Wednesday 11 February 2009

9 O.K.T. PERTAHAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK DIDAKWA...ALLAH SAYANG KITA

Jam 3 pagi saya terjaga dengan bunyi sms dari handphone...dari sahabat saya si MERAH HITAM
"By 4am u r suppose to wake up. 4.30am u dah patut keluar, n subuh kat hiway. Sepanjang jalan banyakkan do'a moga Allah mudahkan urusan. At least u lalui semua ni dgn Bad..moga ujian ni menambahkan lagi kebahagiaan...I dulu keluar sebelum subuh, berteman Suhaib yg baru 9 thn. It was horrible dgn keta 2nd hand yg pernah rosak d hiway...after 7 years, sekarang I masih berteman Suhaib membelasah hiway utk ke kemta..semuanya demi sebuah perjuangan menuntut keadilan yg Allah kurniakan pd kita hambaNya, tetapi telah dinodai oleh UMNO yg zalim tu..keep ur spirit up."
Kami sampai di rumah jam 6.30 ptg..kami bertolak ke Kuala Kangsar jam 4.50 pagi.
Petang tadi dalam perjalanan balik dari Kuala Kangsar ke Gombak, suami menerima panggilan telefon dari rakan kerja..."aku tengok kau di Berita Bernama, apa kau dah buat?"...lebih kurang begitulah bunyinya....
Pagi tadi semua O.K.T (Orang Kena Tahan)..didakwa di mahkamah.....ceritanya kemudian....
Malam tadi saya glued diri saya di depan TV...jarang sekali menonton TV...tengok berita Mandarin di 502...tertera gambar suami beserta 8 O.K.T yang lain..tak faham apa yang disebutkan tapi sendiri mau faham la..
Pukul 8 tuned to 502 lagi dan 103...sah...terserlah...DIDAKWA...siap gambar dan nama....
Petang tadi suami tanya saya..."ummi....macamana...??"
Saya..."nak buat macamana...kita terima lah..kita sedar apa yang kita buat...kita ambil one thing at a time..."
Suami saya..."ALhamdulillah..."...
Saya sendiri ada satu dakwaan di mahkamah juga atas tuduhan menyertai perhimpunan haram ...Moga Allah lindungi kami berdua...kami cuma benci melihat kezaliman yang bermaharajalela...kami mahukan keadilan....
Suami baru didakwa...belum lagi disabitkan kesalahannya......namun sikap yang ditunjukkan oleh Hakim tadi mungkin boleh membuktikan yang terdapat 'Dark Cloud'....namun sebagai Hamba Allah kita yakin dengan Allah...
Siang tadi setelah penghakiman mengenai dakwaan dan jaminan saya telah menghantar sms kepada rakan-rakan, saya mendapat balasan yang membuatkan saya kuat dan boleh tersenyum...
Buat masa ini saya kongsikan sms dari Ustazah Nuridah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
"Memang dah agak dah, kena sabar, Allah bersama kita, jika kita sabar dan benar, Allah sayang kita. DIA mahu kita hanya bergantung kepadaNYA."

7 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..
jalan kemenangan pasti terbuka..

ummu asiah said...

Moga Allah berikan kekuatan untuk menempah kemenangan

AKUOKU said...

kak n n family pasti boleh melaluinya... anda berdua ada anak2 yg hebat. biarlah apa org lain mahu kata tapi yg pasti kita tahu dan yakin kita di jalan yg benar. jgn kita dilemahkan dng cakap2 org. lawan tetap lawan. Allah hu akhbar!!!!!!!!!!

Neeza Shahril said...

Allah mendengar doa orang yang dizalimi kak.. teruskan berdoa ya.. Allah maha mendengar..

Merah Hitam said...

ummu asiah,
Ini barulah pasangan "bagai pinang dibelah dua" sama cantek sama padan, sama berjuang dan sama-sama dah rasa tidur di lokap.....bukan senang nak dapat life partner macam ini tau.

Both of you shared the same feelin, ohhh how beautiful...

As like me, my husband dan 7 tahun dan masih merengkok di Kem Kamunting, tak dapat rasakan sangat keperitannya sebagai seorang yang telah dinafikan seluruh kehidupan normalnya.

Saya dan anak tunggal kami terpisah dari suami 7 tahun dan keadaan ini masih berterusan tanpa mengetahui bila akan berakhir... but I'm optimist,sinar keadilan akan menjelma jua suatu hari nanti....

So...lets us carry on with our struggle untuk meletakkan neraca keadilan ditempat yang sepatutnya (bukan di lambang BN yang warna biru tu...)

ummu asiah said...

neeza, sham and merah hitam,

reading all your comments membuatkan air mata mengalir keluar bagaikan air sungai yang tenang tanpa dipaksa...

sokongan kawan2..jauh dan dekat..walau hanya dikenali di alam cyber sahaja amat dirasai..

InsyaAllah ini baru permulaan...kita percaya dan yakin dengan Allah.apa saja yang ditakdirkan adalah untuk menambahkan iman dan membuatkan kita lebih dekat dan meletakkan seluruh pergantungan hanya kepadaNya.

alifmimyanun said...

lahh, akak rupe2nye salah sorang isteri. saye secare perbadi memang tidak bersetuju ngan 9 orang ni dan ratus2 yang lain. tapi nak buat macamane, itu tandenye mereke ni sayangkan kerajaan yang adil.

Tuhan sentiase bersame mereke yang sabar. dan sesungguhnye die mengetahui, tidak kite.