Kembali kepada Yang Maha Berkuasa...Manusia jangan terus Zalim..
Semalam saya telah menghantar anak untuk sesi kelas tahfiznya di Masjid UIA..tenang melihat anak-anak yang duduk ramai-ramai membaca Al-Quran, sempat juga solat Isya' berjamaah..tenang rasa hati mendengar bacaan imam..bisa membuatkan hati insaf dan air mata mengalir..tekenang keindahan dan kenikmatan bertarawikh di sana di Ramadan yang lepas...
"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"....Alhamdulillah...
Sebagai seorang Islam dan sebagai hamba yang sentiasa kembali kepada PenciptaNya setiap kali ditimpa masalah dan berada di dalam keresahan..Alhamdulillah..kita pasti akan rasa tenang bila mengingati Allah, bila membaca dan mendengar ayat-ayatNya..
Pada yang masih kekal zalim kembalilah pada Allah..semua jiwa pasti akan merasakan mati....
Mungkin bila anda juga ditimpa kesusahan baru anda akan insaf dan sedar akan nasib kesusahan orang lain dan kepayahan rakyat...
Memang benarlah....kerana pemimpin kita mereka tidak pernah merasa susah, merasa payah...gaji setiap bulan, beserta elaun bermacam, bagi sultan dan raja-raja...elaun untuk setiap anak khabarnya mencecah ratusan ribu...jalan tak perlu bayar tol, tak perlu redah traffic jam sebab ada polis traffic yang mengiring...boleh berbelanja dan bercuti ke luar negara selalu..apa anda boleh rasa dan tahu tahap kesusahan rakyat bawahan...sudah tentu tidak bukan..
Ambil satu contoh yang terbaik ini...
'Dulu masa jadi menteri tak pernah bayar tol...tak pernah merasa.'
Demikian dinyatakan sendiri Ahli Parlimen Padang Besar Dato' Seri Azmi Khalid ketika diminta mengulas berhubung kenaikan tol mulai 1 Mac yang diumumkan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri Mohd Zin Mohamed semalam.
"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tingggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai," katanya yang dipetik daripada akhbar online.
5 comments:
Yatui tu ummu asiah. kalau tak bayar, tak merasa, tak tau beban dia.
Contohnya saya ni, tak pernah bayar tol, tak lalu jalan bertol. Sekali jer gi hantar hubby ke Sg Besi, tu pun pakai touch and go dia, tak tau berapa tol kena..main touch aje.
Minyak pun dah lama saya tak isi.. yang saya tau, setiap kali saya guna kereta, minyak sentiasa penuh... magic kan kekekeke..... Nikmat tak hidup saya?
Azila..
patutlah boleh jadi sleeping beauty..bertuahnye badan dpt che abng cam tu...jaga baik-baik tau..susah nak jumpa and dapt tu..
memang nikmat..isshh..akak ni pulak tak payah kerja tapi gaji masuk tiap2 bulan..he..he..gaji suami tlg jagakan..tu la terasa perit lebih dari org bekerja..tapi ada bnyk masa pi lepak kat shopping complex..dulu rajin pi window shopping..la ni lepak2 saja kat situ..window shopping takut ada yg terbekenan and sampai bawa ke mimpi..susah..
so mmg sahla...if org tu tak pernah rasa kena bayar and keluar duit dia mmg tak boleh rasakan kesusahan yg sebenar..kan..kan..
Memang betul sangat-sangat kak N. Saya ni cuma ada dua tiga ringgit jer dalam purse, tapi boleh hidup gak wakakaka.... macam mana laa org macam saya ni nak menghargai duit. Sebab semuanya "magic".
Entry Kak N mencetuskan idea saya update blog saya, baca laa kikikiki. Thanks Kak N. Love u.
aina..
wah..i will wait for your entry..nasib baik blog pun tak dak magic power yg tlg update kan..if not bahaya..or mungkin juga beruntung...ada org tolong sapu sawang..
haaaa... tahu pun betapa besar bebanan rakyat.. tu baru tol.. tak rasa lagi kalau gaji kecik tapi terpaksa bayar barang2 yang mahal tu. Mungkin 1 hari, mereka ni kena rasa jadi orang susah baru nak faham masalah rakyat kot..
Post a Comment