Friday, 11 December 2009

Andai ku tahu.......kapan tiba masaku

Andai ku tahu..kapan tiba ajalku...kalau kita tahu pasti akan sentiasa membuat persiapan yang terbaik..tapi hanya Allah yang mengetahui kapan tibanya dan tidak akan berubah walau sedetik.

Izinkan aku mengucap kata taubat pada MU...

Sedih menerima berita bahawa seorang ahli muda Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis, baru berusia 23 tahun, baru 3 bulan pulang ke tanahair setelah menghabiskan pengajiannya di luar negara, baru 4 jam melafazkan akad nikah dengan isteri pilihan hatinya...Sebagai salah seorang ahli dalam keluarga besar JIM, sudah pasti turut terasa kesedihannya walaupun lansung tidak mengenali...

gambar dari utusanonline

Ya..tiada siapa tahu..

pasti pedih dan sedih...

Ketika pulang ke kampung di Hari Raya Aidil Fitri yang lepas, ibu menceritakan tentang saudara kami yang meninggal dunia. Si Suami meninggal di sebelah malamnya, siap dikebumikan, isterinya pula menyusul pergi.

Saya juga teringatkan kisah Ummi Roses yang mengalami peristiwa di mana kakak iparnya dijemput oleh Malaikat Maut ketika berada di kerusi penumpang di sebelahnya ketika dia mahu membawa kakaknya ke rumahnya...betapa terasa begitu dekat dengan diri sendiri sudah tentu..tapi cuma bukan masa kita..ianya datang menjemput seseorang yang telah ditentukan saat kematiannya ketika itu.

Kematian akan datang pada bila-bila masa sahaja...kita perlu terus bersedia..berbuat kebaikan sebagai bekalan sebanyak mungkin..

Yang Zalim jangan terus zalim jika anda beriman..Jangan fikir tentang kehidupan di dunia ini sahaja...semua manusia pasti melalui detik kehidupan terakhir yang sama, yang membezakan hanya iman dan taqwa...jadi jangan terus sombong, angkuh dan zalim...

Semoga peristiwa kematian yang berlaku di sekeliling kita memberi keinsafan.

Bagi keluarga yang terlibat dalam berita di bawah, bagi keluarga Allahyarham Mohd Ariff moga diberikan kekuatan dan kesabaran. Moga Allah menempatkan mereka semua di dalam golongan yang di Rahmati Allah.

Pengantin Maut selepas 4 jam akad nikah.

Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di kilometer 7, Jalan Kangar- Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun berkata, pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.

Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.

Katanya, kejadian berlaku ketika kesemua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat Kangar sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.

Kesemua mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zull Aznam berkata kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal SM Sains Tuanku Syed Putra, dipercayai pancit tayarnya, menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal, lalu bertembung dengan bas persiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.

"Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya," katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa, manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja-kerja gotong royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya Teh Hafifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.

No comments: