Friday 13 February 2009

MB Ir Nizar saman Kerajaan Haram Perak‏ - Berita Bergambar


Melambai kepada orang ramai ketika sampai ke perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta


Di dalam bilik pentadbiran, di kaunter untuk file kan saman...menunujkkan kepada pemberita dan orang ramai..salinan saman tersebut.

Beliau memfailkan saman bernombor MK25-25-09 di bahagian Pendaftaran Rayuan dan Kuasa-kuas Khas di tingkat satu mahkamah tersebut.

Berucap dengan tegas ketika keluar dari mahkamah. setiap langkah dihentikan oleh pemberita.."Datuk Seri...Datuk Seri"

"Kita failkan saman ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (13 Februari 2009) untuk nyatakan pendirian kerajaan Pakatan Rakyat Perak bahawa kami dianiaya oleh Umno BN yang dipimpin oleh Najib Altantuya (Dato' Seri Najib Tun Razak)," kata Nizar selepas memfailkan saman ke atas Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat Jalan Duta.

Gemuruh tepukan dan sorakan orang ramai bila disebut Najib Altantuya...

"Umno/BN telah melaksanakan rampasan kuasa jadi untuk itu saya ambil tindakan mahkamah untuk menuntut deklerasi atau isytihar perintah bahawa saya adalah dari setiap masa dan material masih MB Perak," tegasnya.

Sebelum mengadakan sidang akhbar, Nizar sempat mengetuai bacaan doa di atas tangga tingkat satu Mahkamah Tinggi tersebut sambil diaminkan para penyokong.

Beliau juga membaca Do'a Qunut Nazilah dengan lantang dengan sambutan Ameen dari penyokong di tengah-tengah lobby Mahkamah.

Bergambar bersama, AJK GMI, Norlaila, Ummu Asiah, YB AHli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo, ketika YAB MB Perak singgah rehat di Pejabat Ahli Parlimen Tutiwangsa...mungkinYAB MB memberi semangat kepada OKT di Kuala Kangsar atas tangkapan yang berlaku.

Berjalan bergerak menuju Masjid Kampung Baru untuk Solat Jumaat.



Berjalan ke Masjid

Orang ramai yang membanjiri Masjid Kampung Baru sebaik selesai solat Jumaat untuk mendengar ucapan YAB MB Perak.


Mengambil peluang mengajak orang ramai menandatangani memorandum sokong bubar DUN Perak.

Maka kata Nizar, beliau hadir dengan ahli Exco dan Adun Pakatan Rakyat untuk meminta hak diberikan semula kepada rakyat Perak agar dibubarkan Dun Perak seterusnya menjalankan pilihan raya kecil Dun Perak.

Orang ramai berpusu-pusu memberikan sokongan
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!

6 comments:

Neeza Shahril said...

tak tahu kenapa, bila tengok wajah MB Nizar, hati rasa tenang.. mungkin sebab nur di wajahnya terserlah..
semoga Allah bersama dengan orang2 yang benar kak N..

AKUOKU said...

pagi tadi baca entry kak n mcm org sedih sgt. alih2 petang ni punya entry bukan main lagi. anda bukan org biasa2... tapi mmg best jadi org luar biasa... paham2 dahlah ye tak tau nak susun ayat yg cantik2.

ummu asiah said...

neeza..

betul...betul...betul..

hati rasa ceria..bersemangat..

memang power dia cakap dan berkarisma..

lepas dia cakap bagi statement..terus dia kata.."ok, any questions'..dengan tegas dan confident sgt..disambung dgn gelak tawa dari semua orang, dia sendiri tersenyum..memang kesianla dekat orang perak ni...depa kena berjuang betul2 mempertahankan kerajaan yang sah.

ummu asiah said...

sham..

pagi tadi dan semalam sedih dan geram..lepas tu dapat semangat balik dari kawan2..lepas tu lagi semangat jumpa MB Perak..lagi semangat lagi bila dapat bergambar...tu yg tersengeh tu..

org luar biasa??..jangan yg menakutkan sudahlah ye....minggu ni abg bad cuti..lagi bersemangat..minggu depan dah keje..belum tentu bila dapat peluang mcm ni lagi..moga Allah terus beri kita kelapangan.

ABU LUQMAN said...

Salam Sejahtera dan Salam Ukhuwah dari Abu Luqman.
Semoga Allah memberikan kemenangan kepada Dato' Seri Nizar dan seluruh pejuang kebenaran.
Oh ya! Saya juga tinggal di Ampang -Jalan Ikan Emas,Kg. Tasek, Ampang Selangor.

ummu asiah said...

Abu Luqman..

Terima kasih sudi ziarah dan salam perjuangan dan ukhuwwah..

Ya..moga kita semua peroleh kemenangan yang dijanjikan ALlah.

Kami dah berpindah ke Gombak..berjiran dengan Markaz PAS di Tmn Melewar..setahun lepas di Bkt Antarabangsa..