Kes Ops Bubar DUN PERAK: Saksi polis tak faham maksud AMAN!!!
Berikut di bawah ialah catatan perbicaraan yang dipanggil oleh polis sebagai satu operasi "OPS BUBAR DUN PERAK" berlaku pada 6hb Februari 2009 di hari perlantikan Dato' Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak (yang tidak sah). Rakyat Perak bangun menentang kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku di hadapan Masjid Ubudiyyah di Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Hasil kejadian tersebut, polis telah bertindak ganas menyuraikan perhimpunan dan 13 orang telah ditangkap dan didakwa.
Anda yang baru mengikuti kes ini boleh klik di label Kes Bubar Dun Perak di blog ini juga.
AA ialah singkatan kepada nama Augustine Anthony sebagai salah seorang peguambela dalam kes ini.
Kes yang dibicarakan semalam 6hb Disember menyaksikan pihak DPP (Timbalan Pendakwaraya )meletakkan barisan DPP yang baru pula.
AA : Adakah anda seorang atau bersama yang lain semasa menonton semula video rakaman?
Saksi : Bersama yang lain.
AA : Sila beri nama mereka.
Saksi : Tidak kenal.
AA : Apa tujuan mereka bersama?
Saksi : Nak lihat semula rakaman.
AA : Setuju dengan saya dalam rakaman terdapat ramai orang lain di dalam video tersebut.
Saksi : Setuju.
AA : Kenapa Encik semasa pengecaman di Mahkamah hanya dapat mengecam OKT yang ada di kandang sahaja. Mengapa hanya focus kepada mereka sahaja?
Saksi :
AA : Boleh ingat muka mereka?
Saksi : Boleh.
AA : Setuju encik ditunjukkan gambar-gambar static gambar tertuduh dan diarah membuat perbandingan dengan rakaman?
Saksi: Setuju.
AA : Sekiranya gambar statik tidak ditunjukkan maka OKT ini hanyalah menjadi salah seorang dari orang yang berkumpul pada hari itu?
Saksi : Setuju.
AA : Siapa yang beri gambar statik?
Saksi : Pegawai Penyiasat Cif Inspektor Ishak.
AA : Setuju dengan saya Cif Inspektor Ishak memiliki gambar-gambar mereka yang dituduh dan diberikan gambar kepada awak untuk mengecam?
Saksi : Setuju
AA : Kalau gambar-gambar statik tidak diberikan pada hari tersebut mungkin pengecaman tidak akan dapat dilakukan oleh koperal?
Saksi : Tidak setuju.
AA : Adakah Cif Inspektor Ishak memberikan gambar-gambar lain kepada koperal?
Saksi : Tidak ada.
AA : Setuju dengan saya bahawa gambar-gambar yang diberikan pada koperal hanya gambar-gambar OKT yang ada di dalam kandang pada hari ini?
Saksi : Setuju
AA : Adakah koperal diberi taklimat lain dari apa yang berlaku oleh Cif Inspektor Ishak?
Saksi : Tak faham.
AA : Selain dari pengecaman statik dan video?
Saksi : Tidak ada.
AA : Jadi anda setuju bahawa inilah pengecaman yang berlaku, gambar statik dari Cif Inspektor Ishak dan rakaman?
Saksi : Setuju.
AA : Selain daripada mereka2 yang telah dicam di dalam mahkamah pada soalan pertama, jika saya mainkan semula rakaman video bolehkah Koperal kenal orang-orang lain dalam rakaman tersebut.
Saksi : Tak kenal.
AA : Jadi setuju dengan saya selain dari yang dalam kandang ini lain-lain orang koperal tidak kenal?
Saksi : Tidak kenal.
Sesi soalan dari peguambela Augustine Anthony berhenti di sini dan di sambung dengan soalan-soalan dari pihak Timbalan Pendakwaraya (DPP) kepada saksi yang mereka panggil. Saksi yang sama seperti di atas. Namun saya tidak dapat mengambil nota dengan sempurna kerana memang sukar untuk saya buat catatan berdasarkan soalan dari DPP.
Di bawah ialah soalan peguambela kepada saksi yang seterusnya yang baru dipanggil oleh pihak DPP, jurukamera polis dari Bukit Aman.Soalan berdasarkan rakaman video yang dibuat dan ditayangkan semula di dalam mahkamah. Soalan berdasarkan gambar untuk sesuatu masa yang khusus dipanggil Master Frame (MF) dan Frame (F).
AA : Lihat pada MF 2, jam 2.15pm - 2.16pm. Semasa ambil rakaman ini, setuju dengan saya ianya ialah kawasan persekitaran Masjid Ubudiyyah?
Saksi : Setuju.
AA : Apakah keadaan semasa F 2 ini diambil?
Saksi : Orang ramai keluar dari kawasan Masjid.
AA : Setuju dengan saya keadaan tenang tak ada kekacauan?
Saksi : Tak tahu, ambil gambar sahaja. (jawapan skema)
AA : Tengok F 2 betul-betul, tengok keadaan, ada kelihatan pihak polis atau FRU di situ di kawasan persekitaran perhimpunan.
Saksi : Tidak ada.
AA : Adakah keadaan tenang atau huru hara?
Saksi : Apa yang nampak....(saksi cuba memberikan penerangan panjang lebar untuk mengelakkan dari menjawap dengan sesuci hatinya seperti akuan)
AA : Tengok semula, setuju keadaan tenang?
AA : Okay sekarang lihat F 3. setuju dengan saya ada motosikal dan kenderaan keluar dengan tenang dan teratur?
Saksi : Setuju.
AA : F 4, apa yang anda lihat di F4, ada kereta polis, ada polis, keadaan tenang, tidak ada huru hara seperti orang lari dan lain-lain?
Saksi : Setuju.
AA : F 5 Apa yang anda lihat, satu banner bertulis "DAULAT TUANKU, HANYA TUANKU YANG DAPAT SELAMATKAN KERAJAAN TANPA RASUAH" Ada kereta?
Saksi : Ada.
AA : Ada kerosakan kepada kereta itu seperti cermin pecah ke apa ke?
Saksi : Tidak ada.
(Peguambela bertanya ini mungkin kerana di sesi soalan dari DPP yang merujuk kepada gambar cermin Truck FRU dan polis yang pecah. Soalan yang bagi penulis lansung tidak relevan dengan pertuduhan kepada semua OKT..kerana mana ada bukti yang kemungkinan mereka melakukannya...lansung tidak relevan)
AA : Keadaan baik tak ada kerosakan?
Saksi : Tidak ada.
AA : Lihat F 6.Keadaan macamana, tenang tak ada masalah?
Saksi : Setuju.
AA : lihat F 7, apa yang anda lihat dalam F 7, gambar orang berkumpul di dalam kawasan masjid, adakah anda melihat sebarang masalah, macam polis menembak guna tear gas, mereka berhimpun secara aman bukan?
Saksi : Setuju.
AA : Walaupun ada perhimpunan di situ ada tak polis di sana?
Saksi : di gambar ini memang tidak ada.
AA : F 7 ada sebarang polis yang berada bersama-sama dengan orang yang berhimpun?
Saksi : Tidak ada.
AA : Setuju dengan saya keadaan tidak ada masalah?
Saksi : Setuju.
AA : F 8 Apa yang anda lihat di F 8. Setuju dengan saya orang ramai keluar dari masjid dengan aman, kalau tidak setuju kita mainkan rakaman sekali lagi.
Saksi : Setuju
AA : Ada tidak polis dalam F 8?
Saksi : Tidak ada.
AA : F 9 Apa yang anda lihat? Sekumpulan orang yang berarak membawa sepanduk, sekumpulan orang yang berbaju merah (unit amal). Adakah perhimpunan aman. Encik fahamkan apa 'aman' itu?
Saksi : Tidak tahu.
AA : Apa yang mereka laungkan di sini - ALLAH Hu AKBAR? ada tak? Adakah aman?
Saksi : (sambil melihat rakaman video lama lama dan merenung tajam lalu menjawab) Ada - Selawat, tak boleh jawab (merujuk kepada soalan dari peguambela samada aman atau tidak).
Peguambela dengan pantas menyebut kepada Puan Hakim " Your Honour, please take note this, saksi tak mahu menjawab, refuse to answer the question. " samada aman atau tidak saya tidak dapat menjawab". Pada saat ini DPP bangun membela saksinya.
Apakah maksud saksi yang tidak menjawab persoalan ini sedangkan sudah membuat akuan bersumpah akan menjawab semua soalan dengan benar sesuci hati...siapakan yang dia hendak selindungkan...apakah semua jawapan kepada setiap persoalan sudah ada skripnya yang tertentu yang disetkan oleh pihak atasan mereka????
AA : Okay saya rephrase - Ada tak sebarang kerosakan berlaku?
Saksi : Tidak ada kekecohan berlaku...tetapi...(saksi cuba menjawab panjang lebar untuk menafikan jawaban sesuci hatinya sendiri, namun segera dilibas oleh peguambela)
AA : Tahu tidak ada sebarang kekecohan berlaku..itu sahaja yang soalan saya...jawab.
Saksi : Tidak ada.
AA : F 10 Apa yang anda melihat di F 10. Setuju dengan saya beberapa orang berbaju merah berdiri memegang sepanduk. Ada tak sebarang kerosakan?
Saksi : Tak faham soalan.
AA : Ada tak orang bertumbuk, baling batu, dan lain-lain, ada tak sebarang kekecohan? Ada tak OKT kelihatan di sini?
Saksi : Tiada.
AA : F 10 Tiada seorang OKT pun kelihatan bukan?
Saksi : setuju.
AA : Setuju dengan saya bahawa F10 juga adalah satu perhimpunan yang melebihi 3 orang?
Saksi : Setuju.
(pada pendapat saya: satu perhimpunan dianggap haram oleh polis di basah akta polis ialah sekiranya di sesuatu tempat berkumpul lebih dari 3 orang, maka orang yang berkumpul boelh ditangkap di tuduh menyertai perhimpunan haram dan didakwa di mahkamah. Mungkin tujuan soalan ini ialah mereka yang berkumpul ini lebih dari 3 orang, tetapi kenapa mereka tidak pula ditahan dan didakwa, mengapa 13 orang OKT ini dtangkap dan ddakwa...kenapa tidak tangkap semua sahaja...mengapa hanya pilih-pilih tangkapan..sedangkan OKT tidak melakukan sebarang kekecohan mahupun huru hara atau merosakkan harta awam dan persendirian...polis harus jawab!!!!)
No comments:
Post a Comment