Apa yang perlu kita tahu: Kerajaan Najib Nyaris Tumbang Lewat Malam Tadi-Perakexpress.com
Kali ini saya salin dan ulang cetak di blog ummu asiah tulisan yang ditulis oleh Hasmi Hashim dari blog perakexpress. Satu artikel yang saya kira wajar diambil tahu oleh semua, insiden yang berlaku di Parlimen yang tidak akan disiarkan lansung oleh media perdana UTUSAN MELAYU dan TV Perdana RTM.
Bayangkanlah sekiranya berita seperti ini keluar di media perdana, apa agaknya pandangan umum rakyat pada pemerintahan di bawah regim Barisan Nasional ini.
Mereka hanya akan datang di saat yang benar-benar terdesak dan emergency seperti di dalam kes di bawah....bacalah...mereka hanya datang pada lewat malam....adakah ini pemimpin yang boleh kita harap untuk menyelamatkan negara......
Saya ingin memberi contoh tentang beberapa pemimpin PR, saya hanya mengambil contoh yang berlaku pada diri saya dan saya yakin semua pemimpin PR yang lain juga bersifat demikian.
Di dalam kes Protes yang perlu saya hadiri sebagai OKT terdapat 3 orang ahli Parlimen yang sama terlibat iaitu YB Tian Chua, YB Dr Hatta Ramli dan YB Dr Zulkifli Ahmad. Kes kami telah dibicarakan pada tarikh 9 dan 10 hb Dis yang lepas. Walaupun sidang Parlimen sedang berjalan YB YB ini membahagikan masa mereka sebaik mungkin, kes bermula jam 10 pagi. YB Dr Hatta dan YB Dr Zul telah hadir ke mahkamah, sebaik Hakim masuk peguam mereka berdua memohon kepada Tuan Hakim agar mereka dilepaskan untuk menghadiri sidang Parlimen yang sedang berlangsung. Setelah dibenarkan mereka segera bergegas ke Parlimen pula, manakala YB Tian Chua dalam perjalanan ke Mahkamah, sebelum sempat sampai Tuan Hakim telah menangguhkan kes dan sudah tentu beliau pulang semula menghadiri sidang Parlimen.
Tian Chua Trial of PROTEST petrol hike continued this morning, howvr b4 I arrived court, judge announced case postponed to 18-22 Jan, 15-19 March.
Di bawah salin dan cetak status Tian Chua dari laman Facebooknya mengenai situasi dari dalam Parlimen mengenai tajuk di atas:
Tian Chua Then Supply Bill passed w/ slim majority 66:63. Speakr & BN bckbenchrs had2 drag debate 2wait4 PM/DPM/ministrs return2 Parliamt 2cast votes.
Tian Chua We could hv changed history: 1st attempt by democratc voices agnst anti-Rakyat Budget. Home Ministry Budget passed w/ 1 vote majority 64:63
Tian Chua The vote for Supply Bill: PR 63, BN 66, it got carried with 3 votes majority.
Tian Chua Close vote: Budget for Home Ministry division called by Pakatan, BN 66, voted against by PR 63. We almost rejected Home Ministry Budget.
Oleh HASMI HASHIM
Dewan Rakyat bergegar dan Kerajaan Najib nyaris sahaja tumbang malam tadi!
Usul untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat (Isnin, 14 Disember 2009) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis iaitu dengan 3 undi berbanding Pakatan Rakyat.
Sebelum itu, usul bagi perbekalan untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dikira lebih awal iaitu sekitar jam 10.30 malam menyaksikan ia diluluskan hanya dengan 1 undi majoriti, iaitu 60 di pihak Pakatan Rakyat dan 61 di pihak BN.
Proses pengundian yang dikenali sebagai “belah bahagi” itu berlangsung kira-kira jam 10.45 malam sehingga kira-kira jam 11.30 malam, dengan beberapa ahli parlimen BN bergegas tiba dan mulai masuk ke dalam dewan sekitar jam 10 malam.
Sebelum itu, sesi jawapan menteri bagi kementerian terakhir iaitu KDN juga seperti sengaja dilengah-lengahkan bagi menanti ketibaan ahli-ahli Parlimen BN bagi mempertahankan Kerajaan Najib. Menurut jadual, sepatutnya jawapan menteri tamat kira-kira jam 9.30 malam, tetapi berlarutan sehingga lebih jam 10 malam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di perkarangan Parlimen kira-kira 10 minit lebih awal berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sampai sekitar jam 10.10 malam.
Speaker Dewan, Tan Sri Pendekar Amin Mulai yang membacakan keputusan itu menyebutkan dengan kiraan undi untuk meluluskan Bajet 2010 ialah keseluruhan BN-66 dan Pakatan Rakyat-63. Keputusan berkenaan bagaimanapun tidak boleh dibantah walaupun cuba dilakukan oleh beberapa ahli dewan Pakatan Rakyat.
Saat-saat dramatik itu bermula ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sudah mulai riuh dan bersorak menandakan lakaran sejarah baru ini di dalam Dewan apabila di antara mereka turut mengira bahawa Pakatan Rakyat mendahului kiraan dengan majoriti tipis, iaitu 1-3 undi.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga berada di dalam dewan dilihat begitu tenang namun serius mengemudi ‘penentangan’ hebat tersebut. Turut bersama menggempur BN saat itu ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas dan Lim Kit Siang, Pengerusi DAP.
Menurut seorang ahli parlimen yang berada di situ, beliau ragu dengan jumlah undi yang tertulis dan diserahkan kepada Speaker oleh Setiausaha Dewan, Datuk Rosmini Ahmad.
“Setiausaha Dewan tuliskan angka itu dikertas dan dia sendiri pun kelihatan sudah menggigil dan pucat muka,” katanya.
Menurut sumber yang tidak mahu namanya dipetik berkata, kiraan untuk Bajet 2010 itu bertambah bilangannya apabila dua lagi ahli dewan baru masuk ke dalam dewan iaitu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan, disusuli ketibaan Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga merupakan Presiden MCA.
Seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasah Rasiah bangun dan cuba membantah sewaktu usul bagi KDN yang diluluskan begitu cepat dan perlunya kiraan semula, tetapi telah ditolak oleh Speaker dewan.
Lebih mengharukan menurut ahli parlimen itu lagi, terdapat beberapa orang senator yang masih berada di dalam Dewan, yang memungkinkan turut dikira sedangkan senator adalah tidak layak untuk mengundi dan tidak boleh berada di dalam dewan sewaktu proses pengundian.
Selain itu, buat pertama kalinya, dua timbalan speaker terpaksa duduk di tempat ahli parlimen bagi dikira sekali undian mereka, iaitu Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Memang hal ini dibenarkan mengikut peraturan dewan, tetapi ia tidak pernah terjadi sebelum ini.
Para pegawai Perlimen yang bertugas juga menyaksikan episod tersebut. Andai tidak, kita akan menyaksikan bagaimana buat pertama kalinya, BN tumpas dalam kiraan undi di Dewan Rakyat yang memboleh implikasi kerajaan Najib menerima usul undi tidak percaya.
Pada sebelah siangnya, Speaker dewan turut menolak usul pindaan Akta Pembangunan Petrolium 1974 yang antara lain menyebabkan kerajaan negeri Kelantan dinafikan hak mendapat royalti minyak daripada kerajaan Pusat.
No comments:
Post a Comment