Friday, 18 December 2009

Seekor lagi Harimau tak bergigi!!!!


Lawak juga bila baca kenyataan dari orang-orang yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan ni. Bukan saja jawatan tinggi tapi berkepentingan dan penting dalam memastikan keadilan tertegak dan hak asasi manusia terbela.

Tajuk di laman berita Malaysiakini menarik minat saya dalam banyak-banyak isu dalam negara kini. Isu ISA nampak sedikit tenggelam, entah macamana timbul pula hari ini.

Tidak perlu Mahkamah Khas ganti ISA...memang betul, tak perlu...rakyat mahu supaya akta zalim ISA ini dihapuskan terus!!.

Di bawah ialah petikan dari berita Malaysiakini...

Pengerusi Lembaga Penasihat JPM Datuk Zaini Abd Rahman berkata ia tidak perlu kerana Lembaga Penasihat yang ditubuhkan pada 1960 hakikatnya sebuah Mahkamah Khas untuk undang-undang pencegahan ISA dan dua lagi akta, Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas-LLPK) 1985.

"Jadi penulis-penulis macam Dr Chandra Muzaffar, Mat Nor Abdullah dan lain-lain lagi sebenarnya dia orang tak tahu, dia orang tak pernah buat kajian mendalam untuk mengetahui dan mengenali apa itu Lembaga Penasihat.


"Kalau dia tengok Lembaga Penasihat adalah sebuah mahkamah, cuma prosiding kita tertutup disebabkan elemen keselamatan," katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian seminar memasyarakatkan Lembaga Penasihat JPM oleh Timbalan Menteri di JPM Datuk Liew Vui Keong di Shah Alam semalam.

Bukan main disebut penulis-penulis macam DR Chandra dan lain-lain tak faham apa-apa...mungkin betul kalau diikut dari segi pengalaman. Saya sendiri tak berpengalaman tetapi sering mendengar pengalaman orang yang dah bertahun ditahan ISA dan cerita dari isteri-isteri yang suami mereka bertahun-tahun di kurung di KEMTA dan berkali-kali berjumpa dengan Lembaga Penasihat...yang nyata kalau saya tidak salah tak ada yang berjaya dibebaskan walaupun Lembaga Penasihat memberikan nasihat dah boleh bebas.

Sebab Lembaga Penasihat yang dikatakan kononnya adalah sebuah Mahkamah ini hanyalah berfungsi mendengar sahaja tetapi tak ada kuasa, sama seperti SUHAKAM yang boleh mendengar dan beri nasihat tapi tak boleh buat apa-apa bila berkaitan dengan isu ISA yang amat menakutkan ini...apa orang panggil 'toothless tiger'??.

Jadi tak perlu lah dengar alasan lawak dari Pengerusi Lembaga Penasihat ini...semuanya hampeh belaka selagi BN berkuasa, semua yang jadi pemimpin memang tak boleh berfikir dan mengeluarkan kenyataan yang waras.

Nak dengar dari yang berngalaman, baca di sini....

No comments: