Tuesday, 22 December 2009

APCET II : Jelas dan Nyata Polis Bertindak di luar kehendak Undang-Undang.

Jurufoto : Asiah dan Ummu Asiah

Pagi tadi sempat juga meluangkan masa menghadirkan diri ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi mendengar keputusan ke atas kes APCET II. Saman ke atas kerajaan dan pihak polis kerana menahan secara tidak sah aktivis dan wartawan di sidang APCET II Asia Pacific Conference on East Timor.


Didalam kejadian yang berlaku pada tahun 1996 tersebut, sekumpulan orang yang memanggil diri mereka sebagai Barisan Bertindak Rakyat telah merempuh masuk ke dalam dewan di mana sidang APCET sedang berlansung. Polis yang berada di kawasan tersebut telah tidak cuba menghalang sekumpulan orang, yang di dalam perbicaraan kes ini disebut sebagai MOB ataupun PERUSUH.

Jacqueline dari The Nut Graph bergambar bersama dua orang mangsa Cynthia dan YB Elizabeth Wong.

Polis kemudiannya bertindak menangkap dan menahan peserta sidang tersebut. Ke semua plaintiff bertindak menyaman dan memohon gantirugi.

Menurut Hakim Wan Adnan di dalam penghujahannya menyebut bahawa fakta kes ini tidak kompleks, di mana di dalam kejadian yang berlaku hampir 13 tahun yang lalu, polis telah gagal menghalang orang yang MENCEROBOH masuk ke dalam dewan di mana majlis sedang diadakan. Polis yakni Defendan ke 3 telah bertindak menangkap dan menahan plaintif.

Keterangan dari pihak plaintif dan saksi yang lain seakan-akan serupa di mana mereka semua datang ke majlis tersebut sebagai peserta atau urusetia program dan juga pihak keselamatan. Bagi Tuan Hakim kes ini tidak banyak melibatkan prinsip undang-undang kerana faktanya adalah sangat jelas. Jadi bila fakta sangat jelas maka undang-undangnya juga sangat jelas dan Hakim tidak perlu memakai banyak prinsip undang-undang. Semua fakta yang disampaikan kepada Mahkamah adalah fakta yang tidak dipertikaikan, di mana kesemua plaintif hadir ke majlis yang sedang berjalan sedang duduk di dalam dewan dan kemudiannya sekumpulan PERUSUH/MOB telah merempuh masuk ke dalam dewan yang pesertanya adalah BY INVITATION ONLY (disebut oleh Hakim).

Tuan Hakim menyebut " The mobs were UNRULY, chanting slogans with abusive words and against APCET II. they were AGGRESSIVE". Inilah dia menurut Hakim fakta yang tidak boleh dipertikaikan. Satu program bertaraf antarabangsa yang diganggu dengan agresif oleh sekumpulan PERUSUH.

Dalam kes ini Majlis itu telah diadakan bagi menyokong penduduk Timor Timur untuk mendapatkan kemerdekaan mereka. Di waktu ini Tuan Hakim sempat juga berseloroh dengan bertanya "macamana ejaan TIMOR TIMUR?. O dulu atau U dulu?"..dijawab oleh Tian Chua.."O dulu kemudian U, T I M O R T I M U R"...Hakim jawab betulla tu..memang O dulu pun baru U..memang saya pun eja macam tu"..diiriingi deraian gelak ketawa dalam mahkamah. Boleh tahan lawak juga Tuan Hakim ni.

Ketika peristiwa ini berlaku di tahun 1996, Saudara Saifuddin Nasution yang kini sudah bersama PKR adalah merupakan seorang pemuda UMNO dan turut terlibat dalam rusuhan tersebut. Namun untuk kes ini beliau telah dipanggil menjadi saksi bagi pihak plaintif. Beliau mendedahkan tentang rancangan mereka ketika untuk membuat kacau dan polis tidak membuat apa-apa pun. Ini disebut dalam penghujahan oleh Hakim di Mahkamah tadi.

Pegawai Polis ACP Zainal telah memberi keterangan bahawa ketika mereka masuk ke dalam dewan majlis, kelihatan semua orang sedang duduk dan kelihatan seorang berbangsa Cina sedang duduk di atas kerusi menyampaikan ucapan. Beliau merasakan bahawa itu sesuatu yang boleh mengancam keamanan. Maka polis menggunakan budibicara mereka untuk menyuraikan majlis tersebut'. Polis memberikan amaran sekali dan terus menangkap dengan kasae.

Dr Sanusi bagi pihak semua plaintif bercakap kepada pemberita menyatakan walaupun mereka berpuashati dan gembira dengan keputusan namun mereka tidak berpuashati dengan keputusan Hakim yang menyatakan bahawa tidak ada konspirasi di antara polis dan perusuh.

Dalam kes ini Tuan Hakim membahagikan penahanan plaintif kepada dua bahagian iaitu satunya di bawah kuasa polis untuk tahan selama 24 jam sebelum mereka dibawa ke hadapan Majistret dan keduanya tahanan yang di bawah keputusan yang dibuat oleh Majistret. Bagi Tuan Hakim beliau menganggap tahanan di bawah kuasa Majistret adalah sah kerana menurut budibicara Majistret ketika itu.

Tuan Hakim juga ada menyebut bahawa perbuatan polis menangkap plaintif adalah di luar kehendak undang-undang, kerana majlis tersebut berada di dalam keadaan aman dan tertutup. Maka pihak polis telah bersalah di dalam menahan ke semua mereka.

Tuan Hakim telah mengarahkan Kerajaan membayar pampasan sebanyak RM 30,000.00 bagi setiap orang dengan mengambil kira sehari sahaja salah tahanan oleh polis. Namun ianya hanyalah untuk gantirugi am untuk tahanan selama satu hari sebagai pampasan dan bukannya sebagai ganjaran dan menolak gantirugi lain yang dituntut oleh plaintif.

Ini adalah kes ke tiga yang saya hadiri yang memberi kemenangan kepada rakyat dan polis didapati bertindak salah dan zalim. Yang pertama adalah di dalam kes peguam dan aktivis yang ditangkap dalam Peace Walk di tahun 2007 dan kes Perhimpunan Aman yang dipanggil sebagai DEMO KESAS HIGHWAY yang berlaku dalam tahun 2000.

dari Malaysiakini.

The Kuala Lumpur High Court has ordered the government to pay RM30,000 each to 29 human rights activists and journalists wrongfully detained following Umno Youth's disruption of the Apcet II civil society gathering in Kuala Lumpur more than a decade ago.

The government will now have to pay them a total of RM870,000 in general damages.

The plaintiffs were also awarded 8 percent interest per annum from the date the suit was filed on Nov 9, 1998.

Appeals Court Judge Wan Adnan Muhamad delivered his decision this morning, saying that "the facts here are clear and straightforward and the judgement is based on facts submitted by both parties".

“I think the amount is enough for the suffering endured during their detention of almost 24 hours behind bars,” he remarked.

No comments: