Tuesday, 29 December 2009

Kemelut di Kelantan : Ya Allah Selamatkan Negeri Serambi Mekah

Artikel ini mula dikeluarkan di blog baganutama atas tajuk Nepotisma bakal menghancurkan tiang seri PAS ??? Apa peranan anda untuk menghentikan semua ini ??!!

Pedih dan sedih

Hati saya sebenarnya bersalut duka dengan kisah-kisah panas terkini yang berlaku di Kelantan, sedih dan pedih...tetapi siapa lah saya...namun saya seorang rakyat Malaysia yang mahu lihat sebuah kerajaan selain dari kerajaan BN dan UMNO terus berjaya memerintah Malaysia..dan Kelantan adalah satu-satunya Negeri yang berjaya bertahan lama..di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat...semua orang sayang Tok Guru, tak kira bangsa dan agama...

Namun kini semuanya seakan menjadi dan melalui satu episod mimpi ngeri sedih dan suram apabila tiba-tiba muncul watak seram yang selama ini mungkin cuma bayang-bayang di belakang semua senario yang ada...kini mereka muncul apabila dibangkitkan oleh orang disekeliling mereka yang sudah tidak sanggup melihat keadaan menjadi parah mungkin dan terus malap dan sirna akhirnya, seterusnya memberikan kesempatan untuk pihak lawan terus melenyapkan semua ketenangan yang sedia ada.

SELCATKAN

Anak-anak dan menantu....tidak berani untuk saya mengulas di sini...takut...sebab semuanya belum terbukti. Mungkin ada baiknya di SELCATkan isu PMBK di Kelantan. sebagaimana kerajaan Selangor melakukan ke atas anak syarikat negeri Selangor, kemungkinan bukti dah ada cuma hendak mencari penjelasan dan pendedahan. Habis semua terbongkar secara rasmi di dalam sesi SELCAT, bukan untuk memburukkan seseorang tetapi untuk mencari kebenaran yang terserlah.

NIK AMALINA

Akhirnya paling menyayat hati kerana saya juga wanita, seorang anak dan seorang isteri ialah apabila puteri bongsu Tuan Guru juga bangun mewarna gelapkan situasi semasa...sedih. Untuk Nik Amalina...kami semua sayangkan ayahanda mu..kami sayangkan negeri Serambi Mekah itu...peliharalah dirimu, peliharalah nama baik keluarga mu yang terkenal seluruh dunia...tiada siapa yang boleh menyekat anda untuk menulis di dalam dunia tanpa sempadan ini.......tetapi rupanya bila lagi banyak menulis secara tidak lansung lagi banyak yang terdedah mengikut persepsi setiap pembacanya.



PERJUANGAN ISTERI-ISTERI TELADAN


Saya terkenangkan senario isteri-isteri tahanan ISA sejak dari era Reformasi dahulu termasuk perjuangan Datin Seri Wan Azizah dalam membela dan memperjuangkan hak dan nasib suami mereka...Kak Aliza isteri Saari Sungib, Kak Zumrah isteri Ustaz Badrul Amin, Kak Marina isteri Raja Petra, Kak Fatimah isteri Pak Din, Bahirah isteri Ezam Md. Noor, Farah bekas isteri Lokman, Vasantha isteri Gobala Krishnan, Kak Ros bekas isteri Ghani Haroon dan ahli keluarga Tukar Tiub dan Tian Chua dan tidak dilupakan Cikgu Laila isteri Mat Sah dan semua isteri tahanan ISA yang berjuang..ooohhh...termasuk Sles Monira isteri Nik Adli bin Nik Aziz. Walaupun 3 orang dari mereka telah menjilat ludah mereka sendiri namun kenangan berjuang bersama dalam tempoh dua tahun hingga kini sungguh amat memberi kesan di hati untuk terus bangun berjuang untuk seluruh rakyat dan negara dan bukan hanya untuk diri sendiri.

PERJUANGAN RAKYAT

Perjuangan mereka menyemarakkan semangat perjuangan rakyat...sungguh manis perjuangan itu yang membolehkan semua rakyat yang turut merasai betapa suami-suami mereka ini tidak bersalah...mungkin juga tiada kaitannya namun wajar diberi perhatian dan penghargaan, bangunlah berjuang dan membela untuk membebaskan nasib suami yang dizalimi dengan sepenuh hati dan sesuci hati tanpa gangguan dan desakan dari sesiapapun tetapi atas rasa kesedaran yang tinggi pasti akan membuahkan kejayaan sebagaimana yang dapat kita kecapi sekarang..semuanya berjuang ke arah membina sebuah kerajaan yang lebih baik untuk rakyat dan bukannya cuba meruntuhkan sebuah kerajaaan yang baik yang sedia ada.

Membaca tulisan yang akhirnya diluahkan juga oleh Husam Musa walau mungkin telah lama dipendam menambahkan lagi resah di dada dan duka lara yang ada...walaupun ianya bukan secara khusus beliau tulis merujuk kepada apa yang berlaku di Kelantan..tetapi kita semua boleh membuat persepsi sendiri...

KERAJAAN DAN RAKYAT

Tajuk asal di blog beliau ialah Malaysia dan diri namun di dalam laporan Malaysiakini ditulis tajuk yang lebih sedikit sensasi dan direct Utamakan Keluarga Atau Kerajaan?

Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah pemegang kepentigan (stake holder) yang lebih penting daripada pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Ahhh...kita terus menerus menanti pengakhiran kepada episod drama yang sungguh tidak ingin kita lihat untuk terjadi 'in the first place'.

Moga mimpi ngeri ini segera berakhir..dan anak menantu jangan lagi menambah luka-luka yang sedia ada dan bernanah ini.

TUAN GURU NIK AZIZ DAN ALLAHYARHAM USTAZ FADZIL NOOR

Tuan Guru Nik Aziz adalah milik umat dan bukan hanya milik keluarga sebagaimana juga Kelantan juga adalah milik seluruh rakyat Malaysia..bilamana ianya sedang merasai sakit seluruh pelusuk rakyat yang cintakan sebuah kerajaan rakyat merasai derita dan sakitnya...peliharalah ia dengan sebaiknya..

Secara tiba-tiba juga saya teringatkan tentang Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dan anaknya Muna Izzah...saya teringatkan akan satu rencana yang pernah ditulisnya. Anak-anak yang diharapkan terus menerus menjaga dan memelihara nama baik keluarga yang terhormat.

Dan kepada Baba biar bertahun lagi hidup kami di dunia ini ,dirimu tidak pernah kami lupakan dan setiap detik baba ada dalam jiwa kami dan pasti kami berdo'a kita dapat berkumpul bersama seperti dahulu untuk berjumpa Allah di akhirat sana. AL Fatihah. baca di sini

No comments: