Pendedahan!!!!..Rosmah:Jom Shopping RM600,000.00???
Susulan dari entry yang lepas Pendedahan siapa yang hilangkan enjin jet.
Seorang ahli parlimen PKR mendakwa individu yang tidak dikenal pasti menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.
Seorang ahli parlimen PKR mendakwa individu yang tidak dikenal pasti menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.
Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi tersebut, yang melanggar undang-undang.
Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.
Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.
laporan Malaysiakini.
Bukti bahawa wang sejumlah RM 600,000.00 telah dikirim kepada Rosmah isteri kepada Dato' Seri Najib Tun Razak didakwa oleh YB Tian Chua ada padanya. Cuma kita tidak tahu apa tujuannya wang tersebut dihantar kepada Datin Seri Rosmah Mansor ini....
Maka bak kata Zunar...kartunis ini mempunyai idea dan kreatif mencurahkan di atas kertas lukisan dan merujuk kepada minat yang ada pada Datin Seri Rosmah seperti yang sering didakwa maka terjadilah lukisan kartun seperti ini....
JOM SHOPPING!!!!!....di Dubai memangla best..tidak pernah lah saya ke sana...walau abah asiah ke sana setiap hujung minggu dari Abu Dhabi ketika ini..atas urusan kerjalah...kalau ada orang bagi duit banyak kat kami mahu saja ikut sekali pergi shopping...heaven khabarnya.....
Tapi saya tidak faham apa relevannya nama DEEPAK CARPET SHOP TU...saya pun buatlah carian...antara link yang terjumpa ialah laporan ini. 'Rosmah enggan layan 'pembohongan gossip'
Tapi saya tidak faham apa relevannya nama DEEPAK CARPET SHOP TU...saya pun buatlah carian...antara link yang terjumpa ialah laporan ini. 'Rosmah enggan layan 'pembohongan gossip'
Seperti di entry sebelumnya....pengacara majlis mengumumkan bahawa selepas selesai kartunis melukis pelawaan akan dibuka kepada penonton untuk meneka siapa di dalam gambar kartun yang dilukis...
Si kecil ini adalah anak penulis...dia dari awal lagi sudah berdiri di hadapan pentas mengamati lukisan...mungkin ada yang beranggapan bahawa ibunya telah lebih awal memberitahunya...tetapi hakikatnya tidak...cuma dia mohon 'confirmation' dari umminya...dari jauh dia membuat memek mulut "ROSMAH"....umminya pun mengangguk tanda setuju.
Sebelum dipanggil untuk menjawab...umminya bertanya..kenapa Asiah kata Rosmah...dia pun memberikan lah alasannya yang agak relevan dengan gambar tersebut....tapi biarlah rahsia...walau Kak Syifa' Zahir yang duduk di belakang tidak bersetuju dengan alasan Asiah...Kak Syifa' kata, sebab rambut dia....tapi semuanya betullah....(amaran: jangan ajar kepada anak anda..tapi mereka pun celik IT sekarang ni...celik segalanya..sebab semuanya terdedah di merata tempat..nak buat macamana???)
Soalan cepumas dari Pengacara Ronasina:
Nama Adik siapa: Asiah, tinggal di mana: Gombak
Pengacara: Jauh tu datang ke Kajang. datang dengan siapa: Mak...
Okay..siapa dalam gambar tu: Rosmah. Okay betul...siapa Rosmah?: Isteri Najib, Siapa Najib : Perdana Menteri Malaysia...
Yeayyyy....betul dapat hadiah Perak Darul Kartun...boleh buat koleksi....
(tulisan ini tiada maksud lansung untuk menaikkan anak sendiri..tetapi memang ianya terjadi dengan sendirinya)

Ini barisan peminat dan penyokong no 1 Gedung Kartun...selagi terdaya dan termampu kami datang beri sokongan...walau ada yang dah dengar dah lihat namun tak lekang dek panas .....yang hujung sekali lagilah sebab dia mewakili persatuan isteri-isteri konco gedung kartun...seorang lagi tak pula dapat diambil gambarnya oleh jurufoto...tapi sebuk mempromosi gedung kartun yang begitu laris dijual semalam...kerumun orang....
Peminat dari warga emas...siap duduk atas padang..Alhamdulillah...moga Allah terus beri kekuatan...
Peminat generasi muda...memang kelakar la tu.....
Ada lagi susulan.....album ketua konco gedung kartun dan artis-artis jemputan...apa yang cool apa yang tidak cool atau poyo!!!!....