Ketika saya menulis entry ini dari dalam rumah kedengaran bunyi helikopter berlegar2 di atas langit.
Ammar tersenyum memberi semangat kepada Abah sambil Asiah melambai
9 orang yang ditangkap telah dibawa ke IPD Kuala Kangsar. Mereka tekah disoal-siasat oleh polis. Menurut abah asiah, polis juga telah membawa batu dan kayu sebagai bahan bukti untuk menguatkan dakwaan mereka...
Abah Asiah digari bersama pakcik yang telah dibelasah oleh polis..dibawa ke mahkamah
Pagi tadi sekitar jam 10.30 pagi mereka semua telah dibawa ke Majistret court Kuala Kangsar. Pihak Polis dan Pendakwaraya telah memohon untuk menahan reman mereka selama 4 hari. Namun para peguam telah memohon untuk mengurangkan tempoh reman. Majistret bersetuju untuk mengurangkan kepada dua hari.
Masih bersemangat....
Peguam memaklumkan kepada saya bahawa suami saya telah memohon agar mereka diberikan seluar yang lebih panjang supaya mereka dapat mengerjakan solat dengan sempurna. Mereka diberi pakaian lokap yang hapak dan busuk baunya...makanan yang diberikan waktu pagi ialah nasi lemak yang telah basi...memang benar...itu semua tidak lah menjadi bahan rungutan tetapi janganlah dinafikan hak mereka.
Sama-sama do'akan agar abah asiah-jurugambar untuk semua gambar dalam slide ini dibebaskan segera dan tidak didakwa. Bersama dengan 8 orang OKT orang kena tahan yang lainnya.
UMMU ASIAH
2 comments:
salam ummu asiah..
semoga Allah terus beri kita kekuatan untuk dugaan ini..
tgk abah asiah masih bersemangat dan sungguh ceria!! Hebat!
salam..
Bersabarlah.Kemenangan tetap akan muncul seperti di janjikan Allah.
Semoga anda sekeluarga tabah mengharungi musibah
Post a Comment