Keluhan Rakyat.."Kalaulah saya ada kuasa"
Semalam dalam kepulangan singkat ke kampung, sempat juga berinteraksi pendek dengan seorang adik ipar yang bekerja sebagai seorang guru kanan di sebuah Sekolah Menengah di kawasan Felda di Negeri Sembilan.
Beliau menceritakan tentang kepayahan yang perlu dilalui oleh guru-guru dan sekolah kini lantaran banyak peruntukan yang sudah dikurangkan atau terus dimansuhkan. Sebagai contoh yang disebutnya semalam ialah elaun tuntutan perjalanan, elaun mesyuarat dan mungkin ada yang lain yang tidak dapat saya ingati kerana bersembang sambil memandu, di waktu malam sambil perlu mengelak kumpulan lembu-lembu yang banyak berehat di atas jalan yang gelap tanpa lampu jalan, di kampong di Chengkau, Rembau kawasan Parlimen Khairy Jamaluddin.
Oleh kerana banyak peruntukan yang telah tiada maka katanya kalau kebiasaannya pada hujung tahun dan memasuki awal tahun, banyak mesyuarat yang sepatutnya dijalankan maka terpaksa ditiadakan. Saya pasti mesyuarat-mesyuarat tersebut amat penting untuk guru-guru menyusun atur perancangan mereka untuk tempoh pengajaran setahun.
Mungkin perkara tersebut hanya secebis dari rungutan yang kita dengar, mungkin ada lebih banyak lagi...semuanya akan berkait rapat dengan sistem pendidikan negara dan keperluan untuk kita melahirkan anak-anak Bangsa Malaysia yang lebih terdidik dan berhemah. Kenapa kerajaan harus menganaktirikan perkara yang paling asas dan penting ini??
Peruntukan untuk sektor pendidikan tahun 2010 ialah RM 30 billion berbanding RM 31 billion di tahun 2009...hasil rujukan dari google..RM 1 billion saja dikurangkan..tapi banyak mana tu jika mahu dibandingkan dengan keperluan penting untuk menjamin pendidikan yang terbagus untuk anak bangsa!!!
Sebahagian teks ucapan Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim..dipetik di Malaysiakini.
Pendidikan
Indeks Pembangunan Insan (Human Development Index) yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan Malaysia jatuh dari kedudukan 63 kepada 66. Ini menunjukkan Negara-negara lain telah lebih kehadapan dalam pembangunan insane. Gini Coeffient juga menunjukkan Malaysia merupakan Negara yang paling tinggi jurang diantara yang kaya dan miskin di rantau ini. Perlu diberi perhatian bahawa kadar celik huruf dewasa di Malaysia ialah 91.2%, Indonesia 92% serta Georgia ialah 100%!
Pendidikan menjadi kelemahan dalam daya saing Negara dan mungkin menjadi rintangan paling besar untuk pertumbuhan dan kejayaan masa depan ekonomi Negara. Kita telah mengabai fahaman tradisi bahawa prasyarat asas pembangunan modal insane untuk pertumbuhan ekonomi dan kejayaan masa depan dicapai hanya melalui penyediaan sistem pendidikan bertaraf dunia pertama.
Selain daripada itu, yuran persekolahan juga akan dinaikkan, yuran asrama dan juga yuran makan akan dinaikkan. Semuanya memberi beban kepada rakyat yang sederhana dan yang tinggal di luar bandar. Menurut adik ipar itu lagi, ada kawan-kawannya turut merungut apabila anak-anak yang tinggal di asrama ada yang akan diberi syarat baru iaitu ibu-bapa digalakkan membawa pulang anak-anak setiap minggu berbanding setiap bulan pada masa yang lepas...kenapa???...sedangkan yuran asrama dan yuran makan dinaikkan..
Kakak-kakak ipar yang tinggal di kawasan FELDA pula merungut, tahun ini tidak seperti kebiasaannya di tahun-tahun yang lepas, di mana mereka diberikan bonus di akhir tahun sebagai kemudahan untuk persediaan anak-anak ke sekolah. Sedangkan di tahun yang sebelumnya peneroka Felda agak mewah dengan pelbagai bonus dan subsidi...Semua ini menyusahkan rakyat...
Di mana letakknya slogan Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Diutamakan???
Kakitangan kerajaan juga merungut kerana tahun ini tiada bonus untuk mereka...
"Kalaulah saya ada kuasa...pasti saya akan membuat undi tidak percaya kepada Najib, Perdana Menteri Malaysia".....itulah ungkapan yang keluar dari mulut adik ipar saya yang bekerja sebagai seorang guru di pedalaman, mempunyai 3 orang anak dan sudah bertaraf ibu tunggal apabila suaminya meninggal dunia di dalam kemalangan jalanraya hampir 2 tahun lepas...
Ketika Pemimpin Negara bersikap tidak waras dengan kehilangan wang akibat salah gunakuasa di dalam PKFZ RM 12.5 billion, MAS RM 8 Billion..RM 100 Billion hilang dalam masa 22 tahun pemerintahan Mahathir, Kerugian Peronas berjumlah RM 58 Billion...dan akhir sekali kehilangan 2 enjit jet bernilai RM 100 juta.....Rakyat terus menderita...tanpa tahu betapa besarnya jumlah wang yang disebut berbillion-billion itu...bolehkan anda bayangkan banyaknya???
Tidak dapat dibayangkan...hanya yang terbayang nasib anak-anak dan cucu-cucu kita di masa hadapan sekiranya rakyat masih dibutakan mata dan hati mereka dari melihat kebenaran..
Kalau balik kampong di Rembau mesti singgah makan rojak dan chendol di sini...sedap dengan suasana yang nyaman dan tenang...harus singgah...
Inilah generasi anak-anak kita yang harus kita bela nasib mereka dari sekarang...jangan biarkan pemimpin negara terus merompak duit rakyat yang septutnya disalurkan kepada rakyat keseluruhannya...
Suasana kampong dan jalan di Kampong Pilin Rembau....tenang..hinggakan lembu dan kerbau juga tidak endah akan kenderaan yang lalu lalang...manusia harus berhati-hati dengan makhluk Allah ini...Tapi lebih baik dari manusia yang ada akal tapi tidak boleh berfikiran waras dan hilang perikemanusiaan...
No comments:
Post a Comment