Wednesday, 4 February 2009

Belum ada keputusan lagi......

Najib dah came up with the numbers...YAB MB Perak pun dah berjumpa dan mengadap Sultan Perak....yang sejak selepas PRU12 banyak mengeluarkan statement yang bernafaskan dan berlandaskan prinsip KEADILAN....harap Sultan dapat serahkan semula kepada rakyat Perak untuk membuat keputusan...please....
kita dengar bnyk desas desus yang NAJIB dah berhabisan berjuta-juta ringgit untuk tugasan penting ini...nak take over Perak...
isshhhh....sedih.....gerrrraaaammm...
pagi tadi dengar news...asyik-asyik tentang ratusan ribuan orang-pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja lantaran kemelesetan ekonomi...pekerja Indonesia juga ramai yang akan kehilangan kerja....
isshhh.....Ya Allah...jika benar jutaan ringgit dihanguskan untuk membeli seorang ADUN...berapa ratusan jutaan...berbillion kah yang akan dihanguskan oleh Najib lagi...apa nak jadi dengan rakyat yang hilang punca pendapatan...siapa nak bela???
Ya Allah bantulah kami Ya Allah....hapuskanlah pemimpin yang zalim...kami tidak mahu lebih ramai lagi hambaMu di bumi Malaysia dizalimi...hak kami dirampas....kebebasan kami tersekat...masih ramai lagi hamba-hambaMu yang tidak pernah dibuktikan kesalahan mereka merengkok lama di penjara Kem Kamunting....semuanya perlukan pembelaan...keadilan...
Berilah kepada kami peluang untuk berjuang berhabisan menghapuskan pemimpin yang tidak mementingkan hak rakyatnya..
Amin....
Dari siasahdaily online...
Wednesday, February 4, 2009

Belum ada keputusan lagi, kata MB Perak

7.00 petangMenteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin berkata, sehingga kini belum ada keputusan muktamad samada kerajaan negeri Perak yang ada akan jatuh dan diambilalih oleh BN.
Ini kerana, Sultan belum membuat keputusan lagi terhadap permohonannya untuk membubarkan Dun Perak.Beliau berkata demikian kepada Tvpas.com yang menemui beliau di Pejabat Perhubungan PAS Perak sekejap tadi.
Beliau dijangka akan membuat penerangan kepada pimpinan PAS Perak apa yang berlaku dalam pertemuannya dengan Sultan Perak petang tadi.
Turut serta di pejabat PAS Perak adalah Adun dan juga Exco kerajaan negeri.

No comments: