Jom Tunjuk Perasaan berdua orang
SALAM MAAL HIJRAH
SIAPA pengkhianat Bangsa-tajuk pidato rakyat yang lepas. Bila search tajuk ini terjumpa pula buku yang bertajuk yang sama dijual. Menarik untuk dibeli dan dibaca. Rakyat memang amat wajar didedahkan akan siapa sebenarnya pengkhianat.
Ceramah Umum dan Pidato Rakyat masih lagi menjadi satu pentas utama untuk pemimpin Pakatan Rakyat menyampaikan maklumat mengenai isu-isu di dalam negara. Setiap ceramah yang dijalankan pasti mendapat sambutan yang baik, apatah lagi bila tajuknya amat bersesuaian dengan situasi semasa.
Isu Royalti Minyak Kelantan menjadi satu isu penting dan utama sejak beberapa minggu lepas. Namun isu yang dibangkitkan tidak hanya berkait khusus kepada royalti minyak, ianya berkait rapat dengan ketidakadilan pemerintah.
Khalid Samad membangkitkan isu-isu berkaitan salah guna pentadbiran negara khususnya dalam isu keagamaan dan merujuk khusus kepada isu Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Selagi ianya di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat selagi itulah ianya akan disalahgunakan. Apatah lagi sekiranya pegawai tertinggi dalam jabatan tersebut adalah warisan dari pentadbiran yang lama.
Peristiwa penangkapan Dato' Asri yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor dengan dibantu oleh pihak polis hanya membongkarkan lagi tentang salah laku sebuah jabatan agama negeri yang sepatutnya menjaga kebajikan orang-orang Islam. Isu salah penggunaan wang zakat sedikit sebanyak dibongkarkan dalam sidang SELCAT. Apabila Dato' Asri ditangkap terdedah pula tentang isu pentauliahan yang menunjukkan ketidakadilan JAIS.
Khalid Samad mendedahkan bahawa beliau juga tidak mendapat tauliah untuk berceramah dan menyampaikan khutbah dengan alasan bahawa ilmu agamanya cetek dan disebabkan beliau punya rekod jenayah yang bila diselidik polis sendiri tidak tahu apa jenayahnya. Bila ditanya kembali kepada JAIS, alasan JAIS pula ialah kerana khutbahnya tidak mantap.
Khalid Samad juga memberi contoh kezaliman JAIS di bawah pentadbiran Dato' Khusrin ini iaitulah kes penutupan Surau Ar-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam selama 8 bulan bermula pada awal September 2007 sebaik sebelum bulan puasa, gara-gara pemilihan AJK surau yang tidak diperkenankan oleh Dato' Khusrin. Maka surau telah ditutup dari digunakan oleh penduduk setempat....memang jahat betul Dato' Khusrin ni rupanya...saya punya pengalaman melihat sikap tidak endahnya dalam sesi sidang SELCAT. Bagaimanakah kita sanggup orang sebegini terus mentadbir sebuah jabatan Agama yang juga memegang wang zakat orang Selangor???.
Surau Seksyen 8 ini hanya dapat dibuka semula apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Selangor.
Maka kesimpulan yang boleh dibuat memang benar JAIS telah dirosakkan oleh pemimpin kerajaan yang sedia ada di dalam UMNO dan BN. Selagi mereka memerintah segala institusi yang ada akan terus disalahgunakan untuk kepentingan mereka dan bukan untuk kepentingan rakyat.

Barisan pemidato yang turut serta pada malam PIDATO RAKYAT di Dewan MPAJ AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang. Khalid Samad, Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Saari Sungib dan Azmin Ali.
Husam Musa pemidato terakhir pada malam tersebut menyampaikan isu-isu berkaitan Royalti Minyak Kelantan yang sudah banyak diperkatakan. Ianya memang menzalimi rakyat Kelantan secara khusus hanya kerana Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat. Bayangkanlah betapa jahatnya pemimpin BN dan UMNO ini. Sesuatu yang hak tidak diberi kepada yang sewajibnya...tidak ADIL nama nya...ZALIM.
Kelantan sepatutnya menerima wang royalti sebanyak lebih dari RM1 billion yang tertunggak sejak tahun 2004. Banyak tu untuk sebuah negeri yang kecil. Apatah lagi dengan rekod pentadbiran yang baik, pasti Kelantan akan menjadi sebuah negeri yang kaya dan maju. Jadi sekiranya pemimpin BN dan UMNO sering memperkatakan bahawa Kelantan adalah sebuah negeri yang mundur, maka sebenarnya merekalah penyangak yang menelan semua wang yang sepatutnya disalurkan ke sebuah negeri yang mereka dakwa sebagai miskin.

Menarik....kerajaan yang zalim, telinga mereka sentiasa ditutup dan fikiran mereka tidak mengendahkan bila rakyat memohon secara baik dan berhemah. Mereka menutup segala ruang untuk perbincangan secara baik, maka satu jalan yang boleh memberi ruang kepada rakyat untuk bangun menyatakan kehendak mereka ialah RAPAT UMUM, Perhimpunan AMAN, Demonstrasi...TURUN ke JALAN RAYA.
Inilah satu idea yang bakal dilaksanakan sekiranya kerajaan terus zalim dan sikap tak endah. YB Husam akan mencadangkan perkara ini dilaksanakan dan akan dijalankan di beberapa buah tempat. Dan untuk di Kuala Lumpur, disebabkan polis sentiasa akan menggunakan akta polis untuk menangkap orang yang berhimpun lebih dari 3 orang maka satu cadangan yang unik akan digunapakai iaitu berkumpul berdua di hadapan mercu tanda MINYAK NEGARA, di hadapan bangunan yang menjadi kebanggaan negara..KLCC..setiap hari akan ada 2 orang yang akan TUNJUK PERASAAN di sana hingga kerajaan menjalankan amanahnya, mendengar tuntutan rakyat....menarik bukan...anda bersedia???? Polis tidak lagi boleh menggunakan alasan yang sering digunakan untuk menangkap kita....menarik....
Kalau dalam isu cukai barangan dan perkhidmatan, GST, Tukar Tiub menggunakan istilah kita GASAK SAMPAI TERBARAI, memang betul, jom kita pakat gasak kerajaan sampai mereka sedar dan terbarai...begitu juga rakyat yang masih lena dibuai mimpi indah ciptaan pemimpin yang zalim harus terus disedarkan...

No comments:
Post a Comment