Thursday, 5 February 2009

"Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."

Jom sama-sama tunjukkan sokongan...teruskan munajat.......
Munajat & Himpunan Rakyat Perak 'ESOK' !!

Program Munajat & Perhimpunan Rakyat
menyokong Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin
Pada :5 Feb 2009 ( Khamis) Jam 7 malam
bertempat di Kediaman Rasmi MB Perak,Ipoh.
Turut Hadir esok :Dato' Seri Anwar Ibrahim
dan semua Menteri Besar /Ketua Menteri Pakatan Rakyat.
Dijemput Hadir dan bawa sejadah
Subhanallah...manusia sanggup lakukan apa saja untuk kekal berkuasa...mungkin sesuatu yang sukar sampai ke tahap pemikiran rakyat biasa...Moga Allah selamatkan isteri dan keluarga ADUN BOTA. Kami juga ada mendengar berita bahawa Isteri ADUN Bota lah yang menguatkan semangat suaminya untuk kekal dengan keputusannya untuk keluar dari BN dan masuk Pakatan Rakyat....
Kita sendiri tidak tahu apa yang telah terjadi dan dilakukan ke atas YB Bota ni...but...kita tahu sedikit sebanyak dari taktik2 yang digunakan ke atas tahanan ISA ketika mereka ditahan selama 60hari..mereka diseksa..dihina...diancam...dibogelkan..diarah..merangkak mcm binatang..dipaksa minum air kencing sendiri. diancam isteri dan anak2 akan diganggu...hanya untuk memaksa tahanan mengikut cakap SB dan buat pengakuan yang salah....mengikut kehendak SB dan penguasanya...jika tidak mengaku maka tinggallah menetap menjadi penghuni tembuk besi dan batu bertahun lamanya.
....ingat lagi entry saya mengenai ahli UMNO yang diseksa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...tapi mungkin tahap seksaan ke atas ADUN2 ini lebih teruk lagi...Moga Allah beri kekuatan dan kesabaran kepada mereka semua...jika tidak gelapla masa depan rakyat Malaysia sekiranya Najib dan Rosmah berkuasa.....
artikel di bawah dipetik dari : Setiausaha Politik YAB MB Perak

YAB MB menyerahkan isu pembubaran DUN Perak kepada Allah swt. setelah berusaha dengan berbagai cara yang betul mengikut lunas undang-undang dan syarak. Selain itu beliau menyeru seluruh rakyat solat hajat dan berdoa kepada Allah swt. memohon supaya kerajaan Pakatan Rakyat Perak diselamatkan. Sehingga berita ini ditulis, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat kelihatan begitu ramai berkumpul di sekitar rumah MB. Beliau menasihati orang ramai supaya bertenang, tidak menimbulkan kekacauan, provokasi dan tidak melanggar batas undang-undang. Serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan menyelesaikan kemelut ini.
Difahamkan, Agen-agen BN telah memperdaya ADUN Bota yang membawanya keluar dari kediaman kononnya Raja Muda ingin bertemu. Sepatutnya malam itu, beliau bersama semua ADUN Pakatan Rakyat berada di rumah MB. Rupanya beliau dibawa ke Putrajaya dengan kawalan yang sangat ketat. Menurut isterinya yang menceritakan kepada pimpinan PKR Perak sambil menangis terisak-isak, suaminya dipaksa untuk menyertai semula BN. Beliau sempat menghantar mesej pada suaminya dengan mengingatkan supaya jangan menjadi pengkhianat, tetapi mesej tersebut tidak berjawab. Kediamannya di Ipoh dikawal dengan ketat oleh orang-orang yang tidak dikenali. Peringkat awal, rumah mereka dikawal oleh petugas-petugas PKR. Oleh kerana ramainya orang-orang yang tidak dikenali menceroboh masuk ke halamannya rumahnya, petugas-petugas PKR terpaksa mengundur diri kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini. Isteri ADUN Bota

Sementara itu, solat hajat dan munajat perdana yang sepatutnya diadakan di Kuala Kangsar berpindah ke kediaman MB. Difahamkan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Pusat akan turut hadir.
Dalam keresahan menunggu perkenan Tuanku, YAB MB, Ahli EXCO dan ADUN-ADUN yang berkumpul di kediaman MB masih boleh tersenyum melayani orang ramai dan para wartawan. Dan mengajak semua yang ada di kediamannya menyerahkan urusan itu kepada Allah swt. Beliau sempat memberitahu, sewaktu melangkah keluar dari pintu Istana, Baginda Tuanku berpesan kepada MB dengan membaca petikan ayat Quran yang berbunyi "Innallaha ma'assobirin", semuga ayat yang dibaca oleh Tuanku itu menjadi petunjuk ke arah kebenaran dan kemenangan

2 comments:

Abang Long said...

Wahai Para Malaikat dilangit. Mohon DIAMINKAN doa dari kami penduduk bumi. Kami dizalimi.

Neeza Shahril said...

teruskan perjuangan kak.. teruskan berdoa.. neeza sama-sama berdoa agar Allah membantu orang-orang yang benar..