Monday, 14 December 2009

Royalti Minyak: UMNO dan Barisan Nasional Pengkhianat dan Zalim


Pidato Khas 13 Disember: Antara Royalti dan Ihsan

Pidato Rakyat yang bertajuk ANTARA ROYALTI DAN IHSAN, SIAPA PENGKHIANAT BANGSA telah selamat dijalankan di Dewan serbaguna MPAJ AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang pada 13 Disember 2009. Pidato tersebut membariskan 5 orang pemidato iaitu:

1 YB Dato' Husam Musa (Exco Kerajaan Kelantan)
2 YB Mohamed Azmin Ali (Naib Presiden keADILan & AP Gombak)
3 YB Dr Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari Agong PAS Pusat)
4 YB Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang) 5 YB Khalid Samad (MP Shah Alam)

Pemidato pertama iaitu tuan rumah sendiri YB Saari Sungib telah membangkitkan tentang amanah Allah kepada manusia yang sekian tahun diselewengkan oleh kerajaan dan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Sepatutnya hasil kekayaan dari sumber minyak sudah cukup untuk membuatkan setiap rakyat khususnya di Kelantan kaya dan berada.

Royalti minyak sebanyak 5% sememangnya cukup untuk rakyat Kelantan menjadi antara yang termewah, sekiranya setiap % yang diperolehi tersebut dibelanjakan dan dikongsikan dengan sebaiknya kepada seluruh rakyat Kelantan. Ini yang disebutkan oleh YB Saari Sungib di dalam ceramahnya. Tambahan pula sejak dari awal pemerintahan negeri Kelantan di bawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Kelantan tidak terlibat dengan rasuah.

YB Saari juga menyentuh tentang do'a yang dipanjatkan oleh Tuan Guru Nik Aziz berkaitan dengan isu royalti ini. Menurut beliau ketika anak TG Nik Aziz iaitu Nik Adli ditahan selama 4 tahun di bawah akta zalim ISA dan teruk difitnah oleh kerajaan Malaysia di bawah kursus BTN bahawa anaknya Nik Adli adalah pengganas, TGNA tidak pernah memohon memanjatkan do'a tersebut. Beliau diam walaupun tidak reda dengan akta zalim tersebut.

YB Saari mendedahkan bahawa di dalam kursus BTN yang dianjurkan peserta akan diberikan dokumen yang memaparkan gambar Nik Adli sebagai seorang PENGGANAS, tetapi TGNA tidak pernah membangkitkan isu ini. Namun bila isu royalti minyak yang melibatkan seluruh rakyat negeri Kelantan beliau, seorang insan yang lembut hatinya sudah tidak ada tempat untuk mengadu, maka beliau bangun mengadu kepada Allah (SWT)

YB Saari merujuk kepada tulisan Ustaz Abdullah Bukhari, seorang Pensyarah di Jabatan Tilawah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau mempertahankan do'a menuntut bala oleh TGNA dengan mengambil kira isu yang lebih besar yang berkaitan dengannya, iaitulah isu KEZALIMAN yang bermaharajalela dan berterusan tanpa ada noktahnya. Kezaliman wajib ditentang dengan apa cara sekalipun. Sila baca di blog Hamba Al-Quran untuk ulasan selanjutnya dari seorang yang pakar di dalam bidangnya.

YB Saari tidak ketinggalan menyentuh dengan panjang lebar mengenai isu BTN yang menurutnya ialah satu kursus yang mengajar tentang fitnah. Baginya kursus BTN adalah sama dengan soal siasat polis dan SB ketika ditahan di bawah ISA. Yang ada hanyalah pembohongan dan menyucuk sifat perkauman yang ketara. Bagi mereka yang mengajar dan menyampaikan kursus BTN menyogokkan bahawa hanya UMNO dan Barisan Nasional sahaja boleh mentadbir Malaysia. Jangan lawan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dua ini sahaja boleh mempertahankan Melayu.

Dr Hatta, pemidato kedua ternyata amat berang dan bengang dengan akhbar Perdana milik mutlak UMNO BN ini. Baginya media perdana milik kerajaan ini adalah alat kerajaan untuk melaga-lagakan rakyat khususnya pemimpin Pakatan Rakyat. Tuduhan-tuduhan kononya DAP memperkudakan PAS. "Jahatnya Utusan sebuah akhbar yang suka putarbelitkan isu untuk timbulkan pergaduhan"

Dr Hatta juga menyentuh tentang apa yang ditulis oleh Ku Li, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai 'minyak sebagai sumpahan kepada Malaysia".

Saya pulang dan membaca entry di blog ini dengan penuh rasa sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku...inilah hakikat sebuah pengkhianatan kepada bukan sahaja kepada mana-mana bangsa dan agama semata, malah kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih hidup, mati mahupun yang bakal lahir dan membesar di atas bumi Malaysia yang sungguh malang ini...yang sudah terkena sumpahan minyak lantaran sifat rakus dan zalim pemimpin UMNO dan Barisan Nasional!!!!!!!....

.salahkah kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyumpah-nyumpah kerajaan yang zalim ini!!!!....

salahkah kalau Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin kepada seluruh rakyat negeri Kelantan berdo'a kemusnahan kepada Perdana Menteri yang gagal menyerahkan balik sedikit sahaja keuntungaan yang berbillion-billion itu kepada rakyat negeri Kelantan??????!!!!

In his most scathing remarks yet about the management of the country’s oil reserves and the economy, Tengku Razaleigh said oil money had been used as “a giant slush fund that has propped up authoritarian rule, eroded constitutional democracy and corrupted our entire political and business elite.”

“Our oil receipts, instead of being applied in the manner we planned upon the formation of PETRONAS, that is, according to its original developmental purpose, became a fund for the whims and fancy of whoever ran the country, without any accountability.

“The oil that was meant to spur our transition to a more humane, educated society has instead become a narcotic that provides economic quick fixes and hollow symbols such as the PETRONAS Towers. Our oil wealth was meant to help us foster Malaysians capable of building the Twin Towers than hire foreigners to build them, a practice in which we preceded Dubai. I would rather have good government than grand government buildings filled with a demoralised civil service,” he said in his speech at the Young Corporate Malaysians Summit here today.


Tuan Haji Azmin Ali menyampaikan beberapa perkongsiannya sudah tentu mengenai kebobrokan pemimpin BN di Negeri Selangor, khususnya bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo dan banglo RM 27 jutanya. Walau sebagaimana kaya seseorang itupun apabila ke Tanah Suci Mekah sama sahaja tarafnya bila berada di Padang Arafah. Beliau baru sahaja pulang dari Tanah Suci Mekah menunaikan Haji dan berasa amat tenang selama berada 3 minggu di sana. Tenang dari segi tidak membaca segala fitnah yang disebarkan oleh Media Perdana. Sama intonasinya dengan YB Dr Hatta dalam menghentam media fitnah ini.

Beliau menyentuh tentang hakikat yang tidak akan disebarkan oleh Utusan Malaysia atau mana-mana akhbar Media Perdana bahawa kerajaan Negeri Selangor telah menyumbangkan sejumlah RM 16 billion kepada kerajaan Pusat tetapi kerajaan Pusat hanya memulangkan sejumlah RM 400 juta sahaja kepada rakyat Negeri Selangor. Dalam hal ini pun masih ada yang menuduh bahawa kerajaan Selangor tidak pandai mengurus tadbir negeri. Sedangkan menurut beliau, laporan Ketua Audit Negara mengumumkan bahawa tahap pengurusan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah yang terbaik.

Secara berseloroh beliau menyebut bahawa "mungkin kita tak pandai nak bina rumah banglo RM 27 juta sahaja".

Beliau juga menyentuh tentang Kerajaan PR Kedah yang juga cemerlang iaitu semasa pemerintahan di bawah Ustaz Azizan setiap hektar tanah balak yang diterokai kerajaan akan mendapat pulangan sebanyak RM 19,000 manakala ketika di bawah pemerintahan UMNO Barisan Nasional hanya RM 1,000 sahaja yang dipulangkan kepada kerajaan negeri. Kemanakah perginya sejumlah besar wang tersebut????

Siapa pengkhianat???? Baca di sini.

YB Hj Azmin juga membuat pendedahan yang terbaru bahawa Khir Toyo bukan sahaja memiliki sebuah banglo bernilai RM 27 juta di Shah Alam malah sebuah lagi banglo miliknya bernilai RM 15 juta ada di Bangi juga.

Beliau memberi amaran kepada pemimpin BN jangan suka bersembunyi di sebalik SPR, Jangan bersembunyi di sebalik pendakwaraya, peguam negara, jangan bersembunyi di sebalik tembok Istana dalam isu-isu kezaliman dan pengkhianatan mereka dalam negara dan kepada rakyat. Jangan heret Raja-raja, malah mereka sepatutnya berhadapan dengan rakyat sendiri.

hadirin yang khusuk mendengar...

Beliau juga menyentuh tentang tuduhan dan dakwaan bahawa beliau memiliki sejumlah RM 8.5 juta di dalam bentuk saham. Beliau mencabar sekiranya ada tunjukkan kepadanya agar beliau dapat berkongsi dengan seluruh rakyat. Beliau juga dituduh pernah memiliki harta sejumlah RM 400 juta. Sama juga jika benar di mengharapkan harta tersebut ditunjukkan kepadanya sebelum disiasat supaya dapat dinikmati bersama rakyat.

Sebagaimana pemidato yang sebelumnya beliau menyentuh tentang kerugian Petronas yang bagi tempoh setengah tahun yang pertama untuk tahun 2009 berjumlah RM 59billon!!!! iaitu sejumlah 37.5% berbanding tahun sebelumnya. Tentang bagaimana pendapatan negara terlalu bergantung kepada keuntungan PETRONAS. Menurutnya hasil dari kerugian tersebut maka Negara yang kita cintai ini secara lansung kerugian sebanyak 57%....jadi macam mana ni???? Siapa pengkhianat?????

Boleh baca di sini.


Bersambung dengan isi kandungan pemidato seterusnya YB Khalid Samad dan YB Husam Musa.

No comments: