Kisah Pemandu teksi dan keperitan hidup....
Hari ini saya berehat-rehat di Jusco Taman Maluri sambil menantikan van saya diservis 100,000km..dah lebih had 103,000km sudah. Saya terlepas pandang...rasa macam baru diservis. Kebetulan semalam van tersebut buat hal, 2 kali enjin mati di tengah jalan yang sibuk di Kuala Lumpur...memang panic giller sebenarnya, hari ini pun saya bawa dari Gombak ke Cheras dengan hati tak henti-henti berdo'a dan bergantung sepenuh harapan kepada Allah agar kenderaan yang dipandu yang menjadi nadi kehidupan tidak meragam di atas jalan. Alhamdulillah, saya selamat sampai ke destinasi di Tan Chong Service Centre di Cheras, berdekatan dengan Jaya Jusco Taman Maluri.
Jika seharian semalam dihabiskan masa berada di mahkamah, hari ini menghabiskan masa berwi-fi di food court, sebelum menerima panggilan dari suami untuk tolong hantarkan kunci pejabatnya yang ada pada saya. Saya memilih mengambil teksi ke KL Sentral bertemu suami. Tambangnya RM6.70 ikut meter. Okayla kerana saya tidak mahu memenatkan diri turun naik STAR dan PUTRA.
Jumpa suami serahkan kunci terus plan nak balik semula ke Taman Maluri menaiki teksi juga. Tidak tahu pula saya yang dari KL Sentral, kita perlu membeli kupon untuk menaiki teksi yang bermakna, tambangnya adalah fixed mengikut destinasi. Suami mengambil teksi ke pejabatnya di Taman Desa, fixed fare RM9...okayla sebab dia boleh claim dari company. Saya pula bila ditanya fixed fare ke Taman Maluri ialah RM12.00 bermakna hampir sekali ganda lebih mahal!....saya menarik diri dan berfikir banyak kali sambil berlegar sama ada hendak menaiki teksi atau turun naik LRT dan STAR dan berjalan lagi dalam panas terik....tak sanggup pula saya berpenat lelah sebab kesihatan pun tidak berapa mengizinkan....Jadi saya memilih menaiki teksi....bayar RM12.
Sebaik melangkah menaiki teksi, semerbak bau minyak angin!!!...Driver teksi ramah bersembang dengan saya mengenai cuaca yang amat panas pada hari ini. Katanya dia sebenarnya tidak sihat dan demam, namun terpaksa juga menguatkan diri untuk terus bekerja semata-mata untuk mencari rezeki.
Patutlah teksi semerbak dengan bauan minyak angin.
Pakcik Teksi bertanyakan kepada saya sekiranya saya tahu jika ada Bank Islam di sekitar Taman Maluri, saya maklumkan yang saya hanya tahu ada Bank Islam di Taman Melawati dan Selayang. Katanya dia punya dua orang anak yang bersekolah, seorang buat nursing di Kolej Nursing milik Kementerian Kesihatan dan seorang lagi membuat kursus pelancongan di Politeknik, tiada nada riak di suaranya cuma kedengaran suara yang mengeluh panjang tentang keperluan kewangan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak.
Beliau mengeluh yang banyak wang yang perlu dikeluarkan setiap masa. Dia sedang mencari Bank Islam untuk memasukkan wang RM100 kepada anak sulongnya untuk perbelanjaan kolej, sehari sebelumnya beliau mengeluarkan wang untuk membeli buku anaknya yang agak mahal.
Saya mengiakan setiap perbualan yang keluar dari mulutnya dengan hati saya merasa insaf akan keperitan yang perlu dilaluinya...beliau memilih bekerja sebagai pemandu teksi dan meninggalkan isteri dan anak yang lain di kampung di Terengganu...beliau menyimpan hajat untuk pulang dan settle di kampung suatu hari kelak.
Saya juga terdengar perbualan beliau dengan anaknya di telefon.."Ye la, Along, petang sikit abah masukkan duit tu ke dalam akaun Along, tak de buku bank lain ke, susah nak cari bank islam..ye la abah akan masukkan".
Beliau juga melahirkan rasa kerisauan sekiranya wang yang diberikan dibelanja di jalan yang lain selain dari untuk pelajaran, namun saya meyakinkannya lebih-lebih lagi bila dia menyebut anaknya sering mendapat pointer 3.7..InsyaAllah, moga anaknya tidak mengecewakan penat lelah seorang ayah yang terpaksa mengenepikan kesenangan diri dan kesehatan maupun waktu rehat demi mencari rezeki untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang bakal menjamin masa depan mereka.
Saya benar-benar insaf, sedih dan terharu. Saya sendiri terkenangkan perit jerih ayah dan ibu saya sendiri yang membesarkan 11 orang anak-anak dengan pendapatan yang tidak tetap dan menentu....Saya masih ingat kata-kata ibu saya kepada saya..."setiap kali Ta telefon cakap pasal duit, kalau Ba tengah makan terus berhenti makan dan akan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan anak-anak".....sedih...sayu..teharu...Moga Allah membalas segala jasa ibu dan ayah yang membesarkan kita...dengan nikmat kehidupan di Syurga yang kekal abadi...
Kini kita yang punya anak-anak dan tidak berpendapatan tinggi dan tidak berharta sudah mula perlu memikirkan tentang keperluan pendidikan anak-anak sejak dari mereka di dalam kandungan lagi...
Saya juga jadi semakin marah dan tidak puas hati dengan setiap berita dan cerita yang didengari tentang bagaimana pemimpin-pemimpin yang berkuasa yang terus menerus membazirkan wang rakyat, memenuhi poket-poket mereka sendiri dan kroni-kroni mereka..meneima dan memberi rasuah....dan bermacam salah laku lagi tanpa menghiraukan nasib rakyat bawahan....
Rakyat bawahan terus menderita demi untuk terus mencari sumber kewangan untuk bukan sahaja kehidupan seharian malahan untuk menjamin kehidupan anak-anak yang membesar dalam persekitaran yang memerlukan kewangan yang banyak....
We have to unite...struggle, be part of the nation who struggle to make Malaysia a better place for ou future generation.....
Sesampai di hadapan Jaya Jusco, pakcik teksi memberhentikan teksi dan berpesan kepada saya untuk berhati-hati sewaktu berjalan di kawasan ini kerana ada banyak kes ragut terjadi...terharu di hati mendengar pesanan ikhlas darinya...dalam do'a saya panjatkan agar Allah merahmati dan mengurniakan rezeki buatnya.....Amin....
7 comments:
kalau neeza lah berada ditempat kak Ta (hehee.. tahu dah nama), mesti neeza jenuh cari tissue nak lap mata..
terharu dengar cerita dia.. betapa dia bersungguh-sungguh mencari rezeki untuk family dikampung.. disini pun ramai juga yang macam tu.. semoga pakcik teksi tu beroleh rezeki demi rezeki untuk menyara family dia...
2 minggu lepas jiran kami pak husin yg bekerja sbgai pemandu teksi telah di potong meter airnya oleh pihak pengurus kerana gagal membayar bil maintanance. kasihan, nasib baik jiran2 prihatin dan membantu beliau.
itulah hakikat yg terjadi diluar sana... ramai yg masih kais pagi makan pagi. mereka terbeban dng sewa harian. bilalah agaknya kerajaan nak serahkan permit teksi kepada pemandu teksi tu sendiri
bilalah
Bagi Abang long, 5 SEN pun terpaksa BERJIMAT. Malahn 1 SEN pun dikira NYAWA.
Ada orang, dengan senang dapat RM5 JUTA, RM10 JUTA, RM50 JUTA. Dan tidak dipedulikan langsung rakyat yang susah.
Yang pasti - AKU TIDAK AKAN HALAL KAN WANG ITU !!!!!!!!!!
Yang PASTI - AKU AKAN TUNTUT DIAKHIRAT KELAK !!!!!!
neeza..
nama tu..ehem..ehem..ekslusif kat kampung saja..tp kakcik pun panggei tu jugak..kira org utagha punya gelaran..kat KL ni ada nama glamer pulak lah..apa2 pun tak pa..
hhmm..neeza mmg dah sedia faham dah..meleleh air mata selalu..mmg sedih bila kita kenang kisah hidup org yg susah..moga jadi peringatan buat kita..mungkin peristwa mcm ni adalah petunjuk dan peringatan yg Allah turunkan pada kita..Alhamdulillah..
Sham..
Alhamdulillah..moga kita semua jadi jiran yg prihatin..bila kta ada lebih rezeki kena selalu bersedekah untuk menjauhkan kita dari azab api neraka..Amin.
Abg Bad pun kongsi kesah pemandu teksi yg dia naik smlm..bagi mereka yg tak bny tanggungan dpt rm100 sehari sudah membuatkan mereka beryukur..tpi yg tanggungan bnyk kena berusaha lebih lagi..kesian kan.
Abg Long..
Alhamdulillah..bila Allah beri kita ujian dgn kesusahan hidup kita akan lebih appreciate setiap sen yg ada pada kta dan ke jln mana yg kita gunakan, sama juga bila kita ditimpa kesakitan..setiap saat nyawa dan masa rasa amat berharga..mereka yg punya wang berjuta dgn secara haram tu..hanya Allah yang tahu apakah mereka rasa mereka akan hidup menongkat langit..utk kita tidak didunia..di akhirat pasti mereka tak akan terlepas..masa tu anggota bdn yg lain yg akan menjawab..setelah mulut terkunci..
mohon share
Post a Comment