Wednesday 17 February 2010

Hishamuddin oh Hishamuddin..bebaskan je lah mereka...kalau tidak ada alasan dan bukti.

Awal-awal pagi tadi kelihatan ada satu panggilan yang tidak berjawap di telefon saya, dari Bashirah warga Nigeria isteri seorang tahanan ISA terkini. Cepat-cepat membalas panggilan tersebut.

" When can I see my husband sister?"

Dalam hati saya "Ya Allah, apa jawapan terbaik yang perlu dan boleh saya beri pada dia yang mengharapa dengan sepenuh harapan".

" I am sorry sister, I have no news about that, but I will ask my friend if she has any updates. I have not been feeling very well for the past few days".


Saya bertanyakan di mana dia tinggal sekarang kerana sebelum ini dia menumpang di rumah sahabatnya kerana takut tinggal sendirian. Dia memaklumkan bahawa dia telah pulang semula untuk tinggal di rumah sewanya bersama 3 orang anak-anak yang masih kecil.


Saya masih rasa bersalah kerana tidak dapat memberi bantuan dari segi maklumat tentang suaminya seperti yang dia kehendaki. Tangisan anak kecil dari hujung talian membuatkan saya boleh memberi alasan untuk berhenti bercakap dengannya, bukan kerana tidak mahu bercakap tetapi saya tidak dapat membantunya pada saat itu. Tapi saya berjanji akan menziarahinya secepat mungkin.

Kesian mereka, mereka datang untuk menyambung pelajaran di sini dan masa yang ada terluang digunakan untuk mendalami ilmu agama. Isteri yang datang tidak bekerja dan hanya menemani suami bersama anak-anak. Tempat yang asing dengan manusia yang asing.

Di sebelah petangnya dapat pula makluman dari setiausaha GMI " 17/2 : Arrangements are being made to extradite 9 foreigners who were arrested under the ISA for International terrorist links, says Home Minister/STAR"

Terkedu juga dibuatnya...cepat-cepat menghubungi Nalini untuk pastikan apa tindakan yang seharusnya dilakukan bagi mengawal perkara ini dan membantu tahanan dan keluarga mereka yang dianiayai.

Tahanan sepatutnya diberikan hak untuk berjumpa peguam dan keluarga namun hingga ke tarikh ini sudah hampir masuk ke minggu yang ke empat tiada peguam dan ahli keluarga yang dapat menemui tahanan kecuali seorang sahaja. Keluarga masih menanti dan mengharap.

Minggu lepas ketika menziarahi rumah yang digunakan oleh Sheikh Aiman sebagai tempat pengajiannya saya telah mendengar cerita dari salah seorang dari ahli keluarga dan rakan yang telah dipanggil oleh SB untuk pergi ke Bukit Aman untuk disoal siasat. Beliau telah pergi bersama seorang rakan dan mereka telah disoal siasat oleh 3 orang SB selama 3 jam tanpa henti!!!

Soalan yang ditanya menurutnya sungguh tidak masuk akal dan tiada kaitan lansung dengan pertuduhan awal iaitu pengganas antarabangsa. Mereka ditanya tentang sejarah hidup mereka sejak dari umur 6 tahun!!!!!!...GILLLAAA....

Mereka juga ditanya tentang saudara mara dan adik beradik mereka. Soalan yang lain adalah berkenaan dengan WAHABI!!!!!.....jadi.....apa kaitannya dengan pengganas antarabangsa...apa motif sebenar.....siapa kah yang mereka takut...kehendak siapakah yang SB sedang cuba puaskan....siapa yang cuba mereka takutkan????

Kesah penahanan mereka boleh baca di sini.

Di bawah pula berita mengenai mereka yang akan dihantar pulang ke negara asal mereka.

Tahanan ISA Warga Asing akan dihantar pulang. Malaysiakini.

Kesemua sembilan warga asing yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan pengganas akan dihantar pulang ke negara masing-masing.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata persiapan sedang dilakukan untuk tujuan itu.

Kesemua tahanan itu berada dalam senarai paling dikehendaki bukan saja di negara asal mereka tetapi juga agensi perisikan dan anti keganasan antarabangsa, katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Hishammuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tarikh sebenar dan tempat warga asing itu ditahan, mahupun nama kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan mereka.

Beliau juga enggan mendedahkan negara asal rakyat asing tersebut.

Kata-kata diatas dipetik dari laporan Malaysiakini seperti tertera di atas, sebenarnya Menteri Dalam Negeri bukannya tau apa-apa pun. Kalau nak tahu negara asal tahanan ISA tu dan maklumat lain klik je kat sini...GMI ada keluar kenyataan.

Lagipun yang buat kerja ialah SB..yang buat risikan semuanya adalah SB...Menteri sendiri yang mengaku dalam satu pertemuan dengan wakil dari Pakatan Rakyat.."kalau nak tahu tentang tangkapan ISA kena tanya Dato' Fuzi (ketua SB)"...ha power lagi SB berbanding Menteri...

Tentang nama kumpulan pula mungkin Kementerian Dalam Negeri sedang giat merekacipta satu nama yang terbaik untuk dilabelkan kepada kumpulan ini.

Ingat lagi satu waktu dulu ramai sekali ditangkap di bawah ISA, termasuk Nik Adli anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, nama yang diberikan kepada kumpulan ini ialah 'KUMPULAN MUJAHIDIN MALAYSIA'....tapi oleh kerana nama MUJAHIDIN ialah satu nama yang mulia...yang mungkin mereka baru sedar maka mereka telah menukarkannya menjadi macam lebih ganas lagi lalu ditukar menjadi 'KUMPULAN MILITAN MALAYSIA'....ha...baru ganas...lepas tu ada lagi satu kumpulan baru pula Jemaah Islamiyyah...pertuduhan kepada tahanan ISA kerana menganggotai Jemaah Islamiyyah...

Tak sabar pula nak tahu apa hasil rekaan nama oleh SB dan KDN kepada kumpulan yang sebenarnya dikaitkan dengan WAHABI ini maka ramai yang label sebagai pengganas pula.

Kalau kumpulan Jemaah Islamiyyah dulu ditahan kerana hasil risikan kumpulan SB yang intelligent mengatakan bahwa sekiranya mereka tidak ditahan maka banyak akan berlaku letupan dalam negara...kini apa pula yang terjadi sekiranya kumpulan yang dikatakan pengganas ini tidak ditahan....tapi pada malam sekumpulan UTK dengan ganasnya merempuh rumah tempat pengajian mereka, Sheikh Aiman sedang mengajar tentang bab Nikah Kahwin yang dikupas dari kitab Sahih Bukhari....mengancam keselamatan NEGARA!!!!!!

4 comments:

Hasbullah Pit said...

Tak pernah pula nampak mana-mana kumpulan yang menamakan kumpulan dia sebagai "militan"

ummu asiah said...

tu la pasal org yg bagi nama tu B@D@H!!!!

samala macam SB pergi tanya seorang terrorist adakah awak terrorist...adakah seorang pengganas akan mengaku dia pengganas depan SB tu..bengong punya kerja..

Anonymous said...

SB terrorist sebenar,ment dlm negeri ketua terrorist.Menteror siapa saja demi memuaskan hati tuhan mereka iaitu amerika.

malaysia baru said...

Lebih baik hantar warga asing yg dihukum oleh sebab jenayah...drpd hantar warga asing yg tiada bukti kesalahan.