Thursday, 10 December 2009

Court Banguuuuunnnn.....Dari Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar 7-2-09

Gambar sebahagian OKT bersama para peguam yang komited!!!

Catatan ini ditulis pada 7hb Februari dari Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar:

Buat masa ini sedang berada di dalam mahkamah sesyen Kuala Kangsar. Kes seperti biasa sepatutnya bermula jam 9 pagi namun kebiasaannya jam 9.30 barulah perbicaraan akan bermula.

Courrrrrrttttt....banguuuuuuuuunnnnnn!!!...Duduk tertib tertib, handset matikan..inilah dengungan bunyi arahan yang akan bergema di dalam kamar mahkamah setiap kali Hakim menjejakkan kaki masuk ke 'singgahsananya'.

Perlu banyak bersabar dan reda dengan keadaan apabila mahu berjuang.Jika ditangkap dan didakwa inilah hakikat perjalanan hidup yang perlu dilalui. Perjalanan perbicaraan kes yang bakal mengambil masa yang lama, panjang hingga bertahun2.

Untuk kes perhimpunan aman yang didakwa oleh polis sebagai perhimpunan haram ada yang mengambil masa sehingga 10 tahun lamanya dengan perbicaraan ditangguh berkali-kali. Bagi kes OPS BUBAR DUN PERAK ini pada pandangan saya buat masa ini berjalan dengan lancar dengan kes dibicarakan hgampir setiap bulan selama 3-4 hari lamanya.

Namun tetap akan mengambil masa yang panjang bila ada lebih dari 50 orang saksi yang bakal dipanggil dengan 1000 keping gambar di tempat kejadian yang perlu diteliti.

Perjuangan perlu diteruskan untuk menyerlahkan bahawa polis bertindak kejam dalam menghalang kebangkitan rakyat!!!

Di bawah pula ialah catatan ummu asiah ke Facebook untuk kes Protes Harga Barangan yang dipanggil OPS PADAM 3 yang berjalan hari ini. Dari Mahkamah Sesyen Jenayah 5 Jalan Duta.

10.20 masih menanti Tn Hakim keluar. Semua habiskan masa dgn sembang2.Mat Sabu,Dr Hatta,Dr Zul semua dah hadir.ha baru masuk hakim.
YB Dr Hatta, YB Tian Chua dan YB Dr Zul dibenarkan oleh Tn Hakim utk ke Parlimen bersidang. Alasan paling kukuh utk tidak hadiri perbicaraan. Smlm saya tak dtg buat pertama kali. Hebohla ditanya oleh teman2 lain.ramainya tk datang hari ni.

Eeeeeeeee....tangguh lagi..sama lagi dgn kes si suami d Kuala Kangsar. Tarikh baru 18-22 jan, seminggu terus!! Salah DPP la ni tak bawa saksi yg dijanjikan.

Sabar dan terus bersabar.....

No comments: