Mempromosi Album 'DRUR' di Majlis Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM PPWN dan PPN
Sebelum bergerak ke isu kes OPS BUBAR DUN PERAK yang akan disambung bicara pada 7 - 9 hb Disember ini ingin saya berkongsi sedikit pengalaman bermusafir ke Kuala Kangsar bersama team Gerakan Mansuhkan ISA selama dua hari di sana.
Team ini terdiri dari YB Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang dan juga bekas tahanan ISA) bersama keluarganya, Kak Aliza, anak-anak Muhallab, Zilal, Wasilah dan cucu Said (1thn). Ditambah berseri lagi dengan kumpulan sokongan yang terdiri dari Cikgu Laila, Nashita dan anak-anak Anas, Ammar , Asma' dan Asiah.
Kali ini kami ke Majlis Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional Jamaah Islah Malaysia yang berlansung pada hari Jumaat di Kolej Islam Darul Ridzuan. Temanya pada tahun ini ialah "Memacu Iltizam Mendepani Cabaran Penegakan Syariah'. Kami hadir sebagai tetamu mewakili Gerakan Mansuhkan ISA.
Sebagai ahli JIM kami terharu dengan sokongan tidak berbelah bagi kepada segala aktiviti kami di dalam GMI. Kami mendapat satu ruang untuk membuka gerai. Kami mengambil kesempatan menjual Album CD 'DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT'. Album ini adalah pengesahan perjuangan rakyat. GMI telah menyumbangkan sejumlah wang untuk pembikinan Album ini, maka kami bertanggungjawab memasarkan album ini kepada rakyat. Bukan sahaja untuk mendapatkan semula pulangan hasil dari sumbangan namun yang lebih amat penting ialah agar mesej perjuangan ini sampai kepada rakyat lebih-lebih lagi kepada ahli-ahli JIM yang sentiasa dekat dengan perjuangan menentang kezaliman khususnya kezaliman ISA.
Di sebelah malamnya pula sama seperti di majlis PPWN yang sebelumnya, kami akan memohon satu slot untuk mempromosi aktiviti GMI. Namun kali ini YB Saari membuat kejutan dengan mengajak anak muda Hafiz Bai untuk sama-sama membuat persembahan dan mendendang lagu dari album tersebut. YB Saari kata dia pun sanggup naik ke pentas dan sama-sama hanya 'miming'...kami semua setuju. Kami memilih 2 lagu, ISA dan Syuhada' Memali.
Maka terjadilah satu persembahan tergempar dan mengejutkan dari kami bersama Hafiz, Cikgu Laila dan anak-anak naik ke pentas dan mempersembahkan 2 lagu tersebut!!!...tetapi YB Saari tidak hadir kerana terlalu keletihan mungkin...pandai YB Saari memberi semangat untuk kami buat satu persembahan yang mengejutkan...
Pada keesokkan harinya sekali lagi kami hadir sebagai jemputan mewakili GMI pada majlis pembukaan PPN Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM dengan tema, "Membina Permuafakatan Ummah Alam dilimpahi Rahmah". Nama aktivis GMI dan GMI disebut oleh Tuan Haji Nahar Md Nor di majlis kata-kata aluan Setiausaha Agung JIM.
"Pendirian tegas menentang kezaliman dalam isu penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama ABIM dan ASASI dalam reformasi, cergas dalam GERAK, penahanan Presiden kita dibawah ISA, penglibatan dalam penubuhan PKN dan seterusnya peranan kita di dalam GMI melonjakkan JIM di kalangan aktivis masyarakat" sedikit sedutan teks ucapan Presiden JIM, Tuan Hj Zaid Kamaruddin.
Alhamdulillah, pengiktirafan diberikan kepada ahli JIM yang terlibat di dalam ruang dakwah dan aktiviti sosial di ruang luar dari JIM.
Alhamdulillah, kami berjaya juga menjual hampir 50 keping CD kepada ahli JIM dengan menggunakan pelbagai tektik jualan termasuk menggunakan cara seperti yang digunakan oleh penjual CD di kedai-kedai makan sebelum kami beredar untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, kami berjaya juga menjual hampir 50 keping CD kepada ahli JIM dengan menggunakan pelbagai tektik jualan termasuk menggunakan cara seperti yang digunakan oleh penjual CD di kedai-kedai makan sebelum kami beredar untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur.
2 comments:
salam makcik nashita! teruskan perjuangan!!
HAYM:)
Terima kasih ziarah dan tinggalkan jejak...ya..sama-sama teruskan perjuangan...
Post a Comment