Friday 12 March 2010

ISA ZALIM..tetap zalim walau Habeas Corpus ada untuk mencantikkan keadaan....

Pada 10hb Mac 2010, bertempat di Mahkamah Tinggi Jenayah 2, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, permohonan Habeas Corpus 8 orang tahanan ISA terkini yang ditahan di bawah ISA pada 21hb Januari 2010.

Sebelum permohonan dibuat berbagai cara telah diusahakan oleh pihak GMI dan juga peguam untuk mendapat maklumat tentang keadaan tahanan dan segala maklumat mengenai penahanan mereka. Namun semuanya gagal dan tidak dilayan.

Pihak peguam yang mewakili tahanan dan keluarga mereka juga telah cuba memohon untuk berjumpa tahanan namun hingga ke tarikh Habeas Corpus dibicarakan di Mahkamah, peguam lansung tidak mendapat peluang berjumpa dengan tahanan ketika di bawah tahanan reman polis.

Ini adalah sesuatu yang amat zalim dan melanggar hak asasi seseorang manusia.

Harus ditekankan di sini berbagai usaha dibuat, termasuk pehak peguam menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri memohon penjelasan apabila pengumuman dibuat bahawa ke semua tahanan warga asing akan dihantar pulang ke negara mereka walau mereka semua datang ke Malaysia untuk belajar di Universiti tempatan secara sah.

Sungguh amat mengecewakan dan memedihkan hati apabila di hari permohonan Habeas Corpus ini didengar pihak Pendakwaraya telah bangun dan memaklumkan tentang beberapa tindakan yang telah diambil oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan juga Cawangan Khas.

1. Satu-satunya tahanan ISA warganegara kita iaitu Ustaz Azahari telah pun dikeluarkan dari 'police custody' di bawah s 73 (2) akta ISA ke bawah s 8 (5) akta ISA iaitu di bawah sekatan terhad (restricted residence order) hanya di kawasan tempat tinggalnya sahaja iaitu di Petaling Jaya.

Arahan itu hanya dikeluarkan pada pagi 10hb Mac juga..hari yang sama dengan pendengaran permohonan kes Habeas Corpus.

2. Manakala tahanan ISA yang lain dari warganegara asing pula dihantar pulang ke negara mereka dan ada juga yang diletakkan di bawah kesalahan immigresen menunggu masa untuk dihantar balik ke negara mereka.

Memang menyakit hati dan memualkan dengan sikap mereka yang berkuasa, boleh melakukan ikut sesuka hati tanpa memikirkan tentang hak seseorang manusia itu.

MELAMBATKAN PENDENGARAN PERMOHONAN HABEAS CORPUS-SENGAJA!!!

Perkara ini berlaku bila mahkamah tidak mengambil berat bahawa permohonan ini perlu disegerakan untuk didengar....dan pihak cawangan Khas bersekongkol pula dengan Menteri Dalam Negeri untuk menandatangani perintah tahanan di bawah sek 8 pula atau dalam kes tahanan warga asing mereka diletakkan pula dibawah kesalahan immigresen....

ISA ternyata benar IKUT SUKA AKU.....not me but them...not you but them...who...the SPECIAL BRANCH, ATTORNEY GENERAL and Last but not least

This man!!!!!

YES...now it's him.....

Yang Arif Hakim pada hari keputusan Habeas Corpus didengar pada 11hb Mac 2010 berkata, Menteri Dalam Negeri terlalu sibuk hingga terpaksa menanda tangani perintah tahanan sekatan terhad (terhad di kawasan tempat tinggalnya dan tidak lagi di lokap polis) terhadap salah seorang pemohon Habeas Corpus iaitu Ustaz Azahari pada pagi 10hb Mac 2010, tarikh yang sama permohonan Habeas Corpus ini didengar di Mahkamah....

hhhhhhmmmmm.......ye tak ye...baru saya ingat...patutnya kes didengar di sebelah pagi jam 9 pagi, tapi mahkamah minta tunda pada jam 2 petang...mungkin nak tunggu orang yang gelak sakan kat atas tu sign dokumen penahanan yang baru ke atas Ustaz Azahari....maka baru la ada jadi alasan kukuh untuk menolak writ of habeas corpus......hhhmmmmm.....logik bukan....bijak-bijak....

2 comments:

ISA said...

Salam Ummi,

Zalimkah saya... ha..ha..ha...

ISA.

ummu asiah said...

Isa..

jangan tulis dalam huruf besar semua...:))