As Syeikh Yusuf Al-Qaradawi: Kedatangan yang dirai..
Jurufoto: ANAS (kali ni ummu asiah menggunakan khidmat anak yang sulong, ummu asiah ambil gambar dari skrin besar saja)
Alhamdulillah...malam ini dapat laksanakan satu lagi misi mengambil gambar untuk disimpan bukan sahaja sebagai kenangan tetapi juga untuk berkongsi kepada semua yang datang singgah dan mencari foto berkenaan peristiwa bersejarah, hadirnya tetamu kehormat, seorang ulama' tersohor di dunia, As-Syeikh Yusuf Al-Qaradawi.
Anwar Ibrahim Kuliah sh.alQardawi maghrib Sabtu 19hb dimesjid Neg ShAlam inshaallah.Kali akhir beliau keMsia 15 tahun lalu.Menfaatkan kehadirannya.


Sebelum itu katanya dia sudahpun melawat Malaysia sebanyak 7-8 kali..dan katanya mungkin ini adalah kali ke 8 beliau melawat Malaysia...saya ada dengar juga yang beliau pernah menyebut yang beliau tidak akan melawat Malaysia selagi Anwar tidak dibebaskan....

Paling menarik beliau menyentuh tentang jemputan kepada beliau untuk datang ke Malaysia oleh Presiden UMNO ketika itu bagi membantu mebaiki krisis yang terjadi, krisis besar dalam UMNO di tahun 1978....saya masih perlu buat research tentang ini:)




Menghayati setiap bait do'a dengan penuh perasaan moga Allah hancurkan mereka yang zalim yang ingin mengalahkan umat Islam yang ingin membebaskan Islam yang mahu membebaskan umat Islam dan seluruh umat manusia dari belenggu kezaliman.

Anas, anak yang mengambil gambar2 ini memberitahu saya "ummi, tadi beria-ia Tan Sri Khalid menunduk-nundukkan kepala semasa Yusof Qardawi membaca do'a"....ini rupanya....


Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz pernah berkata “Sesungguhnya pemimpin itu ibarat kedai, yang dimasukkan ke dalam kedai adalah barang yang menguntungkan. Jika pemimpin itu baik maka pengunjung kedai juga orang yang baik dan jika pemimpin itu jahat, maka para pengunjungnya juga orang yang jahat”.






6 comments:
salam..wahh..anas mewarisi bakat ayahnya ke ni..next birthday anas deserve dapat dslr jugak nampak gayanya..:)
jazakumullahu khair kpd Ummi & Anas...sedih tak dapat tengok sheikh al qaradhawi secara live dan dengar tazkirah & amanat beliau
al qaradhawi dilarang dtg ke abu dhabi oleh pemerintah
isu palestin pun dia orang tak benar sebut
saya ikuti syarahan Dr YQ pagi dan malam (live tvselangor). Pastinya ada beza kedua-dua majlis tersebut. Sangat berbeza. Malam lagi best
The mindtripper...
Terimakasih tinggal komen...lama ambil masa utk respon di sini:)
Alhamdulillah disebabkan abah anas amat meminati kamera kini..maka anas dan adik2 telah mewarisi 2 kamera dslr:(
Apa nak buat kalau org dah minat tak leh nak tegah2 lagi dah...kena ikut saja...tapi Alhamdulillah..syukur kerana ramai dapat menghayati gambar2 yang diambil.
Abah Anas...
Thank u sebab beri kami peluang dan kepercayaan...ummi menggunakan sepenuh peluang yang ada tu...
InsyaAllah di jalan kebaikan...:))
DaLyanoon,
tu la akak pun ada dengar komen yang sama...kenapa agaknya ye..
nak carilah syarahan tu..mungkin sebelah malamnya adalah satu prog anjuran negeri PR...negeri rakyat!!!
Post a Comment