Saturday, 28 February 2009

Kembali kepada Yang Maha Berkuasa...Manusia jangan terus Zalim..

Semalam saya telah menghantar anak untuk sesi kelas tahfiznya di Masjid UIA..tenang melihat anak-anak yang duduk ramai-ramai membaca Al-Quran, sempat juga solat Isya' berjamaah..tenang rasa hati mendengar bacaan imam..bisa membuatkan hati insaf dan air mata mengalir..tekenang keindahan dan kenikmatan bertarawikh di sana di Ramadan yang lepas...

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"....Alhamdulillah...

Sebagai seorang Islam dan sebagai hamba yang sentiasa kembali kepada PenciptaNya setiap kali ditimpa masalah dan berada di dalam keresahan..Alhamdulillah..kita pasti akan rasa tenang bila mengingati Allah, bila membaca dan mendengar ayat-ayatNya..

Pada yang masih kekal zalim kembalilah pada Allah..semua jiwa pasti akan merasakan mati....

Mungkin bila anda juga ditimpa kesusahan baru anda akan insaf dan sedar akan nasib kesusahan orang lain dan kepayahan rakyat...

Memang benarlah....kerana pemimpin kita mereka tidak pernah merasa susah, merasa payah...gaji setiap bulan, beserta elaun bermacam, bagi sultan dan raja-raja...elaun untuk setiap anak khabarnya mencecah ratusan ribu...jalan tak perlu bayar tol, tak perlu redah traffic jam sebab ada polis traffic yang mengiring...boleh berbelanja dan bercuti ke luar negara selalu..apa anda boleh rasa dan tahu tahap kesusahan rakyat bawahan...sudah tentu tidak bukan..

Ambil satu contoh yang terbaik ini...

'Dulu masa jadi menteri tak pernah bayar tol...tak pernah merasa.'

Demikian dinyatakan sendiri Ahli Parlimen Padang Besar Dato' Seri Azmi Khalid ketika diminta mengulas berhubung kenaikan tol mulai 1 Mac yang diumumkan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri Mohd Zin Mohamed semalam.

"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tingggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai," katanya yang dipetik daripada akhbar online.

Friday, 27 February 2009

NAK TAU TAK??????...RM15.15 Juta untuk PRK KT!!!!

Nak tau tak..hhhmmm....saya terbaca dalam suara keadilan terbaru BIL 170 24feb-3mac....
POLIS BELANJA RM15 JUTA DI KUALA TERENGGANU!!!!!
Kenapa tak percaya, geram, marah, sakit hati...entahla duit siapa yang habis...sikit ke, banyak ke tu????
Dewan Rakyat dimaklumkan sebanyak RM15.15 Juta dibelanjakan semasa pilihanraya Kuala Terengganu yang lalu.
Perbelanjaan ini adalah yang termahal dalam mana2 PRK yang diadakan di negara ni...Apa hal pulak sampai ke tahap ni....????
Angka ini didedahkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Chor Chee Heung yang menjawab soalan Ahli Parlimen Baling dan Tanah Merah yang mewakili Pakatan Rakyat...
Mungkinlah juga sebab tu lah Kabinet sibuk nak naik tol di 5 lebuhraya...nak cari duit tambahan untuk 3 PRK yang akan datang.....musykil...tapi nasib baik depa buat U-Turn kat Highway and tak jadi nak naik tol...kesian kat rakyat kunun....nak menang la tu di PRK nanti...
Lagi satu nak tau tak saya terbaca di MalaysianInsider
Jangan stress..dan marah-marah..sumpah seranah puas-puas...release......
SYABAS TO SYABAS!!!!!
SHAH ALAM, Feb 26 —
Tan Sri Rozali Ismail, the chairman of Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) and Puncak Niaga Sdn Bhd said today the RM5.1 million salary paid to him in 2007 for running the companies were justified.
“If you want professionals to run your company, you have to pay professional fees.”Rozali, was speaking in response to the disclosures from the State Water Review Panel.
During a media briefing earlier, today, the panel also revealed that Syabas was financially stressed due to poor management practices, among them paying Puncak Niaga RM700,000 in management fee every month.Klang Member of Parliament Charles Santiago, who is a member of the panel, said Syabas had been paying the fees, since 2004.
However Rozali denied any knowledge of it.The Selangor State and Federal Government are currently in dispute over the restructuring and consolidating the water services industries in the state.
The state has offered to end the concessions and to repurchase the assets of Puncak Niaga, Syarikat Pengeluaran Air Selangor Holdings (SPLASH) and Konsortium Abbas Sdn Bhd, which treat raw water and Syabas, which distributes it to consumers.
The concessionaires have rejected the state’s offer of RM5.7 billion after the Federal Government announced they were entering into direct negotiations with the four companies.Rozali today sidestepped questions on how much the concessionaries were seeking.
He said the actual amount would depend on Puncak Niaga and Syabas’ “golden shareholders”, which is the Ministry of Finance and their bond holders.
“We will have to get the endorsement of all parties before we can decide on the amount.”
He added that under the Water Services Industry Act 2006 , the concessionaires had a choice of maintaining the existing concession agreements or migrating to a new deal which is still being negotiated with the Federal Government.
However members of the Selangor Water Review Panel claimed today the federal government plan of buying the assets of the company while allowing them to continue treating and distribute the water as a bailout.
The panel disclosed the concessionaries collectively had debts amounting to RM6.4 billion.Santiago said under the federal plan, the concessionaires huge debts would be taken care of while they continued making profits.
“The federal plan defeats the purposed of the restructuring exercise.”
He said the concessionaires will just be called licensees under the deal and will still beable to raise water tariffs at the rate of between 10 and 12 per cent, every three years.

Thursday, 26 February 2009

Ha...ha...tau pun takut..hebat kuasa blogger and internet...

Untuk pengetahuan..Pak Lah la ni dok kat Pattaya..


Yang memerintah negara kalau ikut term sesetengah blogger ialah SUAMI NAJIB...ini buat rakyat conpius ni...siapa sebenarnya yang sedang berkuasa...apasal pulak kenyataan kenaikan tol boleh terlepas keluar and then Perdana Menteri Malaysia...the outgoing one..buat kenyataan yang amat dramatic...dari luar negara...

Apa-apa pun baguih la...ambik kira pendapat dan raungan rakyat...

So..to all rakyat Malaysia...tengok...kita ada kuasa..bukan hanya kita jadi lembu yang ditarik hidungnya...we have to learn to fight for our rights...for our own good and for the sake of our next generation....

Thumbs up to rakyat!!!!...Teruskan perjuangan!!!!

Harap-harap Pak Lah betul-betul buat seperti yang dicakapkan...bikin serupa cakap..tak rugi apa-apa pun sebaliknya menguntungkan sebab orang akan lagi benci Najib....
Tapi apa yang bakal terjadi esok belum tentu sebab yang akan chair mesyuarat mingguan kabinet ialah NAJI$$$$$...oooppppsss...harap2 tak terbayang RM RM RM RM sign kat depan mata dia...bahaya..memang tak cukup duit sentiasa..paling senang kaut dari poket rakyat dengan cara kenaikan harga barangan, harga tol harga minyak dan sewaktu dengannya....BN...Barang Naik, Bila Naik, Banyak Naik...

rujukan Malaysiakini.....


But in a dramatic twist this evening, outgoing Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told journalists that the government may reconsider its decision.

According to Bernama, Abdullah was concerned that public anger over the latest hike could affect Barisan National's popularity especially ahead of three crucial by-elections.

He added that the cabinet should consider ways to defer the toll hike as the public would be further burdened by the ailing economy.

Abdullah minta kabinet timbang semula kenaikan tol
26/02/2009 9:01pm

PATTAYA 26 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Perdana Menteri berkata kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean di sini hari ini.

Abdullah berkata walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang.

“Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah,” katanya.
Sebaliknya, beliau berkata satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu itu, termasuk peruntukan dalam pakej ransangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen 10 Mac. - Bernama

GGGEERRRRAAAMMMMM!!!!!!!!

I am damn mad...I am so sad..depressed...I hate the BN government so much...they made our life sooo miserable..on the other hand the leaders are living happily ever after...but just in this world..and not the next...unless you repent...bertaubat...taubat nasuha..mohon ampun kepada rakyat yang anda telah zalimi....but our future is not in your hands....yours are...we are the rakyat....we have the power..we have shown..we have proved our power in the last General Election PRU12 and in the latest Pilihan Raya Kecil...

Cakap tak serupa bikin..kununnya apa-apa yang dibuat dengan mengambil kira hal rakyat, tidak akan menyusahkan rakyat...tak menyusahkan apa...naik harga barang...tak menyusahkan rakyat?????....naik harga minyak bukan main banyak..tak menyusahkan rakyat..turunkan harga sedikit sahaja..sudah berkira...come 31st March..rebet tunai akan ditarik balik...kununnya tak mendapat sambutan dari rakyat...poooorah...rakyat yang kaya raya mungkinla...bagi kami yang paling senang pun kais sebulan makan untuk 3 minggu..memang nak sangat rebet RM650 tu..bolehla cover balik bayar sikit insurans...ishhh...memang geram..

Want to know why I am damn mad????

Read below...thanks to the other bloggers who have highlited about this issue in their blog. I first read it here...


Kadar tol 5 lebuhraya naik Ahad ini
Feb 26, 09 11:42am

Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.
Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.(ptuiiihhh..ptuiiihhh....ish..memangla kecik weiii..lima kupang, tiga kupang sorang...tapi hangpa tak tau..kalau dalam saghi tu dok kena lalu banyak punya tol..beghapa kami nak kena bayaq..dalam sebulan pulak????...hangpa dengan kroni hangpa jugak yang syiiooqq dok kumpoi untung banyak...ptuiiihh...ptuiiihhh..)
Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu."Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya....(padan muka kau..sapa sughuh buat perjanjian..ke..apa..ke bende ke..kerugian rakyat tak mau ambik tau ka???)))
Menurut Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar....(boleh ke nak menyumpah kata shiiitttt...kat sini ha...that's your job la...to provide the rakyat with excellent facilities....apa pulak rakyat kena bayar...)

GMI : ISA Bersifat Zalim Bukan Pemulihan‏


GERAKAN MANSUHKAN ISA
KENYATAAN AKHBAR
ISA Bersifat Zalim Bukan Pemulihan
24 Februari 2009

1. Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam Forum Bicara Tokoh seperti yang dilaporkan dalam beberapa akhbar bertarikh 24 Februari 2009 bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan satu pendekatan pemulihan akhlak dan bukan berbentuk hukuman adalah satu kenyataan bohong.

2. Manakala luahan oleh dua orang bekas tahanan ISA iaitu Zabidi Mohamad, bekas Ahli Arqam dan Faiz Abu Bakar Bafana seorang ahli Jemaah Islamiyyah dalam majlis yang sama lebih merupakan luahan akibat daripada ‘brainwash’ dan tekanan yang berterusan oleh anggota Cawangan Khas untuk meyakinkan mereka bahawa sifat ‘pemulihan’ ISA lebih ringan di banding hukuman di bawah undang-undang lain. Ia juga untuk meyakinkan mereka bahawa mereka telah melakukan kesilapan yang besar dan diberikan peluang kembali ke pangkal jalan. Dalam konteks ini, soalan paling asas yang perlu ditanya ialah apakah kesalahan mereka dan apakah bukti mereka melakukan kesalahan tersebut? Apakah benar pengakuan mereka selepas didesak dan didera berhari-hari?

ISA Mencabul Hak Asasi dan Menghukum Tanpa Bicara

3. Apakah membelasah tahanan separuh mati dan memenjarakan mereka sehingga bertahun-tahun lamanya tanpa perbicaraan dan tanpa bukti termasuk dalam pendekatan pemulihan akhlak? Apakah menyoal siasat mereka selama berhari-hari tanpa tidur yang mencukupi sebahagian daripada pemulihan? Apakah mendesak mereka membuat kenyataan dan pengakuan palsu juga kaedah pemulihan akhlak? Apakah memisahkan isteri dan anak-anak dari mereka serta memecahbelahkan rumah tangga termasuk dalam tafsir pemulihan akhlak? Apakah kemasukan anak-anak mereka ke dalam wad psikiatri akibat sakit jiwa bukan satu penganiayaan? Apakah ini juga sebahagian daripada pendekatan pemulihan akhlak? Sila nafikan jika perkara ini semua tidak berlaku di bawah ISA.

4. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berkali-kali menegaskan bahawa ISA adalah satu akta yang membenarkan penahanan tanpa had dan tanpa sebarang perbicaraan. Ia bukan saja mencabul hak asasi mangsanya, tetapi turut menganiaya ke semua pihak yang ada pertalian keluarga dengan mangsa tersebut.

5. GMI tetap berpegang kepada prinsip asas deklarasi hak asasi manusia sejagat bahawa sesiapa saja yang ditahan atau dituduh bersalah mestilah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan di hadapan hakim yang berwibawa dan disertakan bukti-bukti kukuh yang boleh menyokong pertuduhan tersebut.


Kuasa mutlak dan kabur ISA

6. Sejak ISA diperkenalkan pada tahun 1960 dan setelah melalui pelbagai proses pindaan, namun ia masih tetap mengekalkan ciri utama iaitu tahan tanpa bicara dan pemberian kuasa yang mutlak kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan, menghukum, melanjutkan atau membebaskan mangsa ISA. Contohnya dalam kes penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng pada September 2008. Beliau ditahan di bawah ISA kerana Menteri Dalam Negeri ingin menjaga keselamatan beliau. Begitu juga dengan kes Raja Petra Kamaruddin dan Teresa Kok yang diselubungi misteri akan sebab musabab mereka ditahan ISA. Aktivis reformasi ditahan pada tahun 2001 dengan tuduhan yang sangat berat iaitu mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan dengan menggunakan bahan letupan, molotov cocktail dan pelancar roket! Sehingga ke hari ini, bukti tersebut tidak pernah dikemukakan.

7. GMI juga mengambil berat pelbagai kes penyeksaan yang diadu oleh tahanan ISA ketika menjalani siasatan 60 hari pertama di bawah Seksyen 73 dalam Pusat Tahanan Reman Polis. Tahanan mendakwa mereka dibogelkan, dipukul dengan objek keras, diberi makanan yang sudah basi dan bermacam-macam lagi seperti yang dilaporkan dalam kes perbicaraan saman Malek Hussin yang telah memenangi kesnya di mahkamah pada tahun 2007.

8. Tahanan ISA masih terpaksa melalui proses penyiasatan yang dilakukan oleh polis ketika dihantar untuk menjalani apa yang dikatakan proses pemulihan selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting (Kemta). Contohnya bekas tahanan ISA Sanjeev Kumar yang ditahan pada awal tahun 2008 telah lumpuh beberapa bulan beliau dihantar ke Kemta. Setakat ini, ada tahanan ISA yang telah ditahan tanpa pernah dibawa ke mahkamah melebihi 7 tahun lamanya. Dr Abdullah bin Daud, seorang bekas pensyarah di sebuah universiti tempatan, telah ditahan sejak Disember 2001 hingga kini. Bagaimanakah nasib anak-isteri yang ditinggalkan oleh beliau?

ISA Menganiaya Tahanan dan Keluarga

9. Kenyataan ini tidak lengkap jika tidak disertakan dengan pelbagai kisah kesukaran ibubapa, isteri dan anak-anak mangsa ISA. Isteri terpaksa menggalas tugas sebagai ibu dan bapa pada anak-anak. Selain terpaksa bekerja untuk mencari rezeki bagi keluarga, isteri terpaksa bermusafir beratus kilometer dari tempat kediaman mereka ke Kemta untuk bertemu suami. Isteri juga menghadapi pelbagai gangguan mental dan fizikal daripada polis cawangan khas (Special Branch) yang dibayar khas untuk memastikan mangsa ISA dan keluarga mereka akan berdiam diri dan menyembunyikan segala pengalaman buruk mereka sebagai mangsa ISA.

10. GMI juga telah dimaklumkan terdapat empat orang tahanan ISA yang telah bercerai dengan isteri masing-masing ketika mereka masih dalam tahanan. Bukan setakat perceraian, ada anak-anak tahanan ISA yang telah disahkan menghadapi masalah mental dan masih mendapatkan rawatan psikiatri disebabkan tidak mendapat bimbingan dan kasih sayang daripada seorang bapa dalam jangkamasa yang terlalu lama.

11. GMI ingin mengulangi bahawa SUHAKAM, sebuah badan hak asasi kerajaan yang ditubuhkan khas untuk menjaga hak asasi rakyat Malaysia, telah mengesyorkan sejak 2003 lagi supaya ISA dimansuhkan dengan segera kerana penggunaannya telah terbukti mencabul hak asasi manusia dan lebih memudaratkan dari membawa kebaikan kepada mangsanya.

ISA Zalim dan Kejam

12. Berdasarkan fakta di atas, GMI berpendirian bahawa penggunaan ISA lebih banyak mendatangkan mudarat dan penyeksaan kepada orang yang dijadikan mangsanya berbandingkan dengan propaganda bahawa akta itu adalah untuk tujuan pencegahan dan pemulihan semata-mata. Tan Sri Ismail Omar perlu menyemak faktanya dan dua bekas tahanan itu perlu memberikan pendapat seadilnya berdasarkan fakta yang lebih lengkap.

13. Kesimpulannya, ISA bersifat sangat zalim dan kejam. Kepentingan rakyat dan negara amat penting dijaga tetapi bukan dengan jalan menyeksa, menganiaya dan mencabul hak asasi manusia dengan memenjarakan sesiapa sahaja tanpa bicara. Langkah pencegahan mesti berjalan seiring dengan usaha untuk menegakkan keadilan, kebenaran dan ketelusan.

14. Sebagai orang Islam, kita diingatkan akan ayat-ayat Qur’an dalam Surah An-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat”.

15. Kezaliman akta ISA bukan saja ditolak oleh Islam, tetapi juga oleh semua agama yang ada di Malaysia . Justeru, GMI masih dengan pendirian bahawa ISA mesti dimansuhkan dan Kem Kamunting perlu segera ditutup.

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta!
Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Wednesday, 25 February 2009

IT AIN'T OVER 'TIL IT'S OVER!!!!!

Hari ini ada beberapa program di dalam list teringin untuk ikuti.


1. "Ayuh berhimpun protes SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 'anjing' BN - 25 Februari 11 pagi depan ibu pejabat SPRM Putrajaya...anak muda Malaysia akan bakar ribuan koleksi laporan/bukti rasuah- hilanga harapan kepada SPRM."

Ya..memang benar...hilang harapan kepada SPRM, sejak dahulu meman banyak laporan dan bukti rasuah yang telah dihantarkan kepada dulunya BPR Badan Pencegah Rasuah...tentang kes rasuah pemimpin tertinggi negara...Kes Rasuah Rafidah Azizi contohnya dan banyak lagi...Khir Toyo anda punya pun ada juga...namun semuanya tidak ada tindakan yang diambil...

....Kini..bila Pakatan Rakyat menang besar dan berjaya memerintah 5 buah negeri...bukan main lagi...ada saja laporan dan kokokan tentang salah laku pemimpin PR terus diambil tindakan dan Khir Toyo yang paling hebat menyuruh semua letak jawatan...eeeee....memang geram....memang betul la...jika ada laporan tentang salah laku rasuah atau apa saja...memang patut diambil tindakan dengan menyiasat tanpa memilih bulu..tapi jangan la berat sebelah pula..

2. Civil Society Organisation will call a joint Press Conference on 25 Feb 10am at KLSCAH Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall in regarding to 'a Malaysian position on democratic government and Constitutional Monarchy'. Please come and show your support.

3. Sambungan pendengaran kes Saman Menteri Besar Perak terhadap kerajaan Haram Perak.

Amer Hamzah dan Edmund Bon dua orang kuat yang menjadi peguam YAB MB Nizar, juga peguam GMI kepada beberapa kes tahanan ISA juga peguam kepada saya dan juga beberapa orang OKT yang lainnya yang ditangkap untuk siri PROTES Aman..mereka juga antara yang ditangkap dan didakwa di mahkamah.


Judicial Commissioner Mohamad Ariff Md Yusof has fixed 9am Wednesday to deliver his decision on whether he should recuse from hearing ousted Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin's application against Barisan Nasional Menteri Besar Zambry Abdul Kadir.

Mohd Ariff fixed the date after hearing an objection from senior federal counsel Kamaluddin Md Said who appeared for the Attorney-General's chambers and senior lawyer Sulaiman Abdullah who argued the judicial commissioner should remain on the bench to hear the case."I would need some time to study to the arguments submitted," he said. sumber Malaysiakini.

Tersenyum...mengiringi rombongan YAB MB Perak ketika keluar dari kamar Mahkamah

Hari Isnin lepas saya dan Cikgu Laila sempat meluangkan masa ke sana, nampaknya hari ini tidak berkesempatan.
Gambar MB Nizar melambai pada wartawan yang ramai setia menanti di luat termasuk kami berdua..saya dan Cikgu Laila.

Ini gambar2 tertunggak untuk entry yang lepas..bersama Kak Wan, kak Wan sampai lambat bila mahkamah dan menangguhkan kes...baca juga di entry di blog Merah Hitam.


The 'strong and lovely ladies' I am with RPK di luar kamar Mahkamah..tak dapat masuk pun tak apa...baca juga di blog delCapo

Bersama Malik Imtiaz..peguam RPK juga peguam untuk kes Tahanan Reformasi ketika ditangkap bawah ISA juga di tahun 2001-2003


IT AIN'T OVER TIL IT'S OVER...diambil berhadapan Palace of JUSTICE

Tuesday, 24 February 2009

Kisah Pemandu teksi dan keperitan hidup....

Hari ini saya berehat-rehat di Jusco Taman Maluri sambil menantikan van saya diservis 100,000km..dah lebih had 103,000km sudah. Saya terlepas pandang...rasa macam baru diservis. Kebetulan semalam van tersebut buat hal, 2 kali enjin mati di tengah jalan yang sibuk di Kuala Lumpur...memang panic giller sebenarnya, hari ini pun saya bawa dari Gombak ke Cheras dengan hati tak henti-henti berdo'a dan bergantung sepenuh harapan kepada Allah agar kenderaan yang dipandu yang menjadi nadi kehidupan tidak meragam di atas jalan. Alhamdulillah, saya selamat sampai ke destinasi di Tan Chong Service Centre di Cheras, berdekatan dengan Jaya Jusco Taman Maluri.
Jika seharian semalam dihabiskan masa berada di mahkamah, hari ini menghabiskan masa berwi-fi di food court, sebelum menerima panggilan dari suami untuk tolong hantarkan kunci pejabatnya yang ada pada saya. Saya memilih mengambil teksi ke KL Sentral bertemu suami. Tambangnya RM6.70 ikut meter. Okayla kerana saya tidak mahu memenatkan diri turun naik STAR dan PUTRA.
Jumpa suami serahkan kunci terus plan nak balik semula ke Taman Maluri menaiki teksi juga. Tidak tahu pula saya yang dari KL Sentral, kita perlu membeli kupon untuk menaiki teksi yang bermakna, tambangnya adalah fixed mengikut destinasi. Suami mengambil teksi ke pejabatnya di Taman Desa, fixed fare RM9...okayla sebab dia boleh claim dari company. Saya pula bila ditanya fixed fare ke Taman Maluri ialah RM12.00 bermakna hampir sekali ganda lebih mahal!....saya menarik diri dan berfikir banyak kali sambil berlegar sama ada hendak menaiki teksi atau turun naik LRT dan STAR dan berjalan lagi dalam panas terik....tak sanggup pula saya berpenat lelah sebab kesihatan pun tidak berapa mengizinkan....Jadi saya memilih menaiki teksi....bayar RM12.
Sebaik melangkah menaiki teksi, semerbak bau minyak angin!!!...Driver teksi ramah bersembang dengan saya mengenai cuaca yang amat panas pada hari ini. Katanya dia sebenarnya tidak sihat dan demam, namun terpaksa juga menguatkan diri untuk terus bekerja semata-mata untuk mencari rezeki.
Patutlah teksi semerbak dengan bauan minyak angin.
Pakcik Teksi bertanyakan kepada saya sekiranya saya tahu jika ada Bank Islam di sekitar Taman Maluri, saya maklumkan yang saya hanya tahu ada Bank Islam di Taman Melawati dan Selayang. Katanya dia punya dua orang anak yang bersekolah, seorang buat nursing di Kolej Nursing milik Kementerian Kesihatan dan seorang lagi membuat kursus pelancongan di Politeknik, tiada nada riak di suaranya cuma kedengaran suara yang mengeluh panjang tentang keperluan kewangan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak.
Beliau mengeluh yang banyak wang yang perlu dikeluarkan setiap masa. Dia sedang mencari Bank Islam untuk memasukkan wang RM100 kepada anak sulongnya untuk perbelanjaan kolej, sehari sebelumnya beliau mengeluarkan wang untuk membeli buku anaknya yang agak mahal.
Saya mengiakan setiap perbualan yang keluar dari mulutnya dengan hati saya merasa insaf akan keperitan yang perlu dilaluinya...beliau memilih bekerja sebagai pemandu teksi dan meninggalkan isteri dan anak yang lain di kampung di Terengganu...beliau menyimpan hajat untuk pulang dan settle di kampung suatu hari kelak.
Saya juga terdengar perbualan beliau dengan anaknya di telefon.."Ye la, Along, petang sikit abah masukkan duit tu ke dalam akaun Along, tak de buku bank lain ke, susah nak cari bank islam..ye la abah akan masukkan".
Beliau juga melahirkan rasa kerisauan sekiranya wang yang diberikan dibelanja di jalan yang lain selain dari untuk pelajaran, namun saya meyakinkannya lebih-lebih lagi bila dia menyebut anaknya sering mendapat pointer 3.7..InsyaAllah, moga anaknya tidak mengecewakan penat lelah seorang ayah yang terpaksa mengenepikan kesenangan diri dan kesehatan maupun waktu rehat demi mencari rezeki untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang bakal menjamin masa depan mereka.
Saya benar-benar insaf, sedih dan terharu. Saya sendiri terkenangkan perit jerih ayah dan ibu saya sendiri yang membesarkan 11 orang anak-anak dengan pendapatan yang tidak tetap dan menentu....Saya masih ingat kata-kata ibu saya kepada saya..."setiap kali Ta telefon cakap pasal duit, kalau Ba tengah makan terus berhenti makan dan akan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan anak-anak".....sedih...sayu..teharu...Moga Allah membalas segala jasa ibu dan ayah yang membesarkan kita...dengan nikmat kehidupan di Syurga yang kekal abadi...
Kini kita yang punya anak-anak dan tidak berpendapatan tinggi dan tidak berharta sudah mula perlu memikirkan tentang keperluan pendidikan anak-anak sejak dari mereka di dalam kandungan lagi...
Saya juga jadi semakin marah dan tidak puas hati dengan setiap berita dan cerita yang didengari tentang bagaimana pemimpin-pemimpin yang berkuasa yang terus menerus membazirkan wang rakyat, memenuhi poket-poket mereka sendiri dan kroni-kroni mereka..meneima dan memberi rasuah....dan bermacam salah laku lagi tanpa menghiraukan nasib rakyat bawahan....
Rakyat bawahan terus menderita demi untuk terus mencari sumber kewangan untuk bukan sahaja kehidupan seharian malahan untuk menjamin kehidupan anak-anak yang membesar dalam persekitaran yang memerlukan kewangan yang banyak....
We have to unite...struggle, be part of the nation who struggle to make Malaysia a better place for ou future generation.....
Sesampai di hadapan Jaya Jusco, pakcik teksi memberhentikan teksi dan berpesan kepada saya untuk berhati-hati sewaktu berjalan di kawasan ini kerana ada banyak kes ragut terjadi...terharu di hati mendengar pesanan ikhlas darinya...dalam do'a saya panjatkan agar Allah merahmati dan mengurniakan rezeki buatnya.....Amin....

Monday, 23 February 2009

Dari Gombak ke Putrajaya ke Jalan Duta

Alhamdulillah...hari ini saya bersama Cikgu Laila telah berkesempatan untuk menghadiri dua sesi kes di mahkamah. Awal-awal pagi kami telah bertolak ke Putrajaya ke Palace of Justice, tengaharinya bertolak balik untuk lunch di Keramat AU2. Sebaik selepas solat zuhur kami bertolak pula ke kompleks Mahkamah di Jalan Duta...
Walaupun untuk ke dua-dua kompleks Mahkamah kami tidak dapat masuk ke court room namun kami tetap setia menanti memberi sokongan kepada dua orang pejuang tersohor dalam negara kini...pertamanya teh famous blogger Raja Petra Kamaruddin dan keduanya pula kepada the famous Menteri Besar of Perak.
Saya sedut kata-kata dari tulisan RPK di blog Malaysiatoday...Probably my last message to Malaysians
sprt kata RPK..bukan Abdullah Badawi yang meletakkannya ke dalam ISA...tapi Najib...Najib yang cuba memusnahkan semua tangan2 yang mungkin akan mengganggu peluang beliau memerintah negara kita.
Please continue your struggle to make Malaysia a better place for our future generation. This country belongs to them and it is for them that we struggle. For some of us, our time is already almost up. We do not have many years left. Many have gone before us. Many friends who started out with us in 1998 are no longer around. But they left this world in the hope that one day Malaysia will be the country that we dream it would be. And that, too, must be our dream.
Kata-kata inilah yang membuatkan saya begitu bersemangat dan looking forward untuk bersama memberikan sokongan dengan menyimpan niat untuk ke Palace of Justice pada hari ini...I want to be part of the people who struggle to make Malaysia a better place for our future genration.
Awal-awal saya telah sms pada cikgu laila yang kita akan pergi kalau tidak ada aral yang melintang.
Malam semalam pula sebelum meletakkan kepala di atas bantal, saya membaca pula lagi satu last message dari Raja Petra....One Nation of One People
Menariknya dia juga telah meletakkan wordings lagu ini...amat menarik, simbolik dan terkesan di hati...juga membakar semangat juang....
We are the World.........
Cukup dulu perkongsian buat kali ini...letih dan penat dengan stress akibat van yang dipandu dua kali meragam di atas jalan yang sibuk...berhenti, mati enjin tiba-tiba....di tol di elevated highway dan di Jalan Duta sebaik keluar dari Mahkamah...di waktu puncak sesak!!!...Alhamdulillah dapat remain cool dengan adanya wanita besi di sebelah...di waktu itu terasa sepenuh pergantungan hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan Berkuasa...
Di lain masa akan brkongsi dengan gambar-gambar yang sempat dirakamkan...

We Are The World

There comes a time
When we head a certain call
When the world must come together as one
There are people dying
Oh…and it's time to lend a hand to life
The greatest gift of all

We can't go on
Pretending day by day
That someone, somewhere, will soon make a change
We are all a part of
God's great big family
And the truth, you know love is all we need

[Chorus]
We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me

Oh…….send them your heart
So they'll know that someone cares
And their lives will be stronger and free
As God has shown us by turning stone to bread
So we all must lend a helping hand

[Chorus]
We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
Oh…..there's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me

When you're down and out
There seems no hope at all
But if you just believe
There's no way we can fall
Well, well, well, well, let us realize
That a change will only come
When we stand together as one

[Chorus: repeat as many times as you like till the cows come home]
We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me

Thursday, 19 February 2009

DETIK-DETIK HITAM DI PERAK

Sudah berhari juga saya tidak update blog....banyak isu-isu panas dan hangat yang berlaku di sekeliling...kehidupan boleh saja diteruskan seperti biasa tanpa mengambil kira tentang situasi politik semasa...


Semakin panas dan ganas...apa saja peluang akan digunakan untuk menjatuhkan lawan...

ISA kekal berkuasa...yang ditahan bertahun lamanya...anak isteri dan keluarga terus menderita...

Kini Najib semakin ingin memastikan ianya kekal berkuasa...

Bermulalah Constitutional Crisis dalam Negara...khususnya di Perak...walaupun kami bukan orang Perak namun isu di hadapan mata ialah isu umum yang berkait dengan kezaliman tahap tertinggi...merampas kuasa dan hak rakyat...sentiasa amat terkesan di hati kami...

Namun tak disangka...kami menjadi mangsa kezaliman pemerintah yang menggunakan semua sistem yang ada dalam pemerintahan mereka untuk menekan dan menakutkan rakyat..

Dalam satu perhimpunan aman di hadapan Masjid Ubudiah pada 6hb Februari 2009, suami sendiri tertangkap dan dipenjarakan selama 4 hari 3 malam bersama 8 orang wira rakyat yang lainnya...mereka disoal-siasat persis soal-siasat yang dikenakan ke atas tahanan ISA sehingga mereka merasakan yang mereka pasti tidak akan dibebaskan dan bakal dibelasah oleh UTK (unit tindakan khas) yang telah bersiap sedia ada di IPD Kuala Kangsar...Interrogation Officer mereka telah dipanggil mengadap ketua di Bukit Aman dan Putrajaya di hari mereka sepatutnya dibebaskan...

Banyak lagi peristiwa yang berlaku ke atas diri mereka selama dilokapkan...belum sempat berkongsi...malahan setelah mereka dibebaskan ada beberapa orang yang kehidupan mereka terus diganggu sehingga mereka terpaksa bersembunyi dan tidak tinggal di rumah sendiri.

Kehidupan kami suami isteri juga sedikit berubah terutama sekali dalam memikirkan tentang masa depan, kami perlu bersedia mentally dan physically...


Secara berterus terang, saya sering terfikir dan berfikir...berbaloikah dengan apa yang kami lakukan...hadiri protes aman tanda membantah kezaliman pemerintah...kemudian ditangkap, dipenjarakan...mentally being tortured, didakwa dimahkamah...diaibkan oleh TV dan Akhbar media arus perdana...akhirnya terpaksa melalui proses turun naik mahkamah yang entah bila akan berakhirnya....namun setiap kali persoalan itu menerjah ke kepala ada saja inspirasi dan motivasi baru yang Allah kurniakan untuk saya terus rasa strong dan yakin dengan apa yang dilakukan...

Jadi di sini saya link kan ke article yang dituliskan oleh Menteri Besar Perak yang SAH Datuk Seri Ir Nizar.....ianya boleh membuka mata kita tentang apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir kuning Istana..sehingga mencetuskan satu detik hitam yang pekat dan panjang dalam kehidupan kita rakyat yang prihatin dan dahagakan keadilan...bencikan kezaliman....

Baca entry ini di Detikdaily...saya yakin kesahihannya...DETIK-DETIK HITAM DI PERAK
sedikit petikannya di bawah:
vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.
Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Monday, 16 February 2009

Kezaliman ISA-8 Tahun Ditahan Tanpa Bicara dan masih menghitung hari dan waktu

Pada 12hb Februari 2009, 3 orang lagi tahanan ISA yang dikurung dan ditahan atas tuduhan menganggotai Jamaah Islamiyyah (JI) telah dikeluarkan dari KEMTA setelah dikurung bertahun-tahun tanpa dibicarakan. Baca kenyataan akhbar GMI di sini.

Salah seorang dari mereka ialah Suhaimi Mokhtar yang ditahan pada Disember 2001, bermakna telah 8 tahun ditahan dan dipisahkan dari ahli keluarga dan tidak pernah dibicarakan.

Saya berpendapat dan pasti Suhaimi adalah seorang bekas tahanan ISA yang sangat berani. Berani menegakkan maruah dirinya....berani mengatakan yang benar...berani, berani dan memang berani...semasa ditahan di bawah ISA beliau dan rakan-rakan membuat lakaran tentang kezaliman SB dalam menyoal siasat mereka...beberapa gambar-gambar tersebut ada di dalam beberapa entry di blog saya.

Kini setelah beliau dibebaskan beliau masih lagi berani mengeluarkan kenyataan seperti yang dicatatkan di dalam kenyataan akhbar GMI.

Ini adalah dua orang anak lelaki Suhaimi...mereka telah kehilangan kasih sayang seorang ayah dipisahkan dari ayah selama 8 tahun.

Suhaimi, when contacted, claimed that his release was not due to him being loyal to all rules and regulations set by Kamunting Detention Camp (Kemta) or the authorities, but it is due to the will of God. He was sad to think that there are several others who are also accused as members of JI, serving more or close to seven years, but are still in a state of uncertainty of their release.

Menarik betul kenyataan di atas...pembebasannya bukan kerana beliau tunduk dan patuh pada semua arahan SB dan Kem Tahanan Kamunting tetapi ianya adalah dengan IZIN ALLAH jua....kerana mereka telah ditahan dalam tempoh yang sangat lama tanpa dibuktikan apa kesalahan mereka..segala tuduhan ke atas mereka, selama mereka ditahan tidak pernah polis membawa sebarang bukti...kerana memang dasar zalim ISA ialah menahan seseorang tanpa dibicarakan...Menteri Dalam Negeri memegang kuasa penuh untuk menahan seseorang selama mana yang ia ingini...

Sekiranya kita di luar berdiam diri dan tidak mengenali mereka dan tidak ambil kisah hal mereka, mereka akan mereput di dalam tembok batu tersebut.

Bila kali pertama beliau hampir dibebaskan, oleh kerana hanya dia menyatakan bahawa ISA ZALIM dan tidak mengikut kehendak SB dia tidak jadi dibebaskan dan dibawa balik ke KEMTA...yeah..it's about time for him to be released....7 tahun, 8 tahun terlalu lama...mengapa simpan lama-lama...alasan apa dia dibebaskan sudah tidak penting lagi...

.......mahupun hanya untuk menyeksa, mendera dan mendenda keluarga Cikgu Norlaila juga ada kemungkinannya.. Kita memang tidak perlu tanya why and why and why suami Cikgu Laila belum dibebaskan lagi...kita hanya tunggu sahaja masa nya tiba... SB memang jahat...

Setelah 3 orang tahanan ISA iaitu Suhaimi Mokhtar, Zaini Zakaria dan Mohd Khaider dibebaskan, ada lagi 4 orang tahanan ISA atas tuduhan yang sama (JI) yang belum dibebaskan iaitulah:

1. Mat Sah B. Mohd Satray – Detained in April 2002
2. Shamsudin Sulaiman – Detained in April 2002
3. Zainon Rashid – Detained in June 2002
4. Dr Abdullah Daud – Detained in December 2001

Suami Cikgu Laila ialah Mat Sah Mohd Satray, Cikgu Laila pula ialah seorang isteri tahanan dan aktivis GMI yang lantang memperkatakan tentang kezaliman ISA. Hingga kini setelah berpuluh orang tahanan atas tuduhan JI dibebaskan sejak beberapa tahun lepas, 4 orang tahanan ini masih lagi merengkok di Kem Kamunting...seperti yang saya katakan hanya SB dan Menteri sahaja yang mempunyai alasan atas sebab apa mereka belum mahu membebaskan ke empat orang tahanan ini dan hampir 40 orang tahanan yang lainnya.


Pada hari Sabtu 14hb February 2009 Pemuda PAS Negeri Pahang telah mengadakan program Ijtima' Pemuda PAS Negeri di Jerantut...dengan tema khusus mengenai kempen Menghapuskan ISA. Yang Berhormat Saari Sungib di program tersebut telah menyatakan....ada lebih kurang 2000 orang SB di Malaysia dan lebih 100 orang yang dikhususkan untuk tahanan ISA...and YES...SB memang jahat kata YB

... Hanifa Maidin seorang peguam dan dari JK Undang-undang dan Hak Asasi PAS Pusat pula berkata...ISA ini memang SIAL...memang CELAKA..ya...untuk perkara zalim begini ...bila kita menyumpah dan keluar perkataan menyumpah sudah tidak salah lagi...memang SIAL memang celaka...apa nak dikata lagi...akta kuno yang wujud sejak berpuluh2 tahun dahulu...kini ianya telah disalahgunakan oleh Menteri dan pemerintah.

Kami sekeluarga Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA mewakili GMI ke majlis ini.

Alhamdulillah nampaknya Pemuda PAS Pahang khususnya masih bersemangat untuk bangun menentang ISA...malah mereka tanpa rasa takut dan kesian telah menghalau seorang SB yang selamba sahaja masuk ke dalam dewan membuat liputan, menyamar sebagai Pemuda PAS....siap pakai kopiah putih lagi... Ustaz Suhaimi Pengerusi Majlis...dengan tegas bertanya.."Awak siapa...awak dari mana...kalau awak polis, keluar dari sini segera"....berkali-kali dari atas pentas...hingga akhirnya SB yang tak tahu malu dan tak tahu adab telah pack barangan video camnya dan keluar dari dewan dihalau dari dewan.

... Begitulah niat jahat mereka...jangan beri muka..pesan YB Saari..jika SB call atau nak cakap2 dgn kita jangan layan..kerana ianya akan membawa padah buruk pada kita...

Cikgu Laila pula dalam ucapannya tadi telah membongkarkan bahawa telah ada 10 pasangan suami isteri mangsa tahanan ISA yang telah bercerai...sedih bukan..bila suami dibebaskan mengharap untuk bersatu semula dengan isteri dan anak-anak...namun perpisahan jua yang masih menghantui hidup mereka.. Cikgu Laila masih setia..masih kukuh berjuang..sudah tentu perlukan sokongan dari kita semua...Suaminya sudah menyediakan dirinya menjadi korban kezaliman ISA sekiranya menerima padah ditahan bertahun lamanya lantaran masih ada segolongan manusia di luar yang lantang membongkarkan kezaliman Menteri dan penguasa ISA..... Semoga Allah berikan kekuatan...

Sunday, 15 February 2009

“Three JI ISA Detainees Released”

GERAKAN MANSUHKAN ISA
PRESS STATEMENT
“Three JI ISA Detainees Released”
Saturday, 14 February 2009

1. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) was informed that three detainees who were detained under the Internal Security Act (ISA) accused to be the members of militant group Jemaah Islamiyah (JI) were released on Thursday, 12 February 2009.
The detainees were:
Suhaimi Bin Mokhtar – Detained In December 2001.
Zaini Zakaria – Detained in August 2003.
Mohammad Khaidir Khadran – Detained in April 2004

2. Suhaimi was detained for more than 7 years without trial. Zaini Zakaria, more than 5 years and Mohammad Khaidir for more than 4 years. Suhaimi, when contacted, claimed that his release was not due to him being loyal to all rules and regulations set by Kamunting Detention Camp (Kemta) or the authorities, but it is due to the will of God. He was sad to think that there are several others who are also accused as members of JI, serving more or close to seven years, but are still in a state of uncertainty of their release.

3. GMI welcomes the release of the detainees who were not proven guilty in any court of justice. We believe the release of the three is the results of persistent and continuous campaigns to demand for the release of detainees, the abolition of the ISA and the closing of Kemta. The “Free 6-years ISA detainees” campaign (Kempen Bebaskan Tahanan 6-tahun ISA) launched last year was also one of the main factors that catalyzed the process of their release.

4. GMI, however, believes the release is long overdue. The detainees have never been tried in an open court. Their alleged activities with JI have never been proven. In fact not a shed of evidence has been brought forward in the long period when they were detained. All in the name of national security.

5. GMI is annoyed by the conditional and selective release of the ISA detainees as there are four other detainees who are still being detained in Kemta for the same allegations. They are:

1. Mat Sah B. Mohd Satray – Detained in April 2002
2. Shamsudin Sulaiman – Detained in April 2002
3. Zainon Rashid – Detained in June 2002
4. Dr Abdullah Daud – Detained in December 2001

6. GMI wishes to highlight that besides the four remaining alleged JI detainees, there are currently 40 ISA detainees occupying the old blocks in Kemta. They are labeled by the Home Minister as Darul Islam (DI), Hindraf, Foreign Intelligence Agents and others.

7. In line with US’s move to shut down Guantanamo Bay Camp, GMI wishes to point out to the government that the ISA and the Kamunting detention camp in Malaysia is no better than Guantanamo Bay camp. Many are detained arbitrarily and without trial under the ISA for many years. Mental and physical torture existed. Calling for fair trial and release of the two Malaysian Guantanamo detainees, while on the other hand denying the rights to trial of detainees in our own country only exposes the government’s hypocrisy.

8. GMI reiterates that punishing or detaining people without giving them any opportunity to defend themselves is barbaric. Uncivilized laws that permit detention without trial goes against the principles of democracy and should be abolished.

9. All ISA detainees should be released or be charged in the courts. ISA should be abolished and Kemta should be closed.

Abolish ISA!
Release All ISA Detainees!
Close Down Kamunting Detention Camp!

Syed Ibrahim Syed Noh
Chairman

Friday, 13 February 2009

MB Ir Nizar saman Kerajaan Haram Perak‏ - Berita Bergambar


Melambai kepada orang ramai ketika sampai ke perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta


Di dalam bilik pentadbiran, di kaunter untuk file kan saman...menunujkkan kepada pemberita dan orang ramai..salinan saman tersebut.

Beliau memfailkan saman bernombor MK25-25-09 di bahagian Pendaftaran Rayuan dan Kuasa-kuas Khas di tingkat satu mahkamah tersebut.

Berucap dengan tegas ketika keluar dari mahkamah. setiap langkah dihentikan oleh pemberita.."Datuk Seri...Datuk Seri"

"Kita failkan saman ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (13 Februari 2009) untuk nyatakan pendirian kerajaan Pakatan Rakyat Perak bahawa kami dianiaya oleh Umno BN yang dipimpin oleh Najib Altantuya (Dato' Seri Najib Tun Razak)," kata Nizar selepas memfailkan saman ke atas Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat Jalan Duta.

Gemuruh tepukan dan sorakan orang ramai bila disebut Najib Altantuya...

"Umno/BN telah melaksanakan rampasan kuasa jadi untuk itu saya ambil tindakan mahkamah untuk menuntut deklerasi atau isytihar perintah bahawa saya adalah dari setiap masa dan material masih MB Perak," tegasnya.

Sebelum mengadakan sidang akhbar, Nizar sempat mengetuai bacaan doa di atas tangga tingkat satu Mahkamah Tinggi tersebut sambil diaminkan para penyokong.

Beliau juga membaca Do'a Qunut Nazilah dengan lantang dengan sambutan Ameen dari penyokong di tengah-tengah lobby Mahkamah.

Bergambar bersama, AJK GMI, Norlaila, Ummu Asiah, YB AHli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo, ketika YAB MB Perak singgah rehat di Pejabat Ahli Parlimen Tutiwangsa...mungkinYAB MB memberi semangat kepada OKT di Kuala Kangsar atas tangkapan yang berlaku.

Berjalan bergerak menuju Masjid Kampung Baru untuk Solat Jumaat.



Berjalan ke Masjid

Orang ramai yang membanjiri Masjid Kampung Baru sebaik selesai solat Jumaat untuk mendengar ucapan YAB MB Perak.


Mengambil peluang mengajak orang ramai menandatangani memorandum sokong bubar DUN Perak.

Maka kata Nizar, beliau hadir dengan ahli Exco dan Adun Pakatan Rakyat untuk meminta hak diberikan semula kepada rakyat Perak agar dibubarkan Dun Perak seterusnya menjalankan pilihan raya kecil Dun Perak.

Orang ramai berpusu-pusu memberikan sokongan
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!

Apakah Nasib 9 orang OKT???...Semoga Keadilan Tertegak

Semalam kami membeli semua jenis suratkhabar....Berita Hairan, Utusan Meloya, STAR, New Sraits Times dan SINAR. Kami cuma tidak membeli akhbar China dan Tamil.

Malam sebelumnya gambar dan nama semua OKT telah terpampang lama dan jelas di saluran TV Bernama dan TV3 (suku). Difahamkan semestinya juga ditayangkan di saluran lainnya juga.

9 orang WIRA negeri Pakatan Rakyat Perak bergambar sebelum memasuki kamar mahkamah

Suami yang keluar bermesyuarat pada malam tersebut menelefon saya beberapa kali dan bertanyakan sekiranya ada sesiapa yang menelefon saya atau ada apa-apa yang berlaku. Alhamdulillah tiada sesiapa yang menelefon dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Entah kenapa saya menjadi begitu stress sedangkan saya sendiri pernah melaluinya, dan pernah tinggal di lokap..Penjara Pudu selama 3 hari 2 malam pada 26hb Januari 2008. Saya juga ditangkap kerana menghadiri perhimpunan aman anjuran PROTES yang membantah kenaikan harga barangan terutama sekali harga minyak.

Berbincang dengan salah seorang peguam Yusnita

Bezanya antara ke dua -dua kes tersebut dan mungkin kes2 yang lain ialah ianya mendapat liputan yang sangat meluas di berita TV dan akhbar. Sebagai manusia biasa yang bergantung harap pada sumber pendapatan gaji bulanan dan bermajikan sedikit sebanyak perkara ini telah menganggu fikiran kami. Saya kuatkan minda dan sentiasa kata kepada diri sendiri...Allah adalah segalanya...tempat bergantung dan berharap.

Salah seorang Exco Kerajaan Negeri yang sah datang memberi sokongan bersama isteri.

Sebagai ahli Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, kami berdua mendapat sokongan dan bantuan yang hebat dari sahabat-sahabat JIM di mana sahaja, juga dari sahabat sekeliling. Setiap kali membaca e-mel atau menerima sms ucapan memberi sokongan dan bantuan, air mata saya mengalir laju.....saya tidak sedar yang kami akan mendapat sokongan yang sebegitu sehingga ada JIM Negeri dan Daerah telah membuka tabung bantuan yang dipanggil "Tabung Bantuan Guaman Bad Latif".....Alhamdulillah...Mungkin itulah hasil penghayatan " satu anggota badan sakit...seluruh anggota badan terasa sakit, cubit paha kiri, paha kanan turut merasakan kesakitannya"

2 orang lagi peguam, Charan Singh dan Augustine Anthony

Pada pagi hari Khamis, sms diterima oleh Bad dari rakan pejabat di syarikat tempat bekerjanya yang terdahulu. "aku nampak muka kau di STAR"...selepas itu kakak suami dari kampung pula menelefon...Asiah yang angkat telefon...terdengar perbualan dari Asiah..." Abah tengah tangkap gambar, lepas tu polis tangkap abah"

Suami dan Adi serius berbincang dengan peguam-peguam

Selesai bercakap telefon Asiah datang dan berkata.."Abah, Mak Ngah pesan Abah jangan pergi lagi demo, Abah kena kerja, anak-anak nak sekolah, nanti tak ada kerja. Mak Ngah risau".

Pulang dari sekolah petang tadi saya bertanyakan kepada Asiah ada tak sesiapa yang bertanyakan kepada Asiah tentang Abah.

Jawab Asiah ada, ibu, ibu ialah panggilan manja kepada guru matematiknya. Kata Asiah lagi.."ibu tanya abah dah balik ke belum, asiah kata dah. Lepas tu ibu kata...tak pe...abah Asiah kuat..pas tu Asiah kata pada ibu..Mak Ngah, Mak Cik, Mak Long Mak Itam semua risaukan abah. Ibu kata kat Asiah tak pe Abah kuat"

Straight from my heart....Ibu..."thank u for your support now and before". Ibu pernah offer untuk menjaga Asiah sekiranya saya ada hal....

Sebenarnya semasa suami di dalam penjara lagi saya telah menerima panggilan bertalu-talu dari adik ipar dan kakak ipar. Mereka tahu apabila melihat kelibat tubuh badan suami di berita TV3(suku), walaupun wajahnya ketika itu diblurkan, mereka masih kenal kelibatnya. Saya tidak mengangkat telefon setiap kali mereka menghubungi, kerana saya seolah tidak bersedia untuk menjawab.

Maka pada hari Khamis 12 hb Februari 2009 bersamaan dengan Hari Lahir saya yang ke 43, dan bersamaan dengan hari Syahidnya Imam Hassan Al-Banna, maka suami saya telah menjadi 'FAMOUS" seketika. Handphonenya berdering tidak berhenti. Ada sahaja rakan pejabat company lama dan kini yang menelefon. Tiap kali bercakap telefon diiringi deraian ketawa yang berdekah-dekah....kah...kah...kah...kah...kelakarla pulak jadinya....sedangkan di rumah oleh kerana ingin menyembunyikan tangisan saya dari dilihat oleh suami dan Asiah, saya masuk ke bilik mandi dan menangis sepuas-puasnya......
Sebaik keluar dari bilik mandi Asiah perasan juga muka umminya yang dah merah....sambil menjengok ke muka ummi Asiah bertanya lagi..."ummi nangis ke...nape ummi nangis"....jawab ummi..."ye la..semalam..Asiah dengan Ammar nakal, asyik gaduh saja, ummi marah,...ummi sedih la..."
Suami menelefon pegawai HR di syarikatnya bagi membincangkan tentang cutinya...minggu ini adalah minggu terakhir suami di syarikat terkini dan akan berhijrah ke syarikat yang baru. Pehawai HR memaklumkan kepada suami yang orang pertama yang membuka cerita tentang beliau muncul di TV dan akhbar ialah GM bahagian Legal...GM tersebut mengatakan.."It's okay...Bad is a HERO.."....kawan-kawan di pejabatnya mengatakan bahawa....kecoh satu office.."Bro...apa cita tu...GEMPAR ni office ni...."....ha...ha...tapi sayangnya ini adalah minggu terakhirnya di sana...belum tentu nasibnya di syarikat yang baru...Allah Maha Penolong.

Berita Hairan ms 7 "9 mengaku tak salah sertai demonstrasi"...tertera gambar mereka.
New Straits Times ms 10 "9 charged with illegal assembly at palace"..tertera gambar mereka.

STAR N8 "Nine claim trial to illegal assembly"..tertera gambar mereka.........

AND........treng...teng....teng....the best of ALLLL......mempersembahkan lakonan dari....UTUSAN MELOYA......DALAM NEGERI ms 7......

Tuduhan sertai perhimpunan haram semasa majlis angkat sumpah perlantikan MB Perak

9 PERUSUH tidak mengaku bersalah.
Begitulah lakonan di dunia yang fana ini. Di dalam kebanyakan akhbar dan TV juga menayangkan berita mengenai perhimpunan dan perarakan 2000(kononnya) Pemuda, Wanita, Puteri UMNO yang dikatakan pula sebagai AMAN. Polis siap mengiringi mereka. Tiada tangkapan dan tiada siapa yang dicari untuk ditangkap...di manakah keadilan????

Perhimpunan kami FRU dan SB yang mengiringi, bila sampai ke jalan depan masjid terus dirempuh dan ditembak dengan gas pemedih mata....siapa yang tidak marah, siapa yang tidak bengang...gas pemedih mata yang perit dan menyesakkan nafas. Bertubi-tubi peluru gas pemedih mata yang ditembak ke arah mereka yang berjalan secara aman, maka bermulalah episod 'peperangan' dengan FRU.

Mereka yang ditangkap pada hari tersebut ialah Meor Safizal Meor Mohamad Amin, Mohd Faiz Mohd Arshad, Zulhaizam Zulkifli, Isha Ridhuan Ishak, Bad Latif Mansor, Adi Hilme Mohd Nasir, Yusof Jaafar, Mohd Ismail S.M. Abdul Kadir dan seorang warga Indonesia Idris Mohd Taib berasal dari Indonesia.

Mereka semua dihadapkan ke mahkamah sesyen Kuala Kangsar. Hakim pada hari itu ialah Hakim Norsalha Hamzah.

Tuduhan pertama ke atas mereka "menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang iaitu menentang satu proses perundangan upacara perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak". Tuduhan kedua dan pilihan ke atas mereka ialah "menjadi anggota satu perhimpunan haram dan mengingkari perintah bersurai yang diberikan oleh polis"

Hukuman bagi tuduhan yang pertama ialah mengikut s145 Kanun Keseksaan (akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hukuman untuk tuduhan kedua ialah mengikut s27(4) Akta Polis, hukuman denda RM2000 hingga RM10,000 dan boleh dipenjara tidak lebih dari setahun.

Mereka semua sebulat suara mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Hakim Norsalha menetapkan tarikh 13 hingga 17hb April ini untuk dibicarakan.

Mereka semua diwakili oleh 5 orang peguam. Dalam prosiding tersebut Timbalan Pendakwaraya (DPP) memaklumkan kepada mahkamah bahawa kesalahan yang mereka lakukan tidak dibenarkan ikat jamin, dalam kata lain mereka perlu terus dipenjarakan. Peguam Agustine Anthony yang mewakili OKT telah bangun menyatakan bahawa ikat jamin RM500 adalah sesuai kerana dirujuk kepada kes yang serupa yang berlaku di Selangor iaitu kes Hindraf di mana tuduhan ke atas mereka adalah lebih berat "attempted murder". Dalam kes ini pihak peguam OKT berjaya berbincang dengan Peguam Negara dan juga pihak polis untuk mengurangkan bail ke atas mereka kepada RM500.

Namun pihak DPP yang diketuai oleh Othman Abdullah telah bangun membantah dan memohon mahkamah meletakkan jaminan sebanyak RM1,500 dengan dua orang penjamin. Beliau turut mengarahkan semua OKT menyerahkan dokumen perjalanan jika ada. Hakim begitu bertegas dalam hal ini dan bertanya dengan keras dan tegas..."siapa yang ada passport, ini Mahkamah sila bercakap benar jika ada"..wow!!!!!!..hebat dan dahsyat....ahhh...siapa la yang nak melarikan diri dari tanah air sendiri......????kami bukannya ada duit berlonggok di luar negara!!!!!..nak bayar ikat jamin pun mendapat bantuan dari sahabat dan Jamaah.

Hakim Norsalha mengambil masa beberapa lama untuk membaca keputusannya. Semua yang hadir berdiam diri...kemungkinan masing-masing berdo'a kepada Allah untuk memudahkan segala urusan....

Akhirnya Hakim membacakan keputusannya...."mengambil kira ketenteraman awam dan keadaan semasa........mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM4000 seorang dan dua orang penjamin, dokumen perjalanan perlu diserahkan dan......tidak dibenarkan menyertai mana-mana PERHIMPUNAN HARAM"...TITIK...NOKTAH...FULL STOP!!!!!

And....DPP juga menyatakan bahawa pihak immigration akan dimaklumkan agar mereka tidak boleh memperbaharui passport mereka atau ke luar negara kecuali dengan perintah!!!!!....

Wow.....terlopong semua orang...how come????....how come Mrs Hakim meletakkan wang jaminan lebih tinggi dari apa yang dipohon oleh DPP...berganda tingginya.....macamana boleh jadi begini...dalam ilmu perundangan yang kosong dan sedikit pengalaman di mahkamah, saya belum pernah mendengar hakim meletakkan wang jaminan lebih tinggi dari apa yang dipohon oleh pihak pendakwaraya...mengapa pula mengambil kira ketenteraman awam. hakim juga menolak fakta yang diberikan oleh peguam yang merujuk kepada beberapa kes di Selangor dan di Kuala Lumpur...dan menyatakan ini adalah PERAK..khusus untuk Perak....

Sabar dan terima hakikat dan tanya dalam diri anda....di manakah keadilan, mungkin keadilan dapat tertegak...mungkinkah ada unsur-unsur tekanan keatas pihak Mahkamah yang dibawah kuasa pemerintah...Sultan?????......kami yang hadir juga dapat merasakan yang Hakim berada dalam keadaan emotional dan tertekan.....Hakim ini jugalah yang akan mendengar perbicaraan kes pada 13-14 April nanti...mungkinkah keadilan dapat ditegakkan....
Apakah nasib 9 orang OKT ini?????

94:5 Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Kadangkala sejak beberapa hari ini saya terfikir....selama ini dengan bantuan sahabat-sahabat yang prihatin khususnya dari GMI, kami membantu keluarga tahanan ISA, saya mendengar masalah mereka, cuba menjadi pendengar yang baik...kalau mereka memerlukan wang kami di Pusat Sokongan Keluarga cuba menyelesaikan keperluan dan permohonan mereka sedaya upaya.
Kini apabila masalah yang ini baru sahaja timbul saya sudah mula resah, gelisah dan sedih...isteri-isteri dan keluaraga tahanan ISA telah melaluinya bertahun lamanya dan belum tentu bilakah akan berakhir.
Entah kenapa saya begitu sedih...sebenarnya saya sedih lebih kepada terharu dengan sokongan dan dorongan dari kawan-kawan jauh dan dekat. Banyak sms dan emel yang diterima.
Petang tadi balik dari sekolah, Asma' pula yang bertanyakan kepada saya.."tadi ummi nangis ye..Asiah kata ummi nangis..nape ummi nangis"..
Asiah pula yang menjawab.."ummi kata sebab Asiah nakal"..
Ummi..."Tak lah...ummi tipu...sebenarnya...ummi terharu..."
Asma'..."terharu tu apa ummi"
Ummi.."ye la..ummi terharu sebab kawan-kawan semua baik-baik tolong do'auntuk ummi dan abah."
Sesungguhnya saya dan suami terharu benar-benar terharu...
Saya kongsikan beberapa emel dan sms yang kami terima...bukan berniat untuk menaikkan diri sendiri dan sombong cuma ingin berkongsi kehangatan ukhhuwwah fillah...
Emel 1.
Salam..
Buat akhi,ana mewakili Karisma Daerah Gombak mengucapkan syabas dan tahniah diatas kegigihan akh melalui ujian Allah ini.
Kami mendoakan moga Allah menguatkan hati akhi sekeluarga buat melalui ujian ini.
Perjuangan kita masih panjang dan akh telah melalui satu ujian lokap dunia untuk melalui ujian2 lain yg lebih mencabar
Kita percaya sebagai dai' dunia adalah medan ujian dan di syurga insyaAllah kita berehat.
Wassalam
Emel 2:
Assalamualaikum wbt,
Perjuangan Bad dan Nashita sekeluarga menjadi peransang kepada kami di Perak. Wanita JIM KK begitu bersemangat mengiringi Nashita semalam. Memerlukan kekuatan dalaman untuk bersama Nashita apatah lagi dikelilingi FRU dan polis. Sudah tentu kekuatan dalaman terserlah pada Bad dan Nashita. Moga Allah swt mengurniakan kepada kita semua untuk terus berjuang dengan BERANI.

Begitu juga sumbangan kewangan bagi meringankan bebanan juga dapat dibuat dalam masa singkat. Infaq sahabat semua yang diterajui oleh Dr. Mokhtar, SU JIM Perak amat saya hargai. Ir Megat menjadi penjamin kedua bagi Sdr. Bad turut bersama walau pun baru balik dari cermah Palestin di PJ dan sampai subuh tersebut.

Sesungguhnya perjuangan Bad dan Nashita bersama rakyat perak di Kuala Kangsar pada 6hb Feb 09 penuh dengan hikmahnya yang hanya Allah swt mengetahuinya.

Yahanis
JIM Perak
Emel 3:
Salam.
Semuga Allah memberi ganjaran kepada enta dan keluarga atas setiap kesukaran yang di hadapi untuk menegahkan yang Hak.

94:5 (Malay) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
94:6 (Malay) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
94:7 (Malay) Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
94:8 (Malay) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Ada apa apa ana leh tolong?

Wassalam

ARAH
SHUQAIQ KSA
sms dari Kak Animah Ferrar:
Yeah,Nash, itulah pahit manis perjuangan tulen-yang pahit amatlah pahit, dan yang manis itu terlalu manis. Ketahuilah Allah akan pastikan setiap orang pejuang itu ada penyokong dan pembantunya, kadangkala yang tak sangka sama sekali!
dari teman blogger..
"it's okay to cry yesterday & today. We'll smile tomorrow & thereafter. InsyaAllah"......
dan banyak lagi yang tak sempat dikongsikan....di lain kali InsyaAllah....
Saya menghantar sms ini kepada kawan-kawan.."now i know, I am not strong at all. I cried everytime I received sms and wishes. But now we r laughing our heart out sbb nama bad disebut2 dari bibir ke bibir dari hp ke hp lepas keluar news and papers..kah..kah..kah.."
Kami hanyalah pejuang kerdil.....

Wednesday, 11 February 2009

9 O.K.T. PERTAHAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK DIDAKWA...ALLAH SAYANG KITA

Jam 3 pagi saya terjaga dengan bunyi sms dari handphone...dari sahabat saya si MERAH HITAM
"By 4am u r suppose to wake up. 4.30am u dah patut keluar, n subuh kat hiway. Sepanjang jalan banyakkan do'a moga Allah mudahkan urusan. At least u lalui semua ni dgn Bad..moga ujian ni menambahkan lagi kebahagiaan...I dulu keluar sebelum subuh, berteman Suhaib yg baru 9 thn. It was horrible dgn keta 2nd hand yg pernah rosak d hiway...after 7 years, sekarang I masih berteman Suhaib membelasah hiway utk ke kemta..semuanya demi sebuah perjuangan menuntut keadilan yg Allah kurniakan pd kita hambaNya, tetapi telah dinodai oleh UMNO yg zalim tu..keep ur spirit up."
Kami sampai di rumah jam 6.30 ptg..kami bertolak ke Kuala Kangsar jam 4.50 pagi.
Petang tadi dalam perjalanan balik dari Kuala Kangsar ke Gombak, suami menerima panggilan telefon dari rakan kerja..."aku tengok kau di Berita Bernama, apa kau dah buat?"...lebih kurang begitulah bunyinya....
Pagi tadi semua O.K.T (Orang Kena Tahan)..didakwa di mahkamah.....ceritanya kemudian....
Malam tadi saya glued diri saya di depan TV...jarang sekali menonton TV...tengok berita Mandarin di 502...tertera gambar suami beserta 8 O.K.T yang lain..tak faham apa yang disebutkan tapi sendiri mau faham la..
Pukul 8 tuned to 502 lagi dan 103...sah...terserlah...DIDAKWA...siap gambar dan nama....
Petang tadi suami tanya saya..."ummi....macamana...??"
Saya..."nak buat macamana...kita terima lah..kita sedar apa yang kita buat...kita ambil one thing at a time..."
Suami saya..."ALhamdulillah..."...
Saya sendiri ada satu dakwaan di mahkamah juga atas tuduhan menyertai perhimpunan haram ...Moga Allah lindungi kami berdua...kami cuma benci melihat kezaliman yang bermaharajalela...kami mahukan keadilan....
Suami baru didakwa...belum lagi disabitkan kesalahannya......namun sikap yang ditunjukkan oleh Hakim tadi mungkin boleh membuktikan yang terdapat 'Dark Cloud'....namun sebagai Hamba Allah kita yakin dengan Allah...
Siang tadi setelah penghakiman mengenai dakwaan dan jaminan saya telah menghantar sms kepada rakan-rakan, saya mendapat balasan yang membuatkan saya kuat dan boleh tersenyum...
Buat masa ini saya kongsikan sms dari Ustazah Nuridah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
"Memang dah agak dah, kena sabar, Allah bersama kita, jika kita sabar dan benar, Allah sayang kita. DIA mahu kita hanya bergantung kepadaNYA."

Tuesday, 10 February 2009

"Ya Allah macamana ni..." OKT di hadapan Masjid Ubudiah

Alhamdulillah...

Kami sekeluarga telah selamat sampai kerumah lebih kurang jam 11 malam semalam..setelah berhenti di beberapa tempat. Suami saya yang ditangkap oleh polis di perkarangan Masjid Ubudiah ketika beliau sedang mengambil gambar seorang orang awam yang lain ditangkap dan dibelasah oleh polis ala-ala gusti dan wrestling..lihat gambar di blog ini.. ...9 orang yang ditangkap telah dimasukkan ke dalam lokap untuk tahanan reman selama 4 hari 3 malam...

Abah Asiah keluar selepas Majistret membuat keputusan membenarkan tahanan reman dilanjutkan sehari lagi...memberikan pesanan kepada ummi asiah

Jazakumullah hu khairan kathiran kepada semua sahabat-sahabat yang telah datang berjumpa kami di IPD Kuala Kangsar, di Mahakamah di kedai makan dan juga di rumah Saudara Adlan Yang Dipertua JIM Kuala Kangsar dan di mana saja.

Bakar dan Zahir berbincang dengan peguam yang datang mengorbankan hari cuti panjang mereka. Ada dua orang peguam yang tergesa2 datang dengan hanya memakai t-shirt dan slipper kerana mereka sedang berThaipusam...begitulah komitmen peguam Pakatan Rakyat tanpa sebarang caj!!!!

Saudara Zahir sekeluarga dan Saudara Abu Bakar sekeluarga yang menolong sepanjang perjalanan, Cikgu Laila melalui alam cyber.

Ketua Wanita JIM Ipoh dan Kuala Kangsar.

Juga kepada semua yang turut mendo'akan dan menyampaikan ucapan, Ketua Wanita JIM Pusat, Dr Har..terima kasih juga atas do'a dan ucapan..Alhamdulillah..ramai sekali akhwat yang datang ke IPD Kuala Kangsar.

Sudah tentu saya tidak dapat mengingati semua nama dan tidak dapat menuliskannya di ruangan ini...namun semuanya amat terkesan dihati..........

Rasanya perjalanan perjuangan yang ini mungkin panjang dan akan menjadi perit...saya tidak mendo'akan namun mungkin hakikat yang perlu saya dan keluarga mula meletakkan dalam minda kami.

Semalam saya telah bersms dengan peguam Lateefa Koya berkenaan kes kami termasuk Cikgu Laila dan anak kami Ammar yang ditangkap di Dataran Merdeka sebulan yang lepas. Sepatutnya kami perlu pergi ke IPD Dang Wangi pagi ini kerana kami dilepaskan dengan jaminan polis.

Jawab Lateefa.."tak perlu pergi"..lega juga..

Namun saya tanya lagi Lateefa, bagaimana dengan kes suami saya yang juga being released on police bail dan perlu melapor diri di IPD Kuala Kangsar Rabu esok jam 8.30 pagi...jawaban Lateefa membuat saya sugul sebentar...namun cepat-cepat saya kuatkan semangat.

Kata Lateefa..."Yang tu lebih serius....kemungkinan charge"...

InsyaAllah esok kami akan ke IPD Kuala Kangsar dan perlu ada di sana pada jam 8.30 pagi.

Peristiwa penangkapan kali ini penuh dengan drama..saya tidak layak untuk menyamakannya dengan apa yang berlaku kepada pejuang Islam di bumi Palestin ataupun pada seluruh keluarga tahanan ISA, namun kami kini sedang berada dalam state of uncertainties...

Mereka digari dan dirantai amp;@%...seramai">seperti..@#$&@%...seramai 7 orang sekali...sukar untuk bergerak..balai polis dan lokap hanya di seberang jalan!!

Ianya sudah mula jelas apabila mereka ditangkap dan tidak dilepaskan..di bawa ke mahkamah pada hari cuti, polis memohon tahanan reman hingga 4 hari, peguam berjaya memohon kurang ke 2 hari.

wah....siap dengan rifle mengawal

Majistret mengarahkan agar mereka dibebaskan pada jam 4 petang hari Ahad, maka kami sekeluarga bersama Saudara Zahir sekeluarga telah pulang ke rumah dan merancang untuk bertolak pada hari Ahad jam 11 pagi.

Kami bertolak dari R N R Sg Buloh jam 11.30, bersama 3 buah kenderaan, Keluarga Zahir, Keluarga Abu Bakar dan saya dan anak-anak.

Dalam perjalanan lebihkurang jam 12 tengahari saya menerima panggilan dari no yang tak dikenali, rupanya dari suami.

"Ummi, polis dah bawa kami ke court, polis nak minta sambung tahanan reman. Cepat minta lawyer datang"

... Ya Allah...tak tahu nak explain macamana perasaan saya semasa itu...sekuat manapun...air mata sudah pun mengalir deras dan laju...

....anak di sebelah Asiah terlihat.."ummi nangis ke,.."


Cepat-cepat capai telefon dan menekan no kak Ruby isteri Zahir..Van mereka betul2 di hadapan Van saya, dan Van Bakar pula betul-betul di belakang van saya..kami memandu dalam keadaan begitu sepanjang highway sehingga sebelum menerima panggilan dari Bad.

Kemudian Van Zahir dah mula hilang dari pandangan kerana saya telah mula memperlahankan pemanduan.

Ah...kak ruby tak angkat telefon pulak....cuba pula dail Norzitah isteri Bakar...juga tak berangkat...

"Ya Allah...macamana ni..."....sementara saya menekan-nekan lagi no yang lainnya..Ammar cuba menghubungi Pakcik Bakar..Alhamdulillah dapat.

Terketar2 dan cepat2 saya mohon Bakar menghubungi Zahir.." Bad baru call, polis dah bawa mereka ke Mahkamah nak sambung reman, lawyer tak ada..cepat minta Zahir call sesiapa saja"..

Sebelah tangan tak henti mendail no sesiapa sahaja yang saya ingati dan sebelah tangan lagi di steering van.

Cuba pula call Lateefa, tak angkat juga, call pula Kulasegaran peguam di Ipoh, juga tidak berangkat, call cikgu laila..Alhamdulillah angkat..."tolonglah..call sesiapa, buat sesautu"..

...Call pula YB Lih Kang..Alhamdulillah dapat.."Lih kang, my husband just called....................please Lih Kang,please do something, please ask lawyers to be there fast..please..."...saya merayu sepuas-puasnya...

Kepala ligat memikirkan sesiapa sahaja yang boleh dihunbungi untuk memberi bantuan secepa mungkin...teringat pula teman blogger Labun Kulup Sakah...sama juga bunyi stress call saya kepada dia seperti kepada YB Lih Kang..dan sama juga jawaban mereka.."okay...okay.."

Alhamdulillah....seketika kemudian YB Lih Kang telefon dan mengarahkan saya menelefon suami segera dan memaklumkan yang lawyer telah dimaklumkan, Ustaz Asmuni yang akan membantu dan minta Bad infom court untuk tangguh hingga jam 2 petang.

Alhamdulillah syukur.. Cepat-cepat saya tekan semula no received call dari Bad tadi...dan saya pohon bercakap dengan suami saya iatu Bad Latif..

....terdengar dari corong handphone..:"Siapa Bad Latif...ini ada isteri nak bercakap.."

"Okay abang, Ummi dah cakap dengan Lih Kang, dia minta infom court untuk tangguh pada jam dua"

.... "Okay, memang court dah tangguh ke pukul 2"....Alhamdulillah..


Saya juga menerima panggilan dari blogger Kulup Sakah dan memaklumkan kepada saya yang teman-teman blogger di Perak termasuk Mat Saman Kati, juga sudah dimaklumkan untuk menghebahkan kepada seramai mungkin dan beri pertolongan.

Selepas itu, kami bertiga kenderaan mula memecut dan memandu tanpa henti...sambil itu saya menerima pula panggilan dari Norzitah isteri Abu Bakar:

.."Akak okay ke..nampak van ke kiri ke kanan..biar saya yang drive so akak boleh buat phone calls.."..."tak pe-tak pe..dah okay...dah settle dah, InsyaAllah Kak Nashita okay and boleh drive."

Alhamdulillah, kami sampai di IPD Kuala Kangsar jam 1.30 petang ketika azan zohor berkumadang. Jalan keluar masuk ke IPD beserta Mahkamah Majistret telah diblock oleh Polis dan FRU. Hanya keluarga terdekat yang boleh masuk.


Saya dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga yang memang sudah setia menunggu sejak dari subuh lagi, bahawa mereka ternampak sekitar jam 12 tengahari, semua 9 orang OKT telah dibawa ke Mahkamah, apabila mereka turun dari van polis, mereka kelihatan berpakaian lokap!!!!!!.....t-shirt hapak dan berseluar pendek!!!!! dan sudah tentu bergari!!!!!....

Memang jelas polis berada dalam keadaan tergesa-gesa dan terdesak untuk memastikan bahawa mereka berjaya membuatkan semua OKT disambung tahanan reman selama 3 hari lagi!!!!.

Di dalam mahkamah saya bertanya kepada polis yang bertanggungjawab yang nampak baik tetapi sebenarnya dia ada banyak muka, not just two faces!!!..
"kenapa tak call atau inform lawyers??!!!"

Jawabnya.."kami dah call dari pagi...tapi tak dapat..."

Saya.."Habis tu kenapa tak call keluarga, saya, isteri dia kan ada...tengok suami saya call sekali saja..terus saya dapat hubungi peguam.."

.. Terus dia terdiam...dengan manis mulutnya berbicara.."sebenarnya kami pun tak mahu teruskan kalau tak ada lawyer, tak adil la untuk OKT'

dalam hati saya berkata...ciss...tak boleh percaya lansung polis ni!!!!

... Hhhmmm...ye lah tu...saya sambung lagi.."tolong jaga elok-elok ya...jangan sampai jadi macam kes Kugan"

Setelah dibebaskan suami menceritakan yang mereka sendiri apabila dibawa ke mahkamah telah memohon kepada majistret untuk menangguhkan kes reman mereka dan mereka mahukan ada peguam.

Alhamdulillah, Majistret mendengar permohonan mereka. Namun polis masih merasakan mereka akan menang hingga polis belanja OKT makan special!!!!!..

....bersambung...jika ada kelapangan...suami menceritakan pengalaman mereka disoal siasat oleh polis selama mereka ditahan di lokap 4 hari 3 malam...proses soal siasat yang membuatkan mereka telah prepare themselves for the worst....patutlah saya dapat melihat sedikit kelainan di wajah suami saya setiap kali berjumpa di mahkamah...rupanya mereka mentally telah di torture...
Sama-sama do'akan untuk 9 orang yang kena Tahan..esok perlu melaporkan diri di IPD Kuala Kangsar.
Nota: sekiranya polis berjaya membuatkan majistret meneruskan kes tanpa kehadiran peguam OKT, kemungkinan untuk tahanan dilanjutkan reman lebih lama adalah lebih besar lagi..dan tidak mematuhi hak tahanan untuk mendapatkan peguam