Wednesday, 9 December 2009

KES 'OPS BUBAR DUN PERAK' Polis suka berhimpun, FRU suka tembak tear gas!!!

Bahagian 1.

Catatan di bawah ialah untuk perbicaraan kes pada hari ke 2, 8hb Februari 2009. Kes bermula jam 9.45 pagi dan berakhir jam 1 petang. Peguambela, Augustine Anthony menyoal saksi secara marathon, tanpa henti seorang diri dari awal hingga jam 12 tengahari sebelum di sambung oleh peguambela seterusnya Salim Bashir.
Sekiranya anda membaca ada banyak persoalan mengenai 'adakah anda mendengar sebarang arahan bersurai?" diajukan kepada saksi. Ini adalah untuk membuktikan bahawa polis dan FRU tidak mengeluarkan sebarang arahan bersurai mahupun sebarang amaran sebelum melepaskan bertubi-tubi tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berkumpul secara aman.
Peguambela juga ingin menunjukkan bahawa orang ramai yang berkumpul khususnya ke semua 13 orang OKT yang berada di kandang mahkamah tidak lansung mengganggu kenderaan dan lalulintas malah mereka membantu lalulintas dan kenderaan untuk memudahkan kenderaan keluar dan masuk.
Di dalam mahkamah segala persoalan dan jawapan adalah berdasarkan kepada apa yang dipertontonkan dari dalam mini dvd hasil rakaman jurufoto polis. Anda boleh membayangkan situasi semasa kejadian melalui soalan-soalan yang diajukan oleh peguambela.

Untuk tontonan anda boleh klik di video klip rakaman Malaysiakini di sebelah. Rakaman video dari pihak polis sudah tentu lebih menyeluruh dan dari pelbagai sudut kerana mereka punya ramai anggota yang bertugas.

AA : Lihat F11 setuju dengan saya anda lihat ada kereta lalu keluar masuk dengan tenang?
Saksi : Setuju.
AA : Ada sebarang halangan pada kenderaan tersebut?
Saksi : Ada.
AA : Mainkan semula rakaman lihat ada halangan atau tidak ada halangan. Lihat kenderaan tersebut diberi laluan untuk bergerak.
Saksi : Ada halangan Yang Arif, di belakang kereta. (jawapan ini disambut dengan deraian gelak ketawa dari OKT dan semua yang hadir di dalam mahkamah). (bolehkah anda agak kenapa jawaban ini mengundang gelak ketawa dari yang mendengar???)
AA : Pemandu kenderaan tersebut menurunkan cermin keretanya kemudian dia mengangkat tangan melambai kea rah orang ramai yang berkunmpul. Lihat adakah beliau dalam keadaan marah?
Saksi : Tak Nampak.
AA : Tengok sekali lagi. Tengok orang yang pakai baju kuning tu, dia tolong kereta itu bergerak keluar, tiada gangguan atau halangan bukan. Setuju?
Saksi : Setuju.
AA : Setuju pemandu senyum-senyum sahaja sambil melambaikan tangan kepada mereka yang berkumpul?
Saksi : (sambil merenung lama sekali ke skrin TV) Setuju.
AA : Ada sebarang polis di sana?
Saksi : Ada…..(sambil cuba menyambung ayatnya)
AA : Tengok betul-betul di sini,
Saksi : Tidak ada.
AA : Adakah ini suatu perhimpunan?
Saksi : Ya.
AA : Adakah anda melihat anggota polis ada di F13?
Saksi : Ada.
AA : Beritahu mahkamah apa yang anda lihat.
Saksi : Orang ramai.
AA : Mainkan lagi rakaman. Adakah masih kelihatan polis dan FRU dan orang ramai yang bergerak berarak?
Saksi : (melihat lama-lama)
AA : Adakah sebarang amaran bersurai dikeluarkan atau didengari ataupun kedengaran?
Saksi : Saya tidak mendengar apa-apa pun.
AA : Adakah sebarang amaran bersurai dikeluarkan atau didengari ataupun kedengaran?
Saksi : Tidak dengar.
AA : Mainkan lagi rakaman…(rakaman orang ramai yang berarak sebaik keluar dari solat jumaat dari masjid, sambil melaungkan takbir dan selawat) Setuju dengan saya anda boleh melihat ramai polis. Adakah anda dapat dengar sebarang arahan bersurai dari polis?
Saksi : Tiada.
AA : Tengok gambar rakaman, tengok gambar polis yang macam nak pukul orang, apa yang dia bawa?
Saksi : Tidak tahu.
AA : Setuju dengan saya bahawa dia seolah hendak memukul orang? Saya tidak kata dia memukul-mukul orang, saya kata dia seolah-olah.
Saksi : Tidak setuju.
AA : F13 2:24 pm, setuju dengan saya orang-orang yang ada disitu berarak ke depan?
Saksi : Setuju.
AA : Adakah anda Nampak sebarang OKT dalam kandang ada di situ?
Saksi : Tidak ada.
AA : Lihat F 13 2:24pm Setuju dengan saya tidak ada sebarang arahan bersurai dikeluarkan?
Saksi : Tidak dengar.
AA : Maksud saya tengok menurut rakaman video ada arahan bersurai atau tidak? Saya cadangkan tidak ada.
Saksi : Setuju.
AA : Setuju dengan saya F 13 2:24pm polis berarak di hadapan orang yang berhimpun, seolah polis mengiring orang yang berhimpun?
Saksi : Tak faham.
AA : Tengok sekali lagi seolah polis menolong orang yang berhimpun. Adakah anda setuju bahawa polis berjalan bersama-sama orang yang berhimpun?
Saksi : Berjalan bersama. Setuju.
AA : Adakah sebarang arahan bersurai?
Saksi : Tidak ada.
AA : Saya cadangkan bahawa polis membantu mereka berarak bersama-sama.
Saksi : Tidak setuju.
AA : Tengok betul-betul. Sepatutnya polis tahana orang yang berhimpun tetapi di rakaman ini seolah polis lari di hadapan bersama orang ramai yang berlari di belakang.
Saksi : Setuju.
AA : Lihat F 14, pada masa yang sama adakah anda dengar seolah-olah ada tembakan gas pemedih mata?
Saksi : Tidak dengar.
AA : Ulang semula rakaman tersebut. Dengar ada tembakan gas pemedih mata, setuju dengan saya ada tembakan gas pemedih mata pada jam 2:15pm di F 14?
Saksi : Ada bunyi tembakan.
AA : Semasa bunyi tembakan tersebut ada dengar sebarang arahan bersurai?
Saksi : Tidak ada.
AA : F 15 2:25pm Setuju dengan saya sejurus mendengar tembakan apa yang anda lihat?
Saksi : Asap.
AA : Dari mana asap itu datang?
Saksi : Tak tahu.
AA : Awak berada di situ dan boleh cam 13 orang OKT ini tetapi tidak tahu dari mana keluar kepulan asap? Sejurus dengar tembakan, ada kepulan gas keluar?
Saksi : Setuju.
AA : Selain daripada kepulan gas apa yang anda lihat?
Saksi : Orang ramai berkumpul.
AA : Semasa tembakan kelihatan kepulan gas ada orang berkumpul adakah anda dengar sebarang arahan bersurai?
Saksi : Tidak ada.
AA : Adakah anda lihat gas pemedih mata ditembak sekali lagi?
Saksi : Ada.
AA : Gas ditembak lagi F 15 2:25pm.
Saksi : Ada.
AA : Semasa tembakan gas adakah anda mendengar sebarang arahan bersurai?
Saksi : Dengar bunyi loceng.

AA : Tak ada, saya Tanya arahan bersurai, kalau saya nak tahu pasal loceng saya akan tanya.
Saksi : Tak ada.
AA : Setuju dengan saya keadaan sekarang Nampak riuh dan kecoh?
Saksi : Tak nampak…
AA : Mainkan semula rakaman…keadaan lagi parah bukan? Bagaimana anda nak terangkan mengenai gambar ini adakah aman dan tenang atau menjadi kecoh. Semalam kata ada ambil gambar keadaan tenang aman, setuju?
Saksi : Kecoh.
AA : Setuju dengan saya keadaan panic dan tak tenang.
Saksi : Panik.
AA : Your Honour, the recording officer stated that he was panic, please note this.
AA : Setujulah dengan saya polis pun takut, orang ramai mesti takut. 2.25pm setuju dengan saya selepas dengar bunyi tembakan gas pemedih mata orang ramai lari bertempiaran?
Saksi : Setuju.
AA : Lihat di Frame yang sama, setuju dengan saya tidak ada sebarang amaran bersurai?
Saksi : Tidak dengar.
AA : Setuju atau tidak?
Saksi : Setuju.
AA : F 15 hingga ke akhir F 16, setuju dengan saya babak akhir F 15 orang ramai kelihatan menjerit-jerit, kalau tak pasti sila rewind, rewind. Setuju dengan saya babak akhir orang kelihatan menjerit-jerit, orang yang berkumpul.
Saksi : Ada dengar.
AA : F 16 2:26 pm, beritahu mahkamah apa yang anda lihat?
Saksi : Asap masih berada di belakang jalanraya.
AA : Setuju dengan saya jalan kelihatan separuh sahaja, maksudnya asap sudah menutupi jalan. F 16 Asap berkepul di atas jalanraya. Setuju dengan saya asap masih berkepul di atas jalan?
Saksi : Setuju.
AA : Setuju dengan saya walaupun jalan sudah berkepul dengan asap polis masih tembak gas.
Saksi : Setuju.
AA : F 12 2:25-2:26pm. Adakah kelihatan orang ramai berhimpun di jalan raya?
Saksi : Tidak ada.
AA : Setuju dengan saya gas pemedih mata masih ditembak . Orang tak ada pun masih nak tembak gas.
Saksi : Setuju.
AA : Kearah mana gas ditembak?
Saksi : Ke kawasan perumahan.
AA : Adakah orang berhimpun di kawasan ini?
Saksi : Ada.
AA : Tengok betul-betul. Tengok ada tak orang berkumpul berhimpun di sini pada jam 2:26pm.
Saksi : Tidak ada.
AA : Setuju dengan saya walau tidak ada orang polis masih tembak.
Saksi : Setuju.
AA : F 8 2:27pm adakah anda melihat orang ramai berhimpun di sini.
Saksi : Tidak
AA : F 18, Orang ramai tidak berhimpun, kalau tak ada orang berhimpun siapa yang berhimpun? Polis berhimpun dan berarak??
AA : F 19 Tidak ada orang ramai, tidak ada polis, tidak ada FRU. F 20 pun sama, F 22 kelihatan kereta bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang gangguan. Setuju?
Saksi : Setuju.
AA : F 26, 2:29pm beritahu mahkamah apa yang anda lihat. Baiklah saya beri soalan anda jawab. Setuju dengan saya anggota FRU bersiap sedia untuk menembak gas pemedih mata?
Saksi : Setuju.
AA : Ada dengar sebarang arahan bersurai?
Saksi : Tidak ada.
AA : F 28, 2:31, ada kelihatan beberapa orang menghalang kenderaan ?
Saksi : Setuju
AA : Setuju dengan saya mereka juga membawa sepanduk?
Saksi : Setuju.
AA : Ada tak sebarang OKT dalam kandang di sana (ditempat kejadian)? Setuju dengan saya tidak ada OKT yang menghalang kenderaan tersebut?
Saksi : Setuju.
AA : F 38 2:21 pm Adakah mendengar sebarang jeritan orang ramai yang panik?
Saksi : Tidak ada.
AA : Setuju dengan saya tidak ada sebarang jeritan sebab tidak ada sebarang tembakan gas pemedih mata?
Saksi : Setuju.
AA : Setuju dengan saya tidak ada sebarang amaran bersurai di sini?
Saksi : Setuju.AA : Setuju dengan saya anda melihat kenderaan polisbergerak dengan lancar tanpa halangan.?
Saksi : Setuju.
AA : Pada masa yang sama tiada ada sebarang amaran bersurai dari polis kepada mereka yang berkumpul?
Saksi : Setuju.
Bersambung di bahagian 2 kelak....lagi pendedahan pegawai tinggi polis yang suka-suka arah "JUST TEMBAK"

No comments: