Tuesday, 3 February 2009

Ukkhuwwah Fillah...Teruskan Perjuangan...

(gambar-gambar diambil ketika Majlis Malam Suara Kemanusiaan Palestine di Dataran PJ pada 31 Jan 09..anak-anak ni spontan saja jadi pembawa panji-panji jihad...bila diedarkan bendera merekalah yang awal2 lagi berebutkan bendera...Alhamdulillah..)

Ketika menikmati hidangan makan malam tadi saya cuba lagi menyakat anak-anak saya. Lately saya dan suami suka menyakat mereka dalam isu Palestin dan Benci-Boikot Israel...saja nak test mereka...

Ummi: "Esok ummi nak pegi Carrefour"

Serentak dan spontan Asma' dan Asiah menjerit: "Eh....mana bolehla ummi!!!!"

Ummi: "Alah...ummi nak pegi cari buku lah"

Asiah: " Tak pe lah ummi, macam ni...ummi pegi..lepas tu ummi minta ampunkan lah ummi"....


Asma': "Apalah Asiah ni, mana boleh macam tu oohhh.., alah, ummi pergi la beli kat Jusco AU2 tu, kawan Asma' beli buku kat situ. Esok Asma' balik awal macam biasa"

Ummi: (dalam hati...tahulah hajat Asma' nak ikut ummi jalan-jalan shoppingla tu)

Alhamdulillah...sentimen benci kejahatan dan kezaliman Israel terhadap umat Islam dan rakyat Islam di Palestin masih menebal dalam diri anak-anak. Bila sebut nak makan Mc Donald pun semua menjerit tak boleh!!!!, BOIKOT!!!!.....Alahmdulillah...selamat jugak sikit2 duit...

Petang semalam pula dalam perjalanan ke HUKM melalui MRR2, sekali lagi Abah menyakat anak-anak perempuan seramai 5 orang yang berada di dalam kereta, Wasilah, Ulfah, Adilla, Asiah dan Asma'. Bila menghampiri pasaraya Tesco, Abah pun bersuara...."Siapa nak pegi TESCO??"


Semua menjerit serentak..."Mana boleh, BOIKOT!!!"

Ada pula yang bersuara dengan brilliant idea lagi...si Ulfah kata.."Jom la Abah kita pergi Jusco, ada bunyi CO juga"..he...he..clever...clever..

Asma' pulak kata..."Jom kita pegi Giant!"

Ulfah jawab lagi.."Tapi kat belakang dia tak ada CO"....ha...ha..ha..


Namun perjalanan kami diteruskan ke HUKM dengan niat dan hajat untuk menziarahi adik Faras Hibban yang menghidap Leukimia...setelah setahun melalui pelbagai peringkat melawan kansernya..namun akhirnya dia relapse dan perlu melalui semuanya kembali dengan dos ubat yang paling tinggi....kata doktor..sekiranya kali ini tidak berjaya maka tidak ada cara pengubatan yang lain lagi yang berdaya melawan penyakit adik Faras yang baru berumur lebih dari 2 tahun.


Adik Faras mengalami alahan dari proses kemoterapinya dan dia diletakkan di Isolation Room, maka anak-anak seramai 5 orang yang kami bawa untuk menghiburkan Faras hanya dapat menjenguk Faras dari ruang cermin yang kecil. Faras nampak ceria melukis di kertas A4 yang disiapkan oleh Asiah and the gang...siap diletakkan helaian kertas A4 di dalam file kartun, bersekali dengan colourful markers yang dibeli oleh Asiah dari IKEA sejak cuti sekolah dahulu untuk diberikan pada Faras.

Faras nampak sihat kerana pipinya tembam...tetapi menurut ibunya, Ibu Yuki, ianya kesan dari ubat yang mempunyai kandungan steroid. Faras walaupun baru berusia 2 tahun lebih namun nampak amat bijak dengan faham akan situasi dirinya...bila all the girls cuba membuka pintu untuk masuk..cepat-cepat dia menjerit..."enggak boleh masuk...ibban nanti sakit"...seronok dia melambai dan menujukkan pelbagai aksi kepada kakak2 di luar.

Seperti yang pernah saya tuliskan di entry yang ini...keluarga Faras juga adalah keluarga pejuang...Perjuangan rakyat Palestin juga dekat di hati mereka, malah mereka adalah pejuang di negara mereka sendiri di Acheh berjuang dalam PKS....Faras juga bijak menyebut tentang HAMAS, PKS dan macam-macam lagi kalimah perjuangan. Ketika dia sakit akibat kesan kemo, dia menjadi bertenaga bila dipasang, nasyid-nasyid Jihad rakyat Indonesia dan Palestine.

Faras juga katanya ibunya berkata begini.."Ibban...sedih..."...tiap kali ditayangkan CD tentang apa yang berlaku pada rakyat Palestin kini. Sedangkan anak-anak kecil yang lain yang seward dengan Faras ada yang tak mengerti apa-apa lagi...

Mungkin inilah hakikat dan hasil dari tarbiyyah dan pendedahan demi pendedahan tentang perjuangan dan realiti apa yang sedang berlaku kini...seperti kata-kata Sister Lana seperti di entry saya yang sebelum ini......"Do your children know and understand the truth. What are you teaching them about our role in all this? Are we indifferent and so creating indifference in our children?"

Ibu Faras, Ibu Yuki..nampak sedih bila saya menceritakan aktiviti yang berlaku di luar, apa tidaknya dunia mereka, dunia Faras, Ibu Yuki dan Ustaz Zulfikri, ayahnya hanya berkisar di ward Paediatrik Onkolgi HUKM dan di sekitar HUKM sahaja sejak setahun yang lepas, dan kini sejak 5 hari yang lepas dunia mereka bertambah sempit apabila Faras terpaksa diletakkan di dalam sebuah bilik tanpa boleh keluar. Saya cuba hiburkan hatinya dengan memberi kata-kata perangsang yang perjuangannya buat masa ini ialah memastika Faras terus sihat, berjuang melawan penyakit yang bersarang dalam badannya. Penyakit yang sukar untuk disembuhkan...peluang terakhir dan harapan terakhir mereka ialah agar Faras dapat melakukan pemindahan sum-sum tulang di Singapura namun belanjanya menjangkau ratusan ribu dollar...namun mereka sangat kuat semangat untuk melihat Faras terus kuat berjuang.

Bendera Palestin...ditampalkan di dinding bilik Faras....moga semangat juang rakyat Palestin terus bersemadi dalam diri Faras, ibu dan ayahnya.

Saya bertanyakan kepada Ibu Yuki apakah sekiranya Faras dibenarkan keluar dari wad dan bercuti, adakah dia boleh keluar berjalan dan bersiar-siar...kerana saya teringin sekali membawa Faras berjalan dan bersiar-siar di tempat-tempat yang sesuai untuk Faras bermain dan bersenang-senang.

Jawapan Ibu Yuki saya yakin benar-benar menyentuh jiwa mana-mana ibu jua...Katanya doktor menasihati mereka agar melayan Faras seperti biasa, gunakan masa dengan sebaiknya...beri peluang untuk Faras menikmati kehidupan kerana keadaan Faras memang tidak tahu bila akan berakhirnya...memang kematian akan menemui setiap yang bernyawa...namun apabila seseorang ditimpa penyakit apatah lagi yang berkaitan kanser...terasa..ajal menanti bila-bila masa sahaja lagi...

....Tuhan sahaja yang tahu penderitaan yang perlu mereka sekeluarga harungi dan tempuhi apatah lagi jauh dari tanah air dan sanak saudara. Hanya yang ada pada mereka pertolongan dari Allah dan pertolongan dan sahabat yang mengenali mereka di sini. Namun mereka mendapat pertolongan yang berterusan dari sahabat-sahabat JIM daerah Cheras terutama sekali keluarga yang sangat prihatin ini iaitu sahabat kami sekeluarga juag, Kak Umi Kalthum Hassan dan Nazeli Jaafar. Moga Allah merahmati mereka semua. Sahabat-sahabat dari JIM daerah lainnya juga seperti Ampang Jaya, Gombak dan sekitarnya turut sama menziarahi Faras secara berkala....Indahnya Ukhuwwah hanya Kerana Allah...Ukhuwwah Fillah..sama seperti kita sama-sama merasa sakit melihat penderitaan rakyat Palestin atas dasar Ukhuwwah Fillah...


Di bumi ini kita ditemukan.

Satu arah, satu perjuangan

Satu Akidah, satu pegangan

Asasnya terjalin ikatan

Ukhuwwah Fillah tidakkan musnah

Walaupun ombak walau badai mendesah

tautan erat tak mungkin patah

Dengan ismullah kite berbai'ah

Bertemu berpisah

hanya kernaNya semata

Redha Allah kita cari,

moga moga kitakan dirahmati

Dengan niat yang suci

bertemu kembali di negeri abadi

Demikian manisnya mahabbah murni

limpahan kasih anugerah ilahi

tepancar cahaya penuhi hati

An-nur suci dariMu Rabbi

6 comments:

misz_A said...

salam singgah...

Abang Long said...

McD... alahai, ada cerita menarik hasil dari semangat si anak. Nanti akan dimasukkan dalam blog.

Nur said...

best nya puisi akak, tersentuh saya sebentar, ya, saya ini enak2 dengan snow disini, masih tidak bersyukur dengan segala2nya, mohon pada yang Sang Pengasih itu supaya saya ini lebih bersyukur...

salam perjuangan kak..moga2 redha Allah itu sentiasa bersama akak...

ummu asiah said...

misz A

terima kasih ziarah....moga ada yg bermenafaat utk dikongsi bersama...

ummu asiah said...

Abg long..

saya nantikan perkongsian tu..

harap anak2 kita akn terus bersemangat

ummu asiah said...

Fakhzan..

alamak..bukan puisi akak la...no..no..ciplak...itu nasyid sebenarnya...dah lama zaman awal2 di universiti dulu...zaman2 semangat dakwah dan jihad sgt tebal dlm diri..bila dgr nasyid lama..jiwa lebih segar dgn semangat inginkan perubahan dan jihad.

try search dlm u tube tak jumpa pulak nasyid tu...kena record suara sendiri lah agaknya..:))